"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label kakda @ Mary Kay. Show all posts
Showing posts with label kakda @ Mary Kay. Show all posts

Sunday, August 4, 2019

2020 : Bonding Session with Angelista Bee

Alhamdulillah selesai sudah sesi pertama Bonding & Education dengan Angelista Bee sempena masuk tahun baru Mary Kay untuk Seminar 2020. Cececehhh. Macam la kakda leader nya. Hahaha. Tapi insya Allah soon akan jadi leader jugak. Jadi kena la belajar sikit-sikit kan. 


Kalau dah jadi Beauty Consultant ni dia punya rajin selfie lain machiam sikit. Hahaha. Makeup kakda hari ni. 

Kakda dan Beauty Consultant kakda. Shima mana tah dia hilang. 

Ye. Perut dah nampak sikit. Hahaha. 

Sesi pertama mulakan dengan perkenalkan diri dulu. Sebab banyak sembang dalam Telegram je kan. Jadi bila bonding time ni la nak kenal semua. 


Special Education dari National Sales Director Suhaida Sarif @ Kak Shiela. Best gila sesi dari Kak Shiela. Pasal GOAL atau MATLAMAT. Semua orang boleh buat Goal, tapi cara nak mencapai tu yang buat kan kita boleh jadi berbeza dengan orang lain. 


Blossom Bee yang sudi luangkan masa semalam. Insya Allah Blossom Bee akan jadi Future Unit dalam Suhaida Sarif Area. Aminnnn

Tumpu sikitttt. Banyak nak kena refresh ni. 

Belajar pasal Money Management. 

Apa yang best dengan Mary Kay ni, benda kecik2 pun Mary Kay ajar. Tak perlu pergi ke kelas mahal2. Mary Kay ada ajar. Terpulang pada kita nak amalkan ke tidak. 








Dapat hadiah dari director kakda. Wiiiiii. Dalam Mary Kay ni memang banyak je hadiah korang dapat. 

Tu sebab kalau korang jadi customer pun mesti akan dapat gift kecik2 dari kakda. 

Dapat lagiiiii. 

Education time dengan sufi. Banyak sufi ajar untuk refresh balik. Sebenarnya semua ni ada je dalam ESRS class. Tapi sebab 1 August 2019 adalah permulaan Seminar 2020, jadi kita refresh la balik. 


Kakda dan Sufi. 

Ok sufi makin kurus. Maka kakda kena jugak control supaya lepas bersalin boleh cepat kurus jugak. Bukan kulit je kena cantik tau, bila kesihatan dalam terjaga, kulit jadi lagi berseri dan masalah kulit susah nak dekat. 

Perlukan konsultasi untuk kulit? Jangan segan untuk contact kakda tau. 

whatsapp : http://www.wasap.my/60163265401
Facebook : Farida Tarmize
Instagram : faridatarmize

Much Love
Kakda
Your Personal Beauty Consultan. 

Monday, February 26, 2018

Product Knowledge - Mesmerize Bee & Future Area

Assalamualaikum & Good Morningggg!!

Selesai sudah Product Knowledge (PK) sabtu lepas. PK kali ni serentak berjalan di 16 tempat tauu. Sebelum ni PK ada kat 3 tempat dan ramai yang datang. Kat central je dah nak dekat 5 beauty centre tau. Nampak tak Mesmerize Bee Unit Suhaida Sarif makin berkembang. 



Kakda belajar banyak sangat tentang produk Mary Kay ni tau. Supaya mudah kakda nak bantu kawan2 kakda yang ada masalah dengan kulit. 

TAPIIIII....

Kakda cuma bantu untuk masalah kulit je tau bukan sakit kulit. Kalau sakit kulit korang tetap kena jumpa doktor. 

Masalah kulit ni macam kulit berminyak, kulit berjerawat sikit, kulit kering ke. So kakda bantu suggest skincare yang sesuai untuk masalah kulit korang. 

Kalau korang eczema ke, kanser kulit ke, berjerawat teruk ke korang tetap kena jumpa pakar kulit tau. Tapi produk Mary Kay memang dah di uji ke atas manusia dengan pantauan Dermatologist dan kebanyakannya sesuai untuk kulit sensitif. 



Haaaaa. Best ke best sangat dapat belajar pasal kulit dan produk. Bagi kakda best gilaaaa. Sebab boleh cuba semua produk Mary Kay tau. Kitorang bukan cakap bodoh2 tak pernah cuba tau. Kitorang orang pertama kena cuba dekat kulit sendiri supaya boleh rasa reaction produk tu. 


Jadi korang jangan takut tau kalau kakda ajak buat skincare class. Sebab kakda akan bagi yang paaaaling sesuai untuk kulit korang. Sebab taknak la korang rasa rugi membazir bila beli tapi takda consultation yang betul. 


Siapa nak layanan istimewa dari Mary Kay boleh je contact kakda tau. Kakda tak pernah makan orang lagi. Hehehehe

Love sangat,
Kakda
Independent Beauty Consultant 

Tuesday, February 6, 2018

iStory : Why I chose Mary Kay?

Assalamualaikum & Good Morningggg!!!

Nampaknya blog ni akan jadi tempat kakda share tentang perjalanan bersama Mary Kay. Header pun kena tukar jugak nampaknya. Hahahaha. Tapi maafkan lah ambe sebab tak update lagi. Tak sempat tengok laptop nak edit ke apa. 

Tapi kali ni kakda nak share kenapa kakda pilih Mary Kay? Tetiba je kan? Macam2 buat lepas tu pilih Mary Kay pulak. 


Kalau korang perasan dalam blog ni kakda banyak sangat kongsi tentang kecantikan. Kakda memang suka bab2 penjagaan kulit dan makeup. Sebab kakda tak berapa pandai bab fesyen. Kakda suka tengok tapi kakda tak pndai nak bergaya-gaya ni. 

Lagi pun kakda percaya, kecantikan ni subjektif. Dari dalaman sampai la luaran. Dan kakda suka nak cantikkan orang. 

Bila kakda bertemu dengan Sufi Syazwani, dia banyak ajar kakda macam2. Sebab Mary Kay ada P&L. Bukan Profit & Loss, tapi People & Love. Sebab kan sayang la ramai buat Mary Kay sampai berjaya. 

Dan kakda ada impian untuk berkerja dari rumah. Untuk kerja hakiki sekarang amatlah tak mungkin untuk kakda kerja di rumah. Jadi bila Mary Kay tawarkan kerjaya yang menepati citarasa kakda, lagi la cepat kakda tertarik. 

Apa yang tepat sangat tu:
  1. Fleksibiliti masa dan tempat bekerja
  2. Sisterhood yang kuat
  3. Pendapatan tambahan
  4. Berpeluang pakai kot dan blazer 
  5. Hadiri seminar dan conference
  6. Mencantikkan dan dicantikkan
  7. Kereta
  8. Balanced Priorities



Kereta SSD Fadhliana




Lagi pulak Mary Kay ni ramai perempuan. Jadi kakda rasa lebih selamat berkerjaya. Hahaha. 

Siapa yang nak tahu apa lagi yang menarik tentang Mary Kay ni? Kena la jumpa kakda. Sebab kakda tak sembang juta2 tau. Kakda tak pandai sembang juta2. Kakda pandai sembang cantik2 je. 

Heheheheeh

Love sangat,
Kakda
Sr. Independent Beauty Consultant 
http://kakdamk.wasap.my
https://marykay.com.my/faridatarmize

Saturday, February 3, 2018

Makeup atau Penjagaan Kulit?

Assalamualaikum & Good Morninggg!!

Lama tak update blog kan? Tapi hari ni kakda nak kongsi tentang mana yang lebih penting?

Makeup atau Penjagaan Kulit wajah?



Dulu kakda sama macam wanita lain kat luar sana. Rasa pentingnya belajar macam mana nak makeup supya tahan lama, nampak flawless, tak mudah crack, nampak segar dan natural. 

Tapi semakin kakda belajar, kakda tetap tak dapat capai wajah yang kakda inginkan. Takkan nak pakai makeup 24 jam kan? Nanti buang makeup, suami nampak jugak kusam, breakout, mata sembap semua tu. Dah tak jadi bercantik2 untuk suami. 

So kakda sangat obsess dengan kulit orang korea. Bukan obsess nak putih tau. Obses tengok kulit diorang yang sentiasa nampak segar walaupun tak pakai makeup atau makeup dia nipis. 


Bila kakda google, nah kauuu. Banyak gila rutin penjagaan kulit dia. Masa ni pun kakda rasa macam kenapa nak pakai macam2? Betul ke efektif? Kebetulan kawan kakda buat Mary Kay dan kakda pun pernah pakai sekejap tapi sadly, Beauty Consultant kakda tak guide betul-betul, jadi kakda tak faham la pasal keadaan kulit kita ni. 

Tapi bila dah buat skincare class, dan kakda mula kan skincare routine dengan BC yang baru, barulah kakda faham dan berjaya capai impian kulit yang kakda idamkan?

Siapa rasa dia pun dalam proses nak mendapat kulit impian dia? Dah ada Beauty Consultant nak bantu tak? Kalau tak ada boleh je contact kakda. Tapi kakda akan nasihat berdasarkan produk Mary Kay je tau? Sebab kakda belajar tentang produk dan kesesuaian dengan kulit kita. Kalau nak pakai produk lain boleh, tapi kakda terang secara asas je nak?

Jangan lupa whatsapp kakda tau. Kita belajar sama2. 





Tuesday, January 23, 2018

PAMU 2018 - Quarter 2

Assalamualaikum & Good Morningggg

Aagituuu. Nampak tak semangat sangat. Kena lah happy selalu nak pastikan semua yang baca pun happy dan positif je. 

Alhamdulillah, 20 Januari 2018 kakda dipilih untuk menyertai PAMU. Apa PAMU tu? Hehehehe. Nama panjang dia Personal Advance Makeu-Up. Di sini kami Beauty Consultant diajar untuk makeup yang advance tau. 


Bukan sikit2 punya ajar tau. Kalau lukis kening tu sampai jadi elok lah cikgu ajar. Kelas ni PERCUMA sahaja tauuuu. Kakda melabur beratus ringgit dulu nak belajar makeup. Tapi bila tang kening cikgu suruh practice. Sedangkan asas nya pun hauk. Hahahaha. 

PAMU ni adalah hadiah untuk STAR CONSULTANT yang berjaya menempuhi cabaran pada Quarter 2 (Okt - Dec 2017) yang lepas. Maka makin excited la kakda kan. Dah la dapat beg cantik, dapat pulak belajar makeup FREE. best ke best sangat? 


Beg makeup sebab achieve Ladder of Success Quarter 2. Hehehehe. Yang bawah tu beg makeup beli sendiri. Matching tak?

Korang nak tak tengok gambar sepanjang kelas PAMU kakda? 

Separuh barang makeup Mary Kay yang akan digunakan. Yang tak perlu simpan dalam beg. 

Semua tekun je lukis kening. 

Kakda yang pergi banyak kelas makeup pun hauk jugak lukis keningnya. Alhamdulillah dapat ilmu baru. 

Peserta PAMU Quarter 2.  Ni sebahagian je tau. Sebab ada 10 tempat serentak PAMU dijalankan. Semuanya bawah Mesmerize Bee & Future Area Unit. 

Dengan Farah, Sufi, dan Kakda

Dengan Sufi, Sales Director Angelista Bee unit. Kakda masih bawah Angelista Bee jugak. Insya Allah December 2018 kakda ada unit sendiri Blossom Bee Unit. 

Ok ke tidok makeup kakda. Tema makeup kali ni Cut Crease makeup. Tapi nak kena practice lagi nampaknya la kan. Bagi boleh rileks je time nak makeup kat orang. Agak-agak ada tak yang sudi menadah muka untuk kakda makeup kan?

Kalau ada jom contact kakda nak?

Whatsapp : www.wasap.my/60163265401
Website : www.marykay.com.my/faridatarmize

Love sangat,
• Kakda •
Mary Kay Beauty Consultant 


Monday, November 20, 2017

Skincare vs Makeup

Assalamualaikum & Good Morningggggg!!

Moga sihat2 dan ceria2 selalu. Alhamdulillah diberi ilham untuk menulis lagi. Tapi kali ni nak cerita berkenaan skincare atau penjagaan kulit.

Ramai sangat wanita yang kakda tengok lebih pentingkan makeup dari penjagaan kulit. Beli makeup mahal2 dan pakai tebal2 dengan harapan nak capai natural look atau makeup nipis. Tapi makeup nya memang nampak tebal sebab nak tutup banyak cela diwajah yang boleh diatasi.

Dulu pun kakda anggap makeup yang bantu untuk tutup cela. Tapi bila dah meningkat usia ni baru sedar, penjagaan kulit yang laaaaaaagi penting dari makeup. Bila kulit terjaga, bersih bebas dari masalah jerawat, pori besar, parut jerawat bagai, pakai la foundation satu pam pun cukup dah untuk tutup dan beri kulit jadi sekata.



Kalau tanya pilihan skincare kakDa, kakda memang pakai Mary Kay. Lama dah dari 2009. Cuma sekarang baru lah nak betul2 jaga amik full skincare set siap tambah2 serum bagai. Kakda memang jaga sikit bab kulit atau apa2 yang kakda pakai dan makan. Kakda suka kulit warna sekata jadi kakda kurang tergoda dengan iklan putih 3 hari tu sebab kakda takut bahan2 yang tinggi kandungan kimia synthetic. Seram tauuu. Kat kulit tak jadi apa, buah pinggang pulak rosak.

Kalau siapa rasa macam elok sangat ke Mary Kay ni sampai kakda tetiba jadi beauty consultant ni? Itu memang kena sembang dengan kakda. 


Farida Tarmize
Mary Kay Ind. Beauty Consultant
Freelance Makeup Service
Whatsapp / SMS only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com