"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label MakeUp Review. Show all posts
Showing posts with label MakeUp Review. Show all posts

Monday, May 2, 2016

Makeup Fav : Lip Mask & Eye Cream

Assalamualaikum semua

Selamat bercuti. Hari ni ramai melepak sakan la sebab 3 hari cuti. Ada yang siap balik kampung kan. Bila lagi nak balik kampung lama-lama. Time macam ni la kan. Tapi bertabah la sebab mesti jem. Kebas bontot aihhh. Tambah pakej stress pulak kan. 

Kalau korang stress korang suka buat apa? Macam cik nak release stress, mesti cik rasa nak pamper kan diri. Rasa nak scrub badan, pakai losyen, pakai mask. Lepas tu baring dengan cahaya suram sambil pasang lilin wangi gitewwww. Feeling sangat. Nak pergi spa kadang tak mampu dengan kewangan dan masa. Jadi nasib encik somi layan je bini dia nak manjakan diri. Dapat 2 jam pon ok dah. 

Bila dah nak masuk 30 an ni kulit dah macam kemain lagi menggugat hati kan. Tapi cik macam konsisten je pakai 2 benda penting ni 3 kali seminggu. Kena la jaga kan. Nak kasi somi kita tengok jugak. 

Favorite item, Shaklee Enfuselle Eye Cream dan Mary Kay SatinLips Lip Mask. Nampak je kecik. Tapi banyak berjasa pada cik. 

Shaklee Enfusselle Eye Cream ni sangat sesuai untuk semua orang. Bantu kurangkan garis atau kedut atau wrinkle bawah mata. Kalau ada dark circle ke, eye bag ke, insya Allah akan bantu kurangkan sedikit demi sedikit sampai nampak segar. 

Tak syok lama mata nampak penat. Nanti orang tengok kita pun macam kesian je. Mata sedihhh je. Hahahaha. Pada yang pertama kali pakai eye cream memang akan rasa pedih sikit. Sebab kulit bawah mata adalah kawasan yang sensitif. Tapi nanti lama-lama mata korang akan biasa. 

Mary Kay SatinLips Lip Mask ni pulak memang cik perlukan. Sebab bibir cik ni memang jenis cepat je kering. Kalau pakai lipstick memang cepat lah dia merekah. Dapat pulak tabiat kupas kulit kering tu, memang satu set la. Suami sampai marah cik sebab kadang bukan sedar pon. 

Kalau nak diikutkan semua jenis petua cik dah ikut. Minum air masak banyak, sapu madu, sapu butter, sapu vaseline, pakai pelembab bibir. Macam-macam lah. Tapi rupanya cik tertinggal satu step yang menyebabkan bibir cik tak berjaya jadi lembab, merah dan gebu. Hahahah

Lip mask ni akan bertindak sebagai scrub bibir jugak. Jadi scrub penting untuk buang kulit mati. Dah lepas scrub baru lah boleh sapu macam-macam sebab moisturizer dapat masuk dengan cemerlang. Kalau tak dapat sikit je. 

Maka dua perkara ni wajib sangat kalau nak pastikan wajah kita nampak berseri. Insya Allah. Biar berseri untuk suami. Bagi senang mata senang hati. Nanti dapat duit lagi. Hehehehe. 

Kalau nak lagi best, boleh minum collagen powder dari Shaklee. Nak rangsang semula collagen dalam badan. Makin tua, makin cepat kolagen hilang dari badan. 

Jadi selamat menjaga kesihatan diri !!

sayang korang :)


Saturday, April 23, 2016

Makeup Fav : Primer

Assalamualaikum

Selamat kembali. Nak sharing pasal asas makeup. Kalau nak makeup tahan lama, asas mesti power. Hahahaha. Jadi korang boleh pakai base atau primer mengikut kesesuaian kulit korang. Apa yang terbaik untuk kulit orang tak semestinya terbaik untuk kulit korang. Tapi kebanyakan primer atau base memang sesua untuk semua jenis kult. 

Paham tak??   
Si kecik pantang tengok ibu nak buat flat lay. Laju je tangan dia nak main. 

Ni adalah primer yang cik ada dan guna untuk diri sendiri dan customer. Primer yang high-end paling cik suka Benefit Pore-fessional dan Hope Girl Magic Primer. Kalau yang drugstore pulak Maybelline Baby Skin Intant Pore Eraser. Sebab bila pakai, dua2 akan tutup liang pori dan beri efek kulit lembut macam sutera. Serious. 

MAC Prep+Prime cik akan guna pada customer yang ada masalah kulit kemerahan. Jadi cik tambahkan sikit  sebab MAC ni warna kuning. Jadi dia bagi warna kulit sekata dan naikkan seri muka. 

Yang paling cik kurang guna Make Up For Ever Step 1 Mattifying Primer. Sebab bila kita pakai, dia macam ada satu lapisan dekat kulit. Bila sapu foundation, nampak foundation tu macam bercapuk dan tak sekata. Sepatutnya dia nak lindung kulit dari berminyak terlalu banyak. Lepas tu bila sapu nak bagi rata, korang akan perasan dia akan jadi macam bijik2. Eyh. Cemana nak bagitu eyh. 

Macam korang sental daki kat badan lepasti dia keluar tu kan. Haaaaa. Cemtu lah jadi dia. 

Untuk mata cik gunakan Too Faced Shadow Insurance. Tapi cik ada je belajar dengan sigu makeup dan youtubers, diorang ajar guna foundation atau concealer yang lebih kurang warna kulit kita. Yang penting kena sapu bedak dulu sebelum pakai eyeshadow. 

Semua primer dan base ni adalah untuk memastikan Makeup tak bergerak dan tahan lama. Sebab ada yang jenis kulit pakai je foundation, tak lama lepas tu nampak macam tanggal atau cair. 

Tapi kalau korang jenis kasar, gatal hidung mata main tenyeh je memang MUA tak dapat nak tolong la. Kalau kitorang pakai simen mungkin la tak bergerak. 

Jadi kalau nak kahwin pakai Makeup sila bersabar banyak dan bersopan santun. Lagi kalau korang nak bagi makeup tahan sampai tengah malam konon nak fotoshoot kan. 

Terima kasih sebab sudi nak baca bebelan cik. Hehehe

Wednesday, April 20, 2016

Makeup Fav : Eyebrow Product

Assalamualaikum

Bersama lagi dalam post sharing is caring. Hahaha. Apa yang caring pon tak tau. 

Kali ni nak share brow product atau brow kit yang cik guna untuk kening. Mat saleh kata "an eyebrow is a frame of your face". Betoi ke idok? Jadi kening yang rapi akan beri impak pada muka korang. 

Banyak jenis bentuk kening. Tapi sekarang cik tengok kening lebih kepada natural. Kalau Korea diorang punya kening nak tebal lepas tu flat je. Sebab nak bagi muka nampak muda. Dulu trend kening nipis dan terjongket. Ada trend depan tebal belakang nipis. Jadi trend sentiasa berubah. 

Ni antara produk yang cik guna untuk merapikan kening sendiri dan customer. 

Kalau diri sendiri cik pakai Maybelline Fashion Brow dengan Viva Pencil. Kalau mascara untuk kening cik guna MAC Brow Gel "BoyGirl". Ni pon sebab warna dia tak sesuai dengan kulit orang malaysia. 

Kalau untuk customer cik akan pakai Viva Pencil dengan pensil yang dua atas kanan untuk buat frame. Lepas tu cik isi kan dengan Heavy Rotation brow kit. Kalau yang kening jenis huru hara atau tebal sangat, cik pakaikan lak Eyeko Brow Gel untuk rapikan.  

Cik suka suka suka sangaaaaaaattt dengan Eyeko Brow Gel. Sebab warna dia takde lah macam MAC "boygirl". Tapi bila pakai dia jadi rapi dan enhance bulu kening tu. Jadi nampak natural dan dia macam kena gam. Dia dok elok ja. Ayaq percik2 pon dia diam buat donno ja. 

Hahaha. Gitewwww. 

Tapi ada masa cik suka pakai Tarte Amazonian Clay Brow Pomade in Medium Brown. Kalau letak kat kening dia jadi macam wax tau. Tak yah letak brow gel pon tak pa. Cik suka pakaikan kat orang kening tebal. Sebab senang. Bulu kening semua ikut lekat sekali. Kalau pakai powder, rasa macam bersepah kening, last2 jadi tebal. 

Tapi bab makeup ni setiap orang ada kesukaan dan keselesaan masing2. Jadi cik tak boleh la nak banding kegemaran cik dengan kegemaran orang. Sebab dia ikut skill. Ada orang memang pandai pakai powder je. Ada orang tak. Jadi kalau nak makeup ni memang kena try and error. Untuk cari keserasian diri sendiri dengan produk makeup kat luar. 

Yang penting jangan sombong nak belajar dengan guru yang berpengalaman. 

Bye korang!!

Friday, April 15, 2016

Highlighter : Apa tu?

Assalamualaikum

Hai semua. Bersama lagi dalam blog makcik kepoh perasan mak andammmm!!

Huhuhu. Intro tak boleh belah. Perasan tu memang ada sangat. Takpelah. Kasi can sikit. Please? 

Tak nak layan? Ok. Kita teruskan pada agenda utama. 
(Mood berita sebab korang tak nak layaan. )

Mari kita cerita pasal highlighter. Nama pun dah boleh bayangkan apa fungsi dia. Untuk menyerlahkan, menaikkan lagi seri dibahagian muka yang tinggi (??!!! What the hell minah ni taip?)

Hahaha. Sebab highlighter selalu di pakai di bahagian yang tinggi dan mudah terkena cahaya. Macam tulang pipi, atas kening, tulang hidung macam gambar kat bawah ni. 
Highlighter ada jenis powder, liquid dan stick. Kalau macam yang cik ada ni jenis powder. Kalau powder boleh pakai bila dah siap makeup. Selalunya nak bagi naik seri. Tapi tak boleh pakai banyak2. Kang nampak macam muka berminyak pulak. Silau orang datang tengok pengantin. Hahahaha. 
The Balm Mary-loumanizer
Becca x Jaclyn Hill Champgne Pop

Cik ada jugak jenis liquid NARS Illuminator 'Copacabana'. Kalau jenis cecair kena pakai lepas foundation / concealer, tapi sebelum letak powder. 

Kena ingat tau, yang cecair dan krim kena pakai dulu, kemudian baru powder. Takut nanti nampak berketul atau sapuan tak rata pulak. 

Yang ni Hourglass Ambient Lighting Powder 'Dim Light'. Dia bukan la highlight macam biasa. Dia macam bedak kompak, tapi ada minimum highlight yang bila kita pakai di bahagian yang sesuai dia menaikkan seri. 

Nampk nya cik kena bagi gambar jugak. Sebab korang memang akan nampak beza dia. Nanti lah cik share okehs. 

Moga korang paham sedikit. Bila cik share gambar moga korang paham banyak lah. Hahaha. 

Friday, April 8, 2016

Viva Pencil : Original atau Tiruan?

Assalamualaikum

Mesti ramai kenal dengan Pensil Viva ni. Sebab ramai jugak MUA yang pakai pensil ni untuk lukis kening. Cik sebenarnya takde lah pro sangat pasal pensil ni. Tapi cik buat perbandingan antara dua pensil yang cik dapat. 

Yang peliknya cik beli dengan penjual yang sama. Harga yang sama pulak tu. Tapi dapat pensil yang berbeza. Tak ke pelik tu. 


Cik sebenarnya tak berani nak cakap mana satu original atau tidak. Tapi dari segi pemerhatian cik, ni yang cik boleh bezakan. 

Sebelah kiri adalah pensil A, kanan pensil B. 

Warna Tutup Pensil
A : hampir ke oren merah dan tak luntur warna dia
B : warna oren pudar

Tekstur pensil
A : lembut, mudah untuk digunakan
B : agak keras, memang kena warna banyak kali untuk bagi warna dia keluar. 

Warna 
A : coklat 
B : coklat kemerahan

Tulisan di badan pensil
A : nampak tulisan di print atas pensil
B : tulisan atas plastik dan ditampal  atas pensil. 

Pensil A sebelah kiri mudah nak dilukis. Tapi cepat sangat hilang. 

Tapi pensil B jenuh kena tenyeh, tapi susah nak hilang dan kalis air. 

Pada pandangan cik A ni nampak macam original. Tapi tak tahu la kan. Cik google jugak macam mana bak tahu original ke tiruan tapi tak jumpa. 

Ada yang kata Viva Pensil ni asal Indonesia. Ada yang kata dari China. Jadi cik pon pening. Lepas ni beli pensil kening lain pulak lah. 

Rasa korang mana original mana tiruan?


Saturday, March 12, 2016

Maybelline Fashion Brow : Yay or Nay?

Assalamualaikum

Hehehe. Dah janji nak review pasal Fashion Brow dari Maybelline kan? Jadi kena la tunai janji. Kang ada yang sumpah cik pulak. Hahaha

Hari tu tengok kat instagram maybelline malaysia ada promo pasal eyebrow and nose kit. Yes!! Dia boleh jugak jadi nose contouring kit. 
Ada dua warna dan cik pilih warna ni. Middle shades dia ala2 greyish sikit. Lagi satu shade dia warna brown. Tapi cik tak cuba lagi untuk nose countoring sebab macam tak sesuai pulak. Hahahah. 

Mari mulakan review
Warna gelap - tekstur dia bila pegang ala2 creamy sikit. Ingatkan ala2 pomade ke apa. Tapi bila apply dekat kening dia macam jadi powder pulak. Tapi dia melekat la kat kening. Tak bersepah. 

Warna gelap ni sesuai untuk hujung kening supaya gelap sikit. Jadi nampak la bila amik gmba. Takda la amik gamba kening hilang. 

Warna grey- memang powder dan sesuai untuk bahagian depan kening. Untuk bagi efek natural

Warna cerah - sesuai untuk warnakan bahagian batang hidung dan hujung kening berdekatan kening. Atau pun kalau terlebih gelap, boleh kurangkan warna tu dengan warna yang cerah. 
Ni kening cik sebelum guna eyebrow kit. Memang bersepah tak teratur. Ni kalau salah buat memang boleh jadi ulat bulu kening cik. 
Selepas guna eyebrow kit. Nampak tak kemas sikit. Nak pakai pon kena ada teknik jugak. Kang salah pakai memang akan jadi ulat bulu di atas mata la jwabnya. Hahahah. 

Cik bagi 4/5 bintang sebab cik suka warna dan tekstur dia. Masa awal2 macam tak berkenan, tapi bila dah lama-lama dah berpeluh nampak dia stay dengan aman tak huru hara, maka cik mula jatuh hati dengan Maybelline Fashion Brow. Lagi pun harga dia pun rm34.90. Ada sale kat sasa dapat rm24.90. Ok kan?



Tuesday, April 7, 2015

Swatches & Review : NARS All Day Luminous Weighless Foundation

Assalamualaikum.

Hari yang menarik untuk review pasal NARS All Day Luminous Weighless (ADLW) Foundation. Ini adalah schedule post maka post ni dah di buat awal-awal lah. Nak cerita pasal foundation baru dari NARS. Bila baca penerangan dia tentang foundation ni, memang agak mengujakan la. Lagi-lagi sangat sesuai dengan kebanyakan pengantin sekarang nak flawless tapi ringan je mekap.

Full, natural-looking coverage with unexpectedly weightless, 16-hour wear. Highly pigmented and perfectly balanced, this breakthrough formula builds and blends effortlessly with just one drop—the result of exclusive innovation uniquely designed to deliver long-wearing full coverage, weightlessly. Shake, pump and blend in sections for complete coverage that's completely natural looking.
NARS memang terkenal dengan foundation line dia yang tiba-tiba macam meletops letops sebab sediakan banyak warna dan jugak tekstur dia yang kebanyakan nya sesuai sesangat dengan semua jenis kulit, tak kira la normal, kering, atau berminyak.

Jadi masa ADLW ni keluar cik tengok kat insta salah seorang beauty assistant NARS. Lepas tu dia terus whatsapp cik pasal foundation ni. Tapi cik tak sempat beli masa diorang buat promosi untuk MUA, jadi cik beli lambat sikit.

Cik sangat-sangatlah tak sabar nak beli sebab banyak sangat tengok review. But sadly masa beli, BA yang selalu assist cik takde, jadi cik macam amik dan beli je. Tah pape tah. Hahahhaa. Tapi BA tu dah bagitau foundation ni boleh mix dengan foundation lain, tak perlu nak sapu satu muka pun takpe, sapu untuk bahagian yang ada masalah redness, discoloration pun boleh.

Memandangkan cik dah ada NARS Sheer Matte Foundation dalam shades Ceylan dengan Stromboli. Jadi cik memang akan campurkan je la. Tapi silap cik gi beli Vallauris. Tapi masa tu cik pun macam cari warna yang sesuai dengan warna kulit cik, jadi warna ni sangat-sangat sesuai untuk cik sebab dia pink undertone.

Tapi kalau cik nak beli lagi, cik akan beli Stromboli dengan Deauville atau Stromboli memandangkan warna - warna ni sesuai dengan kulit orang Malaysia. Jadi panjang sangat dah menaip, meyh kita mula dengan apa cik nak review.

Ni pendapat cik untuk ADLW dan jugak warna yang cik pilih ni.
Bila cik nampak je botol foundation ni, cik macam jatuh hati sebab packaging dia nampak mahal. Botol dia macam diperbuat dari kaca, jadi kalau pecah memang menangis lah, tutup  Lepas tu dia petak, senang susun dalam beg mekap. Packaging dia sangat simple dan kemas, nampak terus warna yang kita pilih. Foundation ni pulak memang cair tapi beri full coverage walaupun 1 pam je. 
Dari kiri: bawah cahaya natural, bawah cahaya lampu, dengan flash henfon, lepas blend.

Dengan 1 pam je dah cover satu muka cik. Ni adalah warna Vellauris yang cik beli. Dari kiri, bawah cahaya matahari, bawah lampu kalimantan, dengan flash lampu kamera, dan lepas sapu habis. Memandangkan kulit cik adalah cool tones, jadi sesuai lah warna ni dengan cik. Tak gelap dan tak cerah sangat.


Korang boleh nampak tak beza kulit cik sebelah kiri cik,  pakai ADLW, sebelah kanan cik tak pakai pape.

Maaplah kalau korang tak nampak beza, sebab kulit cik Alhamdulillah takde masalah sangat. Cuma discoloration sikit la kalau korang nampak beza. Sebab foundation ni memang akan nampak beza kalau kulit korang ada merah2 jerawat ke apa. Mungkin sebab cik minjm ESP hari2 jadilah kulit putih mulus.nhehehe

Banyak review mengatakan foundation ni sangat best, tapi Jaclyn Hill (feveret youtube guru) kata foundation ni tak sesuai ngan kulit dia yang kering. Menyebabkan bronzer powder , atau powder biasa dipakai xdapat blend dengan betul. Jadi terpulang pada jenis kulit la kot.
Dari kiri : 10.00 pagi sebelum keluar cahaya dari tingkap, 10.30 pagi dah kat luar cahaya dalam kereta, 3.45petang balik dari pusing IKEA, IKANO, THE CURVE, TESCO. Memang tak ada beza pun sebab still cover kulit cik yang discoloration tu. Patut cik amik gamba dah cuci sebelah muka lah. Hahahaha

Jadi rate cik untuk NARS All Day Luminous Weighless Foundation:

Tekstur  : cecair tak pekat, pakai sikit dalam 1 pam dah cover seluruh  muka.
Reka bentuk: simple tapi elegant
Yay or Nay : yay kalau kulit korang normal to oily. Kalau dry mungkin korang kena letak minyak baby ke sikit.
Harga : agak mahal sangat sesuai kalau dah cuba dan sesuai dengan kulit. 

Ida Tarmize
Freelance Makeup Service
Whatsapp / SMS only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Saturday, March 28, 2015

Swatches & Review : NARS Illuminator Copacabana

Assalamualaikum

Lama nak cerita pasal NARS Illuminator ni tapi asik hold je. Kalau lah ada supplement malas, memang dah lama beli nak overcome masalah malas ni. Hahaha. 

Actually, cik dah beli Illuminator ni lama dah. Tapi bila cari review tak ramai pandai pakai 
Tanya sales assistant pun dia asik bagitau boleh campur dengan foundation untuk bagi glowing. Atau campur dengan nars matte untuk bagi tekstur nars sheer glow. 

Bila cik review pasal liquid illuminator baru la jumpa cara lain. Tekstur dia yang smooth tapi tak shimmer yang berkilat tu. dia glowing bila bawah matahari tanpa nampak korang macam muka berminyak. 

So selain dari campur dengan foundation. Korang boleh jugak sapu kat tulang pipi, tulang hidung, tulang kening atau mana2 tempat yang nak bagi glowing selepas korang sapu foundation cecair. 

Sebab illuminator ni pon cecair jadi kena pakai lepas pakai liquid foundation. Jangan pakai lepas letak bedak. Nanti nampak bercapuk. 

Jadi apa pendapat cik pasal NARS  illuminator copacabana:
Tekstur : halus ala2 foundation
Beli atau tidak : tak yah beli pun takpe. Kalau nak buat highlight beli the balm mary-loumanizer pon ok. 



Ida Tarmize
Freelance Makeup Service
Whatsapp / SMS only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Wednesday, February 18, 2015

Makeup Review: Best MakeUp Remover

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dapat peluang nak update blog lagi. Hehehehe. Sejak suami tuka pelan internet DiGi Mobifi 4G LTE macam makin ligat lak update blog. Hahaha. Mana taknya. Kalau dah sampai 20gb sebulan dengan bayar RM85 takkan la ko taknak pulun. Kalau nak tau banyak2 sila pergi DiGi Centre terdekat. Kalau cik dibayar cik cerita. Hahaha.

Ramai ada tanya cik, macam mana nak remove makeup lagi-lagi yang tebal. Lagi pulak kalau kat luar rumah. Zaman sekarang ni banyak dah makeup remover jenis wipes yang wujud kat pasaran.  Kalau travel cik lagi senang jenis tisu basah ni. Sebab simpan dalam beg.

Tapi tak banyak yang cik jumpa dia jual sikit-sikit. Kalau ada jual pun macam tak best. Cik dah pernah guna Nivea, Simple, Watson, banyak jugak lah. Tapi semuanya dalam sepeket terlalu banyak, tak dapat remove makeup waterproof. Jadi macam rugi je sebab last2 cik kena jugak cari baby oil ke apa.

Kalau kat rumah takpe. Cik guna olive oil sikit pon dah boleh remove heavy makeup. Dah la organik. Tak rasa pedih atau rengsa kat kulit. Tapi kalau korang beli olive oil yang ada  cili flakes bagai tu mintak mahap la kalau kulit trbakar. Korang pandai2 la fikir kan.

 Tapi skang ni cik cam suka gila Biore Makeup Remover Wipes. Sebab dia ada jual jugak yang paket 44 helai siap box. Ada jugak refill. Yang untuk travel atau masuk dalam beg mekap cik guna yang 10 wipes je. Senang.

Best gila sebab makeup heavy pun tanggal. Apatah lagi yang tak heavy. Memandangkan cik banyak pakai makeup jenis kalis air, jadi kena cari wipes yang betul2 la boleh tanggal. Senang nak solat. Kalau tak pakai mekap pon takpa. Ni cerita sapa yang nak mekap la kan.
 So ni muka cik dengan mekap dan lepas cuci dengan Biore Wipes ni. Mascara dan lipstick cik adalah yang palik susah nak tanggal. Kadang2 pakai baby oil pun dia tak tanggal habis. Kalau Biore ni, tekan dalam 5-6 saat kat kelopak mata, lepas tu baru lap (lap ke? Macam tak sesuai je perkataan ni. Cuci? Sapu? Eyh pandai2 korang lah) je. Sehelai setel 1 muka. Tanggal habis.

Kadang2 kalau tak tanggal habis. Masa solat kesat kat telekung habis telekung surau. Dah tak sah solat sebab wudhu pun tak sampai.

Kalau tengok lipstick tu, cik guna Menow Pro Long Lasting Lip Gloss. Ni lipstick paling susah nak tanggal. Tapi Alhamdulillah  pakai Biore tanggal terus. Cik tak pernah try Biore Makeup remover yang lain, jadi tak tau la macam mana. Buat masa ni puas hati dah dengan wipes ni.
Tengok la tanggal.dia macam mana. Ñampak je kan macam mekap tak tebal. Tapi bedak pun kena tanggalkan betul2. Kalau tak habis lah wudhu tak rata.

Tapi kalau korang tak solat tak perlu yang kecik ni pun tak pe. Beli terus yang 44 helai. Tinggal kat rumah. Dah senang. Lagi pun ada refill. Sekarang nih Watson tengah buat sale refill tu beli 1 percuma 1 tak silap. So sila rajin2 kan diri untuk cuba.

________________________
Disclaimer : This is not a sponsored post. 


Ida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Tuesday, February 10, 2015

Swatches & Review : Menow Pro Long Lasting Lip Gloss

Assalamualaikum

Mengada sangat kan nak buat entry swatches & review. Macam lah pro sangat kan.

Mesti korang nak cakap camnih kann??? Biarlah. Kasi can la sket. Every Professional will start as an amatuer. Kalau tak mula, bila nak akhir kan? Lagipun saya nak review jugak pasal ni. Sebab suka. Hehehehe.

ramai yang tak tahu cik suka gila lipstick warna terang dan bright. Kalau ikut ujian warna, kulit cik memang sesuai sangat dengan warna camni berbanding pastel. So kalau tengok orang jual lipstick hot pink, merah menyala, memang lah cik akan tuju nak try. Beli ke dak belakang cerita.

Tapi yang cik nak review  ni Menow Pro Long Lasting Lip Gloss ni cik beli online dari IG: beauty_charity. So kalau beli apa-apa nanti rm1 akan didermakan pada yang memerlukan. Gitewww. Membeli sambil beramal kan.

 Waktu beli ni tengah promosi 8 item RM80 termasuk kos penghantaran. Kalau harga biasa dalam RM15. So dengan pantas cik pon order la kan. Maklumlah, tak boleh tahan. Lepas ni kena puasa 2 bulan dari beli makeup. Dah pantang kan. Makeup cuma pilis ngan param je.

Bila sampai je memang super eksaited kot. Color memang lagi best dari dalam gambar. Lip gloss ni matte finish. Jadi takde lah berkilat sampai nampak bibir kau je sebatu siap terpancar-pancar sinar kristal kan. Cik tak minat sangat shiny lip gloss. Tu yang cik suka gila borong Nyx.

Tapi sayang, budak yang jual nyx tu tak jual dah. Kena cari tempat lain yang jual original tapi berbaloi. Kalau kat Sephora Nyx Soft Matte Lip Cream RM30. Kalau online RM35. Cuma sephora terhad lah kaler dia.
Dari kiri : kod 05, 07, 09, 11, 12, 25, 29, 35, 36.

Ok dah melalut panjang gila kot. Atas ni swatches daripada beauty_charity sendiri. Yang ni ada 9 kod dah. Masa cik beli hari tu baru 8 kod je dia jual.

Kod paling cik suka mesti la 09. Hahaha. Sebab merah dia menaikkan warna kulit cik. Tak nampak kusam. Bila nak sapu memang kena sapu betul2 sampai lah dia lekat dan tukar tekstur kepada matte. Sebab kalau tinggal2 sikit sana sikit sini nanti warna tak rata.

Tapi yang tak best dia adalah tekstur lipgloss ni sendiri. walaupun matte finish, tapi tekstur dia macam lipgloss. ada satu rasa melekit2 bila korang kemam mulut. Untuk cik yang bibir kering memang kena pakai lipbalm dulu. Kalau tak habis lah bibir. Tapi melekit dia bukan cam lipgloss biasa tau. Ni rasa macam gam. Tapi takdelah tergam habis kan. Maksud cik stickiness dia tu. Walaupun dah kering, kita memang terasa melekit tu.

Kalau korang baca situ Long Langsting Lipgloss. Dia memang betul2 long lasting. Tak boleh nak hilangkan gitu2 je dengan air.  Waterproof seyhh. Korang makan la banyak mana, minum la, bercium la pun memang takkan hilang.

Kalau korang period atau non muslim  mungkin takde masalah. Mesti korang lagi suka sebab tahan lama sampai 4-5 jam warna dia. Tak payah nak apply banyak kali kalau keluar dengan boifreng dan kawan2. Tapi kalau nak solat, silalah guna penanggal makeup yang oil base punya. Kalau tak memang tak tanggal la sental dengan air.

Tapi disebabkan cik suka dengan warna dia, dan dah beli sampai 8 biji, takkan nak membazir kan. So cik cari solution untuk pakai lipgloss ni supaya tak rasa melekit, mudah tanggal bila nak solat, warna tahan lama.

Nampaknya sekian review cik. Ni base on pengalaman cik sendiri. Cik dah beli kot. Fan ni atas  keadaan bibir cik yang kering. Kalau jenis bibir lembab mungkin lain pulak reaction lipgloss ni pada korang. Tapi apa-apa pon gloss ni memang best. Kalau nak gi keje cik sapu sikit je. Kalau nak buat makeup2, cik tengok permintaan customer lah. Kalau dia nak pakai ni, layankan aje.

So jumpa lagi next time. Baiii..

xoxo

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com