"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label apa saya patut tahu. Show all posts
Showing posts with label apa saya patut tahu. Show all posts

Thursday, September 12, 2019

6 Kesilapan Penjagaan Kulit

Assalamualaikum & Good Morninggg

Sihat tak semua? Sekarang ni cuaca dah mula panas. Tambah dengan jerebu lagi. Jadi kena jaga kesihatan ok. Pakai mask, minum air banyak, jangan buat pembakaran terbuka yang menambahkan teruk keadaan kita. Ok?

Semoga anda semua sihat untuk meneruskan aktiviti dengan keluarga. 

So, keadaan cuaca pun boleh jadi salah satu punca kulit kita berjerawat ke, breakout teruk, terlalu kering. Jadi hari ni kakda nak kongsi sikit 6 KESILAPAN PENJAGAAN KULIT yang ramai selalu buat termasuk lah kakda. 


Penjagaan kulit ni adalah paling asas sekali. Tak kira apa jenama produk korang guna, atau tak guna langsung, tips penjagaan ni boleh diikut. Kakda dah mula amalkan, so kulit kakda lebih mudah baik bila breakout melanda. 

Bila korang jaga dengan betul, pakai la jenama mahal, atau dari farmasi, kulit korang akan terjaga dengan baik. 

Haaaa. Kadang kita seronok sangat cuci muka kan. Lagi2 kalau rasa tak selesa sikit je. Tapi kena ingat, kulit kita memang akan merembeskan minyak dan lembapan untuk seimbangkan suhu badan kita. 

Jadi jangan excited sangat nak cuci muka dengan pencuci banyak2 kali ok? 2-3 kali sehari dah memadai. 

Haaaa. Ni kalau kakda dulu, selagi tak sental kuat rasa tak puas gitu. Rasa macam ada benda tinggal je kan. Kecuali la ada cat yang melekat kat kulit mungkin la nak sental dengan kuat. 

Tapi itu pun akan buat kulit kita jadi kemerahan. Kalau korang ada jerawat, lagi la akan buat jerawat tu jadi luka dan mungkin boleh merebak ke bahagian muka yang lain. 

Kita tak nak kan?

Scrub mempunyai fungsi hampir sama dengan mask iaitu membuang sel kulit mati. Jadi lebih baik gunakan selang 3 hari, supaya ada la fungsi scrub tu. 

Jadi kalau awak ada jerawat, sangat tak digalakkan untuk guna pencuci yang ada bijian atau scrub. Sebab dia akan melukakan lagi jerawat yang boleh buat berparut ok?

Hahahaah. Ini kakda pun baru tahu tau. Haaa pelik kan kenapa pulak kena ambil kisah nak cuci muka lepas shampoo je sebelum shampoo. 

Rupanya ada sebab jugak. Jadi jaga2 siapa yang kulit berminyak. Lagi la kena ambil tahu dan ambil kisah. 

Untuk yang aktif bersukan dan cepat berpeluh kena ingat ni. Sediakan tuala khas untuk lap muka. Lagi2 kalau awak remaja yang hormon tengah aktif, dan awak sendiri pun aktif semacam dengan sukan. 

Berpeluh je lap. Peluh je lap. Biar orang nak kata apa. Yang penting korang tak biarkan peluh tu kering. 

Lagi jadi masalah, dah la biar kering, tak pergi mandi atau bersihkan diri pulak. Ya Rabbi!! Jangan di tanya la kena jerawat tak kurang. 

Ok. Yang last ni pun kakda baru je amalkan. Ada tuala muka untuk lap lepas mandi. Dulu rasa macam kenapa nak sampai dua tuala. Bukan dua, tiga tau. Tuala badan, muka, dan rambut. Haaaa. Cenggitu. 

Cuba korang bayangkan, bila korang lap badan tu bukan semata lap badan tau, celah2 kemaluan, ketiak la pelipat la. Walaupun setiap celah tu dah bersih, tapi dia ada bakteria tersendiri yang baik untuk area tu je. 

So korang lap pulak muka. Lepas tu tuala sebulan sekali basuh. Haaaaaa. Kalau scan bakteria tak tau jadi apa la kat tuala tu. 

Jadi jom kita baiki untuk jaga kulit kita lebih baik. Menjaga tu menjimatkan kos untuk kita merawat dimasa akan datang ok? 

Farida Tarmize
- kongsi apa yang baru tahu 

Thursday, March 19, 2015

Makeup 101 : Part 3 : Apa saya patut tahu?

Assalamualaikum

Tudiaaaaa. Masuk Part 3 dah. Kalau tak baca lagi Part 1 dan Part 2 boleh lah klikklik eyh? Senang je. Kita sama-sama belajar. Kalau perlu pembetulan sila roger cik. Mungkin ada ilmu perlu tambah lagi.



1. Bedak

Untuk pemilihan bedak muka ada 2 jenis bedak muka:

Serbuk dan Kompak.

Serbuk pulak ada jenis foundation,maksudnya dia ikut warna kulit, translucent pulak bedak lutsinar yang sesuai untuk finishing dan untuk orang kulit berminyak gitewwww. 
Loose powder

Bedak loose powder dalambentuk serbuk ni lebih halus. Dia akan masuk keliang-liang roma. Jadi kalau selalu guna kena cuci muka betul-betul. ada yang sampai pakai berus untuk cuci muka. Buat treatment untuk bersihkan liang-liang roma kot ada yang tersumbat. Untuk loose Powder cik guna Chanel.

 Translucent Powder

Macam cik kata tadi, translucent ni lebih pada bedak tak berwarna. Dia tak macam loose powder biasa yang ada warna untuk kulit muka. Dia tak memberi warna tapi bantu untuk menyerap minyak2 di muka.
Compact Powder
Bedak kompak lak adalah bedak padat. Ramai beli macam ni sebab mudah simpan dalam beg. Kalau loose powder agak besar dan bersebuk. Jadi mudah bersepah kalau nak simpan dalam beg. Bedak kompak ni banyak orang guna untuk touch up muka kalau keluar. Kompak powder pun ada juga ikut warna kulit, jadi pilih dengan betul sebab kalau salah takut muka terputih atau tergelap pulak.

2. Mascara

Pemilihan mascara pulak lebih kepada jenis berus dia. Korang nak jenis kalis air ke tidak terpulang pada korang. Mascara pulak tak elok simpan lama lebih kurang 3 bulan je. Jadi takperlu nak spend banyak sangat untuk mascara. Jadi korang kena tengok lah gambar yang cik google ni untuk rujukan korang bila nak pilih mascara.





3. Lipstick

Kalau kecik-kecik mesti curik-curik pakai lipstick ibu cik. Memang normal kot perempuan at least ada sebatang lipstick dalam simpanan. Tapi cikkkk ada banyak gilaaaaa. Paling cik suka NYX Soft Matte Lip Cream. Sebab dia matte finish dan tekstur dia bukan macam lipgloss walaupun dalam bekas macam lipgloss. Cik rasa nak borong semua kalerrrrrr. Banyak gila.
Kalau memilih lipstick yang sesuai pun kena ikut tona kulit kita. Baru lah nampak sesuai gitewww. Salah pakai warna boleh buat kita nampak pucat, nampak tua, nampak tak bermaya. Jadi kalau nak cuba macam-macam jenis warna, jumpa Sales Asisstant di kosmetik kaunter dan belajar warna sesuai untuk korang.



4. Blusher

Dah sampai ke produk terakhir untuk mekap. Blusher ni lebih kepada nak naikkan seri di muka. Nampak cam kemerahan asli gitewww. 

Ni adalah jenis-jenis blusher yang terdapat di pasaran. Jadi korang kena tentukan jenis apa yang sesuai dengan keadaan kulit korang. Sebab kalau berminyak ada yang tak sesuai dengan jenis gel atau cecair. Jadi dapatkan nasihat dan cuba di kulit untuk memudahkan korang beli yang sesuai dan menaikkan seri wajah korang gitewwwww.

Cara untuk pakai blusher pun mengikut bentuk muka. Sebab dia fungsi sama macam contouring jugak. Kalau malas nak buat contouring ke apa, boleh guna blusher untuk beri efek berbeza pada bentuk muka korang.

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian dengan korang. Tu dia kalau mekap pengantin. Nampak je mekap natural kan, tapi penggunaan produk banyak untuk tutup cela dan noda kat muka korang. MUA bukan buat natural look tu macam pakai bedak biasa je. Sebab korang mesti la nak nampak cantik di luar dan dalam kamera kan. Jadi jangan lah marah tengok harga mekap mahal sangat. MUA banyak pakai barang mahal dan bersesuaian dengan kulit korang. Kalau pakai barang murah atau tak original, kang kulit rosak siapa pulak nak ganti kan?

Jadi moga beroleh manfaat untuk korang dan juga cik. Entry ni untuk rujukan cik jugak akan datang. Insya Allah. Jadi kalau ada sesiapa berminat untuk menggunakan khidmat cik sebagai MUA majlis-majlis korang boleh lah Whatsapp atau Email cik. Insya Allah cik akan bantu korang.

Cik pun mekap tak de cukur kening dan pakaikan bulu mata, sebab cik rujuk dalil dan hadis yang ada takut ia boleh menyebabkan cik bersubahat dengan orang. Sebab mencukur bulu kening tu dah haram. Bab bulu mata pulak dia umpama memakai rambut palsu. Jadi kita sama-sama belajar. Untuk pastikan muka naik seri dan tidak berlebihan.


Ida Tarmize
Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Friday, March 13, 2015

Makeup 101 : Part 2 : Apa saya patut tahu?

Assalamualaikum

Part 2 untuk Makeup 101. Hehe. Sama-sama kita belajar kalau teringin nak mekap. Supaya tak la terlajak mekap cam gambar-gambar bawah ni. Kang pengsan orang lain nengok. Kalau terlebih tapi elok kat muka tak pa. Yang terlebih sampai orang ketawa tu yang tak best. Kang dari tak wujud Makeup Police, tetiba terus wujud je kat Malaysia ni.. Ke dah ada dah?


So hari tu cik dah terangkan pasal asas sekali iaitu kulit. Siapa tak baca Part 1 sila gi baca dulu. Kot la ada yang tak faham japgi.

1. Foundation

Selalu kan kita dengar pakai mekap mesti pakai foundation. Lepas tu ada yang komplen foundation buat muka berminyak lah, buat muka kering lah, macam-macam lagi. Jadi cik google cari apa maksud foundation tu sendiri.
  1. Foundation is a skin-colored makeup that is applied to the face to help cover up minor blemishes, create a uniform complexion and, sometimes, to slightly alter the shade of the skin. Alternatively, body paint is similar make up intended for the rest of the body.
So, foundation ni selalu nya akan beri medium atau full coverage pada kulit kita. Dia akan tutup cela macam kemerahan, kaler kulit tak sekata, dan macam-macam la. 

Dan foundation ni pulak ada banyak jenis, cecair, bedak, atau jenis krim. 

Selalunya jenis cecair ni akan bagi full coverage. Kalau dulu diorang akan bagitau jenis cecair untuk kulit kering, krim untuk kulit berminyak macam tu. Kalau powder lebih kepada untuk pemakaian nipis. Sekarang ni takdok dah. Macam-macam jenis kulit dah ada foundation cecair memasing. 

Kalau kulit berminyak guna foundation yang SPF kurang daripada 10 atau tak de SPF langsung untuk elak berkilat2 je bila lepas pakai dan makin bertambah minyak. Atau pun boleh guna primer matte sebelum guna foundation untuk menyerap minyak dan kilat2 tu.
Macam cik, cik guna Chanel Perfection Lumiere SPF 10 dan NARS Sheer Matte Foundation. Alhamdulillah ok je cik apply pada pengantin yang macam-macam jenis kulit. Yang penting pakai moisturizer dan primer yang sesuai.

Tapi banyak suggestion kata Estee Lauder Double Wear Foundation yang terbaik untuk kulit berminyak. Kalau kulit kering, cik cuba baca review tak jumpa yang best produk. Kebanyakannya akan kata guna moisturizer yang bagi hydate kulit. Untuk pengantin pun cik pakai je foundation yang sama. Cuma moisturizer guna Honey Bee Venom Moisturizer yang bentuk gel. Ramai customer kata kulit rasa lembab je.

2. Brushes

Untuk berus mekap, banyak jenis berus dah dipasaran. Lagipun sekarang pilihan berus lebih kepada sintetik. Berus sintetik mudah lekat dengan produk yang pakai, tetapi tak menyerap. Lagipun berus sintetik tak mudah lekat dengan kotoran atau bakteria.



Kalau nak tau brush apa bagus atau keperluan boleh google.  Tapi bila dah lama-lama, korang akan ikut selesa korang. Nanti berus blusher jadi berus contour lah apa lah kan.

Ni berus-berus yang cik guna. Ada dari Real Techniques, berus putih tu yang tak de jenama tapi dupe macam sigma. Berus terbaik yang banyak cik baca review adalah Sigma dan MAC. Tapi berus MAC agak la mahal sikit. Sigma Beauty pulak dupe untuk MAC, tapi kalau tukar duit Malaysia kira mahal jugak tapi separuh harga dari MAC. Hahahah nampak tak confuse nya penerangan cik.

3. Shading -  Countouring & Highliting

Shading ni lebih kepada warna kan gelap dan cerah di bahagian tertentu untuk memberi efek pada wajah. Jadi kalau ambil gambar, takde lah nampak flat je kan. Kalau korang tengok model dalam majalah nampak hidung mancung, pipi pauh dilayang ke apa, semua sebab shading makeup. Walaupun korang tengok orang tu tak pakai mekap. Sebab dalam gambar semua tu penting untuk bagi dimensi. Kalau tak nampak la flat je muka korang.

Korang boleh guna jenis powder, krim, atau liquid untuk buat shading. Kalau krim atau liquid lebih tahan lama, tapi kena apply selepas korang pakai foundation. Untuk powder pulak lepas korang pakai bedak ke apa boleh lah apply.

Setiap bentuk muka ada cara contouring dia. Kalau nak tau boleh belajar kat youtube. Cik pun masih belajar lagi kat youtube. Sebab kalau salah shading nanti jadi lain pulak muka.

4. Conceal / Corrector

Concealer atau Corrector ni macam penyamar noda kalau dalam BM. gitewwww. Skema sangat. hahaha.Dalam bentuk cecair dan krim. Cik suka sangat MAC nyer conceal dan corrector. MAC Pro Longwear Concealer cik guna bawah mata. Untuk tutup dark circle, tapi dia tak nampak macam crack sangat. Tapi Pro Longwear ni kena cepat2 sapu sebab dia cepat kering. 

Untuk corrector pulak yang bentuk krim tu cik banyak guna untuk hilighting dan contouring. Tapi cik ada beli BH Cosmetic Corrector palette. Nanti cik akan review pasal Corrector ni.


5. Eyeshadow

Eyeshadow ni banyak jenis. Ada jenis Matte, Shimmer, Glitter la. Kena la pandai pilih. Cik beli TOO FACED Chocolate Bar  dan TARTE Bon Voyage palette. Dia ada matte dan shimmer eyeshadow yang cantik. Tapi tak banyak warna ala-ala pink. So lepas ni cik nak beli MakeUp Geek yang mendapat review best sangat dari banyak youtube makeup guru.

Untuk pemakaian eyeshadow pun berbeza mengikut bentuk mata. Bukan setakat bentuk mata, cara nak letak eyeshadow pun ada cara. Jadi kena prektis dan banyak belajar teknik dari orang atau tengok youtube.

6.  Eyeliner

Fuhhhhhh.. panjang dah entry ni. Cik buat sehabis baik kumpulkan untuk pengetahuan kita semua. Hehehehe.

Eyeliner pulak benda paling penting untuk cik. Kalau keluar mesti pakai eyeliner sikit. Eyeliner pulak ada banyak jenis. Ada jenis Pensil, Cecair, Krim, atau gel. Itupun sekarang teknologi macam dah canggih kan. Macam-macam jenis eyeliner ada. Tapi review macam ramai kata Bobbi Brown Gel Liner paling best sebab tahan lama dan gel dia tak kering dalam pot tu.



 Ni style eyeliner yang boleh korang cuba. Cari dalam youtube jugak kalau korang nak tahu teknik dia.

Selesai sudah part 2. Sebab panjang sangat nanti korang boring. Jadi kita tambah lagi satu part untukkorang buat rujukan. Sama la cik pun buat rujukan jugak. Kalau ada lagi korang nak tahu boleh bagitau cik okehs? Cik akan kongsi apa yang cik tahu.

Ida Tarmize
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Friday, February 27, 2015

Makeup 101 : Part 1 : Apa saya patut tahu?

Assalamualaikum


Nampak tak tajuk? Macam perasan sangat. Hehehehe. Tapi biarlah. Nak baca ikut korang kan. Lagipun Makeup 101 ni dari cik sendiri punya pengalaman, bacaan, dan jugak review orang2 sekeliling dan MUA yang hot2 di luar sana. Kalau salah mohon betulkan. Jadi entry ni lebih  pada cik kumpulkan dari berbagai sumber untuk rujukan cik sendiri dan mungkin juga rujukan korang.

Tak semua orang ada rezeki kulit yang bersih, putih mulus, nampak glowing macam dalam cerita Korea tu. Tak semua eyh. Kecuali duit korang banyak, buat facial tiap2 bulan, pakai produk yang canggih, mungkin korang bertuah di situ. Tapi ada jugak  yang dah jaga kulit ikut petua orang tua2, tapi masih ada masalah kulit yang kadang2 terpaksa gunakan makeup untuk menutup cela2 tu.

Ada yang pakai mekap untuk masa yang lama dan berpanjangan, setiap hari. Ada jugak yang guna waktu majlis2 tertentu je. Macam waktu tunang, nikah, kahwin, dinner. Walau kerap atau tidak korang kena tahu produk tu sesuai dengan kulit atau tidak. Untuk elak kalau kulit korang bermasalah, dia jadi lagi teruk pulak.

Disebabkan entry ni macam akan jadi panjang, jadi cik pecahkan dia pada 2 atau 3 lah eyh? Moga beri manfaat untuk korang dan cik.

everydaymakeupblog.com

Jadi apa yang korang perlu tahu bila tetiba hati membuak2 nak  beli barang makeup? Apa yang korang nak kena kenal pasti supaya produk tu sesuai atau tidak. Korang kena la baca:

1. Jenis kulit muka

Kulit muka setiap orang berbeza-beza. Rasanya ramai dah tahu. Standard kulit BERMINYAK, KERING, KOMBINASI, NORMAL. Bila kulit muka berbeza kita tak boleh la nak guna produk sama macam kawan kita ke apa. Lain jenis kulit lain produk yang perlu digunakan. Nak bagi kulit sendiri selesa dan diri sendiri konfiden.

Normal ni pun ada normal ke berminyak, normal ke kering, normal ke kombinasi. Bergantung pada keadaan cuaca selalunya kulit orang normal ni. Cuaca sejuk ke, panas ke, suam-suam kuku ke,ribut petir ke.

Kulit Berminyak - kulit berminyak ni selalunya kita akan nampak orang tu muka dia bersinar-sinar je. siapa yang kulit berminyak mesti akan beli blot tissue, atau kertas minyak yang macam biore ke apa tuh. kulit berminyak ni kekadang boleh membawa ke masalah jerawat yang teruk. Jadi kena lah cari produk yang sesuai.

http://penpatah.blogspot.com/2014/12/serius-punca-kulit-muka-berminyak.html

Kulit Kering - Kulit yang kering selalunya akan nampak kemerah-merahan. Bukan kemerahan yang berseri tu, ni diorang akan rasa kering dan macam nak menggelupas je. Kadang-kadang orang tu akan rasa gatal je kat kulit dia, kalau garu habis lah berdarah. Jerawat pun tak pandang muka dia nak singgah. Orang kulit kering memang memerlukan moisturizer dalam bentuk gel. untuk bagi kelembapan dalam kulit.

http://princess-yanti.blogspot.com/2013/06/sape-ada-masalah-dengan-kulit.html

Kulit Kombinasi - Kulit kombinasi ni unik sikit. Sebab T zone (dahi dan hidung) dia berminyak, Tapi U zone (pipi dan dagu) dia kering pulak. Jadi orang macam ni memang memang kena cari produk yang seimbang untuk kawal dua-dua masalah sekali. Yang cik jumpa brand Clinique memang sesuai sangat dengan orang kulit kombinasi.



2. Warna Kulit

 Lepas dah tahu jenis kulit, kena lah tahu warna kulit pulak. Bila dah belajar mekap ni baru cik belajar banyak pasal warna kulit. Bukan sekadar putih, kuning langsat ngan sawo matang je. Setiap orang kulit dia mungkin tona cool, warm, dan neutral. fuhh jenuh kot cik nak terang. Korang boleh tengok gambar bawah ni.
 Kenapa kena tahu kita bawah tona yang mana? Supaya kita tak nampak pucat, atau nampak tua ke, nampak tak bermaya ke kalau tersalah pilih tona warna. Kalau korang pergi Makeup Kaunter, akan ada banyak jenis warna foundation. Sales Assistant akan bantu korang dengan tengok jenis kulit korang.

Kalau korang nak tahu cara tentukan tona kulit, boleh jugak cek tips kat youtube nih. Ni antara yang cik rasa mudah nak faham. Kalau kulit cik lebih kepada cool tones. Tu sebab kekadang kita akan rasa apehal kawan aku pakai warni ni cantik je berseri muka, dapat kat aku terus jadi kusam macam orang demam. Semua disebabkan oleh tona warna kulit. 


Moga entry ni membantu serba sedikit apa yang korang perlu tahu bila nak bila makeup ke apa. Sebab kalau korang tahu jenis kulit dan warna kulit, dan dapat produk yang betul, korang tak perlu nak berlebihan dah. Produk yang ada cuma menjaga kulit korang dan menambahkan seri sahaja. 

Kalau perlukan penerangan lanjut boleh emel cik. Lebih mudah untuk emel rasanya. Tapi nak whatsapp pun boleh, tapi mungkin akan ambil masa sikit. Tapi insya Allah kita akan belajar sama-sama.

Ok lah. cik nak tidur. Esok ada mekap bersanding termasuk keluarga lebih kurang 5 orang semua sekali. Jadi kena tidur awal, supaya otak tak mereng esok.

Hahahhaa

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

Monday, December 29, 2014

Apa saya patut tahu : Merancang pembelian

Assalamualaikum

Melampau seyhhh. Draft buat 29 jan 2014 hari tu. Awal tahun kot. Ni dah nak masuk new year baru publish. Baby dalam perut pon dah 6 bulan. Ish..ish..ish. kisah banyak alasan ni.

Padahal nak cerita pasal persiapan kahwin. Kahwin kami takda la grand sampai bermajlis2. Biasa ja, sampai kawan kata first time gi umah pengantin, pengantin datang sambut. Selalunya mak bapak pengntin je. Pengantin atas kerusi susah nak jumpa. Last2 balik gitu je.

Alhamdulillah.  Dah niat dalam Islam nak raikan tetamu, jadi kema la fikirkan cara nak sambut tetamu.

Ok dah melalut banyak. Hahaha. Ok. Ni yang saya rancang dulu. Cara saya buat. Alhamdulillah belanja tak ke laut. Siap ada lebih lagi. Ni tips saya. Rasanya ramai kot guna tips ni.

1. Rancang apa nak beli, apa nak sewa.
- list kan semua barang yang nak guna masa kahwin nanti. Lagi2 kalau korang banyak nak buat sendiri.  Listkan dari sekecil2 barang macam reben, sampai la sebesar2 barang macam pelamin.
- pilih mana yang korang nak sewa, beli, tempat, buat sendiri. Ini memudahkan korang untuk bincang dengan keluarga.
- rancang jugak bila tarikh korang nak beli atau tempah. Dua bulan sebelum majlis ke, sebulan sebelum ke. Terpulang pada korang la. Ada yang perlu tempah 6 bulan sebelum. Jadi timeline tu penting.
- perancangan penting bila kita mula fikir pasal kahwin. Suami saya mula simpan duit bila dia plan nak kahwin. Masa tu dia tak jumpa saya lagi. Lagi awal rancang dan bukak sampul, lagi bagus. Kalau dah rancang nak bertunang tu, boleh dah bukak sampul. Tak perlu beria, tapi skmpan je,

2. Buat sampul duit
- tulis nama sampul tu.
Cth: sampul baju kahwin, mekap, fotogtafer
- dah tulis nama tulis jugak bajet untik setiap sampul.
Cth: baju kahwin bajet RM1000 (serious baju kahwin saya dua2 belah tak sampai pun seribu), goodie bag RM700.
- dapat je duit bonus ke, gaji yang di asingkan, terus masuk sampul sampai cukup.
- sorokkan!!!

3. Survey..survey..survey
- survey kat mana korang nak beli atau tempah barang tu. Pastikan catit harga dia.
- contoh saya nak beli paperbag untuk goodies.
Kat mydin cap telefon Rm8.40 saiz besar 100pcs.
kat yummie bakery bangi rm4.80 saiz besar 100pcs
Kan nampak bezanya kat situ.
- jadi tulis setiap item dan letak harga.

4. Mula membeli/menempah
- anda  boleh mula membeli atau menempah barang2 ikut pada plan dan bajet anda.
- pastikan bawak sampul dan buat akaun kekuar masuk kat sampul. Mudah nak track belanja.
contoh:
Sampul Goodie Bag
1/1/2014  Masuk RM100
1/2/2014 Masuk RM100
25/2/2014 Keluar RM100 beli paperbag 10 pack, doily paper 4.
Baki RM100

Ni contoh je. Saya takde pon buat skema camni. Buat cm akaun la siap debit kredit bagai.

5. Jika ada baki
- kalau ada baki simpan je dulu. Kalau ada sampul yang tak cukup bajet, boleh pindahkan ke sampul perlu.
- kalau dak, buat sampul lepas kahwin dan masukkan. INGAT!!!! Belanja lepas kahwin lebih penting.

6. Jika tak cukup
- kalau tak cukup, revise semula perbelanjaan atau hold dulu sampai cukup.
Seboleh2nya janganlah fikir nak buat grand sampai sanggup buat pinjaman peribadi. Tak berbaloi dengan interest tinggi semata2 nak memenuhi nafsu yang sehari.

Banyakkan berdoa moga dilapangkan rezeki. Kalau nak bermewah boleh, kalau duit banyak atau mak ayah nak sponsor. Tapi kalau mak ayah nak yang mewah, diri sendiri nak ikut sunnah, doalah banyak minta Allah lembutkan hati mak ayah.

Insya Allah. Moga beroleh perkahwinan yang berkah.

Siapa yang nak tunang, kahwin, dan perlukan perias muka (hak..hak..hak.skema..) atau makeup retis tak sangat, boleh la Whatsapp /Telegram 0163265401.

Memudahkan hari bahagia anda. Insya Allah.

Friday, November 29, 2013

Apa saya patut tahu: 1st step prosedur perkahwinan

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Ada kesempatan nak kongsi cerita lagi. Hehehe. Walaupun cik rasa tak ramai yang datang melawat blog nih. Takpelah. Jadi diari cik jelah. Buat panduan diri sendiri, ingatan diri sendiri. Sebelum tersesat dan melarat baik cerita terus. Hahaha.

Malaysia mempunyai undang-undang syariah yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam yang boleh dikatakan baik dari negara-negara Islam yang lain. Mungkin ada yang kata banyak isu tak adil berkaitan mahkamah bila bab-bab cerai. Yang tak adil itu pasangan bukan mahkamah. Pasangan tu yang mengelak. Mahkamah cari pun tak jumpa. Lagipun ikut kes jugak.

Pe masalah cik tah mulakan cerita dengan perenggan yang buat orang stress. Hahaha. Jadi mari jangan stress. Nak kahwin ni. Tapi jangan serabut pulak dengan prosedur. Prosedur tak susah kalau faham dan ikut dengan betul. Kalau tak faham tu yang rasa susah. 

Prosedur perkahwinan Islam di Malaysia bermula dengan Kursus Kahwin. Yessssss. Kalau kengkawan gi kursus kawin mula la andaian dia kan. Dah nak kawin lettewwww. Siapa pasangan? Gitu lah soalan-soalan cepu emas nya.

Cik sebenarnya dah pernah pergi Kursus Kahwin. Mula suruh je si A pergi sendiri pastu boleh pulak dia merajuk. Cik rilek je la kan. Sekali baca kat dalam buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta dari Samsuddin Kadir, ada bab kursus kahwin. Dia galakkan pergi dengan pasangan. Supaya apa yang kita dengar dalam kursus kahwin tu boleh diingat bersama. Jadi kalau ada isu, kita dah pernah dengar jadi boleh ingat mengingati. 

Lagipun bila gi sama-sama mesti rasa excited je nak kahwin kan. Macam bila dapat sijil nak terus tunjuk kat orang kampung. Hahahahaaha. Macam melampau sangat je.
Cik gi kursus kahwin dekat JomKahwin  di Alam Damai Cheras. Dapat tahu pun dari kawan yang pergi. Diorang kata best. Sebab yang cik pegi bawah Pejabat Islam Hulu Langat cam ngantuk je. Cam asik tidur je. Jadi pergi yang swasta pulak. Alhamdulillah tk bosan. Cuma buku tak dapat lah. 

Gelak memang tak yah cakap lah. Banyak jugak ilmu yang dapat tambah. Sebab yang dulu pergi dah tak ingat pun. Hehehe. Ni refresh semula lah kiranya. 
Jadi pada sesiapa yang nak gi Kursus Kahwin anjuran JomKahwin, boleh call diorang. Walk in pun boleh. Sebab bayar masa hari kelas. Kelas selama 2 hari. Dan sijil akan diberi minggu berikutnya. 

Cik cadangkan gi kursus kahwin ikut negeri pasangan perempuan. Sebab cik gi ni bawah Majlis Agama Islam Persekutuan. Nasib prosedur KL dan Selangor tak jauh beza. Setiap negeri ada prosedur memasing, jadi kena faham lah. buat prosedur dan dokumen awal-awal tak gaduh dah nak pergi cari barang kahwin. Jangan dokumen pulak lambat sebab dok kejar katering lah inai lah. Kang tetiba tok kadi full book menangis la korang kena tukar tarikh.

Monday, November 11, 2013

Apa saya patut tahu? : The 1st step

Assalamualaikum

Tudia. Bajet macam tahu sangat kan apa 1st step. Padahal idok le tahu mana. Bace je banyak. Amalan membaca menambah ilmu. Macam tak kena je ayat. -.-". Jenuh gak la. Sebab cik anak sulung kan. Jadi macam tak tahu sangat. Nasib la ayah cik ni jenis rilek takde nak ikit adat sangat. Ayah cik asal boleh je. Yang penting wajib.

Kalau mengikut adat melayu, sesebuah perkahwinan akan bermula dengan merisik. Bagi yang masih mengikut adat mungkin akan buat walaupun pihak lelaki dan perempuan dah kenal bertahun lamanya.

Simbolik merisik pada zaman dahulu kala adalah tugas orang tua untuk merisik anak dara orang lain. Sebab zaman dulu bukan cam zaman la ni. Anak dara keluar rumah belajar menuntut ilmu bagai.

Dulu anak dara banyak habis kan masa di rumah. Jadi dengan merisik dapatlah tahu anak dara tu dah berpunya atau belum. Kalau belum dan anak daranya setuju, barulah boleh diteruskan dengan bertunang. Merisik selalunya membawa cincin belah rotan sebagai tanda. Bila bertunang baru bagi cincin lain.

Maaf cik kurang arif tentang adat, sebab keluarga cik dah jarang mengikut adat. Hahaha. Jadi kami ikut mana yang perlu je.

Memandangkan kami dah kenal, merisik sekadar dia dan kawan dia datang jumpa ayah. Sebab ayah nak kenal siapa dia. Kemudian baru bincang tentang pertunangan. Majlis yang akan dibuat nanti lebih kepada berkenalan antara dua keluarga. Bincang tentang kenduri dan bertunang.

Cik pun tak tau macam mana nanti. Cik dah neves nih. Hehehe. Sebab ada je kawan-kawan cik expect cik akan buat kenduri masa tunang nanti. Maap ler. Tunang elok dirahsiakan. Ni pun rasanya budak ofis tak tau. Ada sorang je tau. Kawan rapat pun husna je tau. Hehehe. Moga dipermudahkan. Dah nak kawen baru gebang kuat-kuat. La ni rilek dulu. Kang ada yang nyampah sakit mata lak nengok.

Aminnnn..