"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, December 27, 2013

Dilema memilih baju kahwin

Alhamdulillah.

Dah selesai step kedua. Saya dah selamat menjadi tunangan orang. Hehehe. Ramai tegur wajah berseri. Darah manis katanyaaaa. Padahal makan Vita C dari Shaklee. Alhamdulillah.  Mungkin bahagia terpancar2 kot.

Bila dah masuk peringkat bertunang, memang dah mula survey apa yang diperlukan. Alhamdulillah ayah cik dah permudahkan urusan. Yang adat menyusahkan tak perlu diikut. Yang wajib dan syariat yang dipertekankan.

bab pertama mestilah baju. ada yang baju khatam Quran, baju berinai, baju nikah, baju bersanding, baju bertandang, baju masa potong kek, baju bukak hadiah, nasib tak da baju bukak baju ja. kalau ada tak dan cik nak fikir. hahaha. cik memilih ada dua baju sahaja kot nanti; Baju Nikah, dan Baju Bertandang. malas lah nak fikir banyak-banyak kenduri. banyak duit habis nanti.


cik berkenan sungguh dengan design baju Dr Ezani dari Masterchef Malaysia Musim 1 nih. baju dia simple tapi menang kat design. tunjuk kat bakal, dia tak berkenan pulak. pastu dia kata kaler tak sesuai dengan kulit cik. ye lah, kulit I ala-ala cerah tak putih sangat. jadi dia takut tak naik seri. hahaha. 
 pastu tunjuk pulak dress Maria Elena the blogger, dia suka dress tapi tak boleh ketat-ketat. maka saya yang menurut perintah tak ikut lah. lepas tu kena fikir kaler pulak. rasa seksa pulak. haahaha.

sampai sekarang tak boleh nak decide nak kaler apa. yang penting nak simple dan boleh recycle bawak baju raya terus. itu je cik tahu. nanti pandai-pandai lah tailor tuh.

 Baju resepsi atau bertandang cik berkenan dress A cut. kaler cik serahkan pada tunang. nanti cik sakit kepala lagi. dalam banyak-banyak hal, design baju dengan warna cik tak boleh decide langsung. macam kena mintak orang buatkan. nampak tak malas nya cik bedah nih.

kena fikirkan jugak sebab hujung bulan Jan dah nak mula tempah. kang last minit mau cik pakai baju batik je.

tolong memikirkan untuk ku!!!

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor
ID : 1081732
Email : cik.kedondong@gmail.com
FB: Cik Bedah Mart



No comments: