"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label Makeup 101. Show all posts
Showing posts with label Makeup 101. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

Clean Makeup / Makeup Bersih ??

Assalamualaikum semua

Berschedule la post ni. Masa tengah rajin memang bertubi-tubi la cik siapkan post banyak-banyak lepas tu setkan masa je. Tak la blog ni nampak bersawang ditinggalkan sangat. Hahahaha

Kali ni nak sembang pasal makeup yang bersih atau orang Perak sebut 'Clean Makeup' gitewww. Makeup yang bersih dan cantik ni selalunya penting untuk fotografi. Untuk pastikan bentuk muka, bayang semua di tempat yang betul. Salah shading nampak pelik nanti. Tengok mata kasar mungkin ok je, sekali masuk dalam dslr atau kat studio Nahhhh!!  Rupanya hidung senget, shading pipi sebelah kebawah. Kening tak sama. Kan susah tu. 

Cik sendiri tak berjaya lagi nak dapat makeup yang bersih. Tapi cik masih berusaha lagi-lagi untuk makeup pengambaran. Alhamdulilah. Cik akan prektis banyak kali sampai berjaya. Tu pasal la cik perlukan muka-muka korang untuk jadi bahan eksperimen. 
Makeup cik yang ni oleh Feiruz Sohor. Masa tu teman Amni belajar makeup. So cik la jadi model contoh. Hahahaha. Contoh ke. Kalau dalam gambar nampak muka cik ada shape, hidung mancung, muka nampak kurang tembam. Hahaha. 

Tapi kalau korang tengok kat luar tebal ok!  Tapi cantik gila. Tu sebab kalau korang tengok gambar artis nampak lawa, semua sebab makeup. Tang shading, highlight semua ambil peranan. Jadi kalau korang nak MUA makeup lawa, jangan la berharap harga seratus dua ratus. Tak balik modal. Dah la barang pakai banyak. Belum cerita kulit problem. Lagi macam2 nak letak supaya tahan lama dan nampak flawless dalam gambar. 

Korang nak makeup murah dan simple? Pakailah mascara dan bedak pixy. Hehehehe. 

Kan dah kena jeling. Kalau korang rasa nak bayar mahal-mahal untuk makeup adalah tak berbaloi, apa kata korang join kelas makeup yang ada MUA mana-mana anjurkan. Korang tahulah susah senang beli barang dan makeup muka sendiri. 

Eyh. Macam lari topik pulak. Padahal nak cerita lain. Hahahha. 

Sunday, March 22, 2015

Buat Sendiri : Lip Scrub

Assalamualaikummm

Hehhehe. Seronoknya rasa sebab dah nak bersalin. doakan moga cik selamat bersalin, cik dan anak sihat walafiat insya Allah. Dah tunggu hari ni makin berdebar pulakkan, lepas tu makin tak rajin nak gi ofis. Rasa nak duduk rumah main mekap-mekap, tengok youtube makeup, update blog pasal makeup, semua pasal makeup je. Nampak tak addicted sangat.

Bila mengandung ni sangat mudah berpeluh dan buang air kecik. Disebabkan tu cik cepat sangat dehydrate sampai minum air lebih dari 3 liter. Sampaikan bibir cik habis pecah-pecah sampai asik kupas je. Kalau nak ikut sebelum mengandung pun memang cepat je menggelupas.

Petua orang bagi macam-macam dah, tapi tak berjaya jugak. Antaranya orang kata sapu mentega, jilat bibir (kalau ikut lagi kering kot bibir. Orang bibir takde masalah boleh la buat teori ni), lepas gosok gigi, berus dengan berus gigi. Berus dengan berus gigi tu memang berjaya pada masa tu je, tapi lepas cik sapu vaseline, bibir lagi dasyat menggelupas.

Pastu cik macam teringat penah tengok youtube pasal buat lip scrub. Elok untuk membuang kulit-kulit mati, lepas tu melembabkan dan memerahkan bibir gituhhh.
Resepi dia mudah sangat:

1 sudu besar Madu
1 sudu besar Gula Perang Organik (sebab tak ada cik pakai gula putih)
1 sudu besar Minyak Zaitun
Bekas simpan (ada yang pakai bekas contact lens)
Cara dia, campur je semua bahan, masuk dalam bekas korang nak. Lepas tu sapu lah bibir dalam keadaan memutar. Sebab sambil tu nak membuang kulit mati jugak.
Jadi ni bibir cik, Seriously bibir pecah-pecah tu tak cukup dasyat lagi, Sebab cik dah kupas sendiri. Dah jadi satu habit yang tak boleh nak buang. Jadi cik kena bagi bibir licin baru la habit tu tak datang. Lepas pakai scrub, basuh2 dan cuci. Lepas tu baru sapu vaseline. Nampak tak kulit bibir cik dag bersih sikit.

Madu elok sangat untuk melembabkan dan memerahkan bibir.

Gula pulak disebabkan tekstur dia, elok untuk membuang kulit mati tanpa merosakkan atau kasar pada kulit.

Minyak Zaitun pulak kaya dengan Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E yang sangat elok untuk kulit. Dan ia agak lembut tak merengsakan kulit. Jadi kalau nak buang makeup pakai Minyak Zaitun pun boleh. Tapi memandangkan minyak zaitun mahal kat Malaysia, jadi mampu pakai untuk bibir je la.

Semoga tips ni membantu korang yang ada masalah macam cik. Cik galakkan buat 2 hari sekali. Lama-lama bibir korang dah tak ada merekah dah.

Selamat Mencuba!!

Ida Tarmize
Makeup Service Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Thursday, March 19, 2015

Makeup 101 : Part 3 : Apa saya patut tahu?

Assalamualaikum

Tudiaaaaa. Masuk Part 3 dah. Kalau tak baca lagi Part 1 dan Part 2 boleh lah klikklik eyh? Senang je. Kita sama-sama belajar. Kalau perlu pembetulan sila roger cik. Mungkin ada ilmu perlu tambah lagi.



1. Bedak

Untuk pemilihan bedak muka ada 2 jenis bedak muka:

Serbuk dan Kompak.

Serbuk pulak ada jenis foundation,maksudnya dia ikut warna kulit, translucent pulak bedak lutsinar yang sesuai untuk finishing dan untuk orang kulit berminyak gitewwww. 
Loose powder

Bedak loose powder dalambentuk serbuk ni lebih halus. Dia akan masuk keliang-liang roma. Jadi kalau selalu guna kena cuci muka betul-betul. ada yang sampai pakai berus untuk cuci muka. Buat treatment untuk bersihkan liang-liang roma kot ada yang tersumbat. Untuk loose Powder cik guna Chanel.

 Translucent Powder

Macam cik kata tadi, translucent ni lebih pada bedak tak berwarna. Dia tak macam loose powder biasa yang ada warna untuk kulit muka. Dia tak memberi warna tapi bantu untuk menyerap minyak2 di muka.
Compact Powder
Bedak kompak lak adalah bedak padat. Ramai beli macam ni sebab mudah simpan dalam beg. Kalau loose powder agak besar dan bersebuk. Jadi mudah bersepah kalau nak simpan dalam beg. Bedak kompak ni banyak orang guna untuk touch up muka kalau keluar. Kompak powder pun ada juga ikut warna kulit, jadi pilih dengan betul sebab kalau salah takut muka terputih atau tergelap pulak.

2. Mascara

Pemilihan mascara pulak lebih kepada jenis berus dia. Korang nak jenis kalis air ke tidak terpulang pada korang. Mascara pulak tak elok simpan lama lebih kurang 3 bulan je. Jadi takperlu nak spend banyak sangat untuk mascara. Jadi korang kena tengok lah gambar yang cik google ni untuk rujukan korang bila nak pilih mascara.





3. Lipstick

Kalau kecik-kecik mesti curik-curik pakai lipstick ibu cik. Memang normal kot perempuan at least ada sebatang lipstick dalam simpanan. Tapi cikkkk ada banyak gilaaaaa. Paling cik suka NYX Soft Matte Lip Cream. Sebab dia matte finish dan tekstur dia bukan macam lipgloss walaupun dalam bekas macam lipgloss. Cik rasa nak borong semua kalerrrrrr. Banyak gila.
Kalau memilih lipstick yang sesuai pun kena ikut tona kulit kita. Baru lah nampak sesuai gitewww. Salah pakai warna boleh buat kita nampak pucat, nampak tua, nampak tak bermaya. Jadi kalau nak cuba macam-macam jenis warna, jumpa Sales Asisstant di kosmetik kaunter dan belajar warna sesuai untuk korang.



4. Blusher

Dah sampai ke produk terakhir untuk mekap. Blusher ni lebih kepada nak naikkan seri di muka. Nampak cam kemerahan asli gitewww. 

Ni adalah jenis-jenis blusher yang terdapat di pasaran. Jadi korang kena tentukan jenis apa yang sesuai dengan keadaan kulit korang. Sebab kalau berminyak ada yang tak sesuai dengan jenis gel atau cecair. Jadi dapatkan nasihat dan cuba di kulit untuk memudahkan korang beli yang sesuai dan menaikkan seri wajah korang gitewwwww.

Cara untuk pakai blusher pun mengikut bentuk muka. Sebab dia fungsi sama macam contouring jugak. Kalau malas nak buat contouring ke apa, boleh guna blusher untuk beri efek berbeza pada bentuk muka korang.

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian dengan korang. Tu dia kalau mekap pengantin. Nampak je mekap natural kan, tapi penggunaan produk banyak untuk tutup cela dan noda kat muka korang. MUA bukan buat natural look tu macam pakai bedak biasa je. Sebab korang mesti la nak nampak cantik di luar dan dalam kamera kan. Jadi jangan lah marah tengok harga mekap mahal sangat. MUA banyak pakai barang mahal dan bersesuaian dengan kulit korang. Kalau pakai barang murah atau tak original, kang kulit rosak siapa pulak nak ganti kan?

Jadi moga beroleh manfaat untuk korang dan juga cik. Entry ni untuk rujukan cik jugak akan datang. Insya Allah. Jadi kalau ada sesiapa berminat untuk menggunakan khidmat cik sebagai MUA majlis-majlis korang boleh lah Whatsapp atau Email cik. Insya Allah cik akan bantu korang.

Cik pun mekap tak de cukur kening dan pakaikan bulu mata, sebab cik rujuk dalil dan hadis yang ada takut ia boleh menyebabkan cik bersubahat dengan orang. Sebab mencukur bulu kening tu dah haram. Bab bulu mata pulak dia umpama memakai rambut palsu. Jadi kita sama-sama belajar. Untuk pastikan muka naik seri dan tidak berlebihan.


Ida Tarmize
Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Friday, March 13, 2015

Makeup 101 : Part 2 : Apa saya patut tahu?

Assalamualaikum

Part 2 untuk Makeup 101. Hehe. Sama-sama kita belajar kalau teringin nak mekap. Supaya tak la terlajak mekap cam gambar-gambar bawah ni. Kang pengsan orang lain nengok. Kalau terlebih tapi elok kat muka tak pa. Yang terlebih sampai orang ketawa tu yang tak best. Kang dari tak wujud Makeup Police, tetiba terus wujud je kat Malaysia ni.. Ke dah ada dah?


So hari tu cik dah terangkan pasal asas sekali iaitu kulit. Siapa tak baca Part 1 sila gi baca dulu. Kot la ada yang tak faham japgi.

1. Foundation

Selalu kan kita dengar pakai mekap mesti pakai foundation. Lepas tu ada yang komplen foundation buat muka berminyak lah, buat muka kering lah, macam-macam lagi. Jadi cik google cari apa maksud foundation tu sendiri.
  1. Foundation is a skin-colored makeup that is applied to the face to help cover up minor blemishes, create a uniform complexion and, sometimes, to slightly alter the shade of the skin. Alternatively, body paint is similar make up intended for the rest of the body.
So, foundation ni selalu nya akan beri medium atau full coverage pada kulit kita. Dia akan tutup cela macam kemerahan, kaler kulit tak sekata, dan macam-macam la. 

Dan foundation ni pulak ada banyak jenis, cecair, bedak, atau jenis krim. 

Selalunya jenis cecair ni akan bagi full coverage. Kalau dulu diorang akan bagitau jenis cecair untuk kulit kering, krim untuk kulit berminyak macam tu. Kalau powder lebih kepada untuk pemakaian nipis. Sekarang ni takdok dah. Macam-macam jenis kulit dah ada foundation cecair memasing. 

Kalau kulit berminyak guna foundation yang SPF kurang daripada 10 atau tak de SPF langsung untuk elak berkilat2 je bila lepas pakai dan makin bertambah minyak. Atau pun boleh guna primer matte sebelum guna foundation untuk menyerap minyak dan kilat2 tu.
Macam cik, cik guna Chanel Perfection Lumiere SPF 10 dan NARS Sheer Matte Foundation. Alhamdulillah ok je cik apply pada pengantin yang macam-macam jenis kulit. Yang penting pakai moisturizer dan primer yang sesuai.

Tapi banyak suggestion kata Estee Lauder Double Wear Foundation yang terbaik untuk kulit berminyak. Kalau kulit kering, cik cuba baca review tak jumpa yang best produk. Kebanyakannya akan kata guna moisturizer yang bagi hydate kulit. Untuk pengantin pun cik pakai je foundation yang sama. Cuma moisturizer guna Honey Bee Venom Moisturizer yang bentuk gel. Ramai customer kata kulit rasa lembab je.

2. Brushes

Untuk berus mekap, banyak jenis berus dah dipasaran. Lagipun sekarang pilihan berus lebih kepada sintetik. Berus sintetik mudah lekat dengan produk yang pakai, tetapi tak menyerap. Lagipun berus sintetik tak mudah lekat dengan kotoran atau bakteria.



Kalau nak tau brush apa bagus atau keperluan boleh google.  Tapi bila dah lama-lama, korang akan ikut selesa korang. Nanti berus blusher jadi berus contour lah apa lah kan.

Ni berus-berus yang cik guna. Ada dari Real Techniques, berus putih tu yang tak de jenama tapi dupe macam sigma. Berus terbaik yang banyak cik baca review adalah Sigma dan MAC. Tapi berus MAC agak la mahal sikit. Sigma Beauty pulak dupe untuk MAC, tapi kalau tukar duit Malaysia kira mahal jugak tapi separuh harga dari MAC. Hahahah nampak tak confuse nya penerangan cik.

3. Shading -  Countouring & Highliting

Shading ni lebih kepada warna kan gelap dan cerah di bahagian tertentu untuk memberi efek pada wajah. Jadi kalau ambil gambar, takde lah nampak flat je kan. Kalau korang tengok model dalam majalah nampak hidung mancung, pipi pauh dilayang ke apa, semua sebab shading makeup. Walaupun korang tengok orang tu tak pakai mekap. Sebab dalam gambar semua tu penting untuk bagi dimensi. Kalau tak nampak la flat je muka korang.

Korang boleh guna jenis powder, krim, atau liquid untuk buat shading. Kalau krim atau liquid lebih tahan lama, tapi kena apply selepas korang pakai foundation. Untuk powder pulak lepas korang pakai bedak ke apa boleh lah apply.

Setiap bentuk muka ada cara contouring dia. Kalau nak tau boleh belajar kat youtube. Cik pun masih belajar lagi kat youtube. Sebab kalau salah shading nanti jadi lain pulak muka.

4. Conceal / Corrector

Concealer atau Corrector ni macam penyamar noda kalau dalam BM. gitewwww. Skema sangat. hahaha.Dalam bentuk cecair dan krim. Cik suka sangat MAC nyer conceal dan corrector. MAC Pro Longwear Concealer cik guna bawah mata. Untuk tutup dark circle, tapi dia tak nampak macam crack sangat. Tapi Pro Longwear ni kena cepat2 sapu sebab dia cepat kering. 

Untuk corrector pulak yang bentuk krim tu cik banyak guna untuk hilighting dan contouring. Tapi cik ada beli BH Cosmetic Corrector palette. Nanti cik akan review pasal Corrector ni.


5. Eyeshadow

Eyeshadow ni banyak jenis. Ada jenis Matte, Shimmer, Glitter la. Kena la pandai pilih. Cik beli TOO FACED Chocolate Bar  dan TARTE Bon Voyage palette. Dia ada matte dan shimmer eyeshadow yang cantik. Tapi tak banyak warna ala-ala pink. So lepas ni cik nak beli MakeUp Geek yang mendapat review best sangat dari banyak youtube makeup guru.

Untuk pemakaian eyeshadow pun berbeza mengikut bentuk mata. Bukan setakat bentuk mata, cara nak letak eyeshadow pun ada cara. Jadi kena prektis dan banyak belajar teknik dari orang atau tengok youtube.

6.  Eyeliner

Fuhhhhhh.. panjang dah entry ni. Cik buat sehabis baik kumpulkan untuk pengetahuan kita semua. Hehehehe.

Eyeliner pulak benda paling penting untuk cik. Kalau keluar mesti pakai eyeliner sikit. Eyeliner pulak ada banyak jenis. Ada jenis Pensil, Cecair, Krim, atau gel. Itupun sekarang teknologi macam dah canggih kan. Macam-macam jenis eyeliner ada. Tapi review macam ramai kata Bobbi Brown Gel Liner paling best sebab tahan lama dan gel dia tak kering dalam pot tu.



 Ni style eyeliner yang boleh korang cuba. Cari dalam youtube jugak kalau korang nak tahu teknik dia.

Selesai sudah part 2. Sebab panjang sangat nanti korang boring. Jadi kita tambah lagi satu part untukkorang buat rujukan. Sama la cik pun buat rujukan jugak. Kalau ada lagi korang nak tahu boleh bagitau cik okehs? Cik akan kongsi apa yang cik tahu.

Ida Tarmize
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Wednesday, March 11, 2015

Pandai-pandai fikir




Ida Tarmize
Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Friday, February 27, 2015

Makeup 101 : Part 1 : Apa saya patut tahu?

Assalamualaikum


Nampak tak tajuk? Macam perasan sangat. Hehehehe. Tapi biarlah. Nak baca ikut korang kan. Lagipun Makeup 101 ni dari cik sendiri punya pengalaman, bacaan, dan jugak review orang2 sekeliling dan MUA yang hot2 di luar sana. Kalau salah mohon betulkan. Jadi entry ni lebih  pada cik kumpulkan dari berbagai sumber untuk rujukan cik sendiri dan mungkin juga rujukan korang.

Tak semua orang ada rezeki kulit yang bersih, putih mulus, nampak glowing macam dalam cerita Korea tu. Tak semua eyh. Kecuali duit korang banyak, buat facial tiap2 bulan, pakai produk yang canggih, mungkin korang bertuah di situ. Tapi ada jugak  yang dah jaga kulit ikut petua orang tua2, tapi masih ada masalah kulit yang kadang2 terpaksa gunakan makeup untuk menutup cela2 tu.

Ada yang pakai mekap untuk masa yang lama dan berpanjangan, setiap hari. Ada jugak yang guna waktu majlis2 tertentu je. Macam waktu tunang, nikah, kahwin, dinner. Walau kerap atau tidak korang kena tahu produk tu sesuai dengan kulit atau tidak. Untuk elak kalau kulit korang bermasalah, dia jadi lagi teruk pulak.

Disebabkan entry ni macam akan jadi panjang, jadi cik pecahkan dia pada 2 atau 3 lah eyh? Moga beri manfaat untuk korang dan cik.

everydaymakeupblog.com

Jadi apa yang korang perlu tahu bila tetiba hati membuak2 nak  beli barang makeup? Apa yang korang nak kena kenal pasti supaya produk tu sesuai atau tidak. Korang kena la baca:

1. Jenis kulit muka

Kulit muka setiap orang berbeza-beza. Rasanya ramai dah tahu. Standard kulit BERMINYAK, KERING, KOMBINASI, NORMAL. Bila kulit muka berbeza kita tak boleh la nak guna produk sama macam kawan kita ke apa. Lain jenis kulit lain produk yang perlu digunakan. Nak bagi kulit sendiri selesa dan diri sendiri konfiden.

Normal ni pun ada normal ke berminyak, normal ke kering, normal ke kombinasi. Bergantung pada keadaan cuaca selalunya kulit orang normal ni. Cuaca sejuk ke, panas ke, suam-suam kuku ke,ribut petir ke.

Kulit Berminyak - kulit berminyak ni selalunya kita akan nampak orang tu muka dia bersinar-sinar je. siapa yang kulit berminyak mesti akan beli blot tissue, atau kertas minyak yang macam biore ke apa tuh. kulit berminyak ni kekadang boleh membawa ke masalah jerawat yang teruk. Jadi kena lah cari produk yang sesuai.

http://penpatah.blogspot.com/2014/12/serius-punca-kulit-muka-berminyak.html

Kulit Kering - Kulit yang kering selalunya akan nampak kemerah-merahan. Bukan kemerahan yang berseri tu, ni diorang akan rasa kering dan macam nak menggelupas je. Kadang-kadang orang tu akan rasa gatal je kat kulit dia, kalau garu habis lah berdarah. Jerawat pun tak pandang muka dia nak singgah. Orang kulit kering memang memerlukan moisturizer dalam bentuk gel. untuk bagi kelembapan dalam kulit.

http://princess-yanti.blogspot.com/2013/06/sape-ada-masalah-dengan-kulit.html

Kulit Kombinasi - Kulit kombinasi ni unik sikit. Sebab T zone (dahi dan hidung) dia berminyak, Tapi U zone (pipi dan dagu) dia kering pulak. Jadi orang macam ni memang memang kena cari produk yang seimbang untuk kawal dua-dua masalah sekali. Yang cik jumpa brand Clinique memang sesuai sangat dengan orang kulit kombinasi.



2. Warna Kulit

 Lepas dah tahu jenis kulit, kena lah tahu warna kulit pulak. Bila dah belajar mekap ni baru cik belajar banyak pasal warna kulit. Bukan sekadar putih, kuning langsat ngan sawo matang je. Setiap orang kulit dia mungkin tona cool, warm, dan neutral. fuhh jenuh kot cik nak terang. Korang boleh tengok gambar bawah ni.
 Kenapa kena tahu kita bawah tona yang mana? Supaya kita tak nampak pucat, atau nampak tua ke, nampak tak bermaya ke kalau tersalah pilih tona warna. Kalau korang pergi Makeup Kaunter, akan ada banyak jenis warna foundation. Sales Assistant akan bantu korang dengan tengok jenis kulit korang.

Kalau korang nak tahu cara tentukan tona kulit, boleh jugak cek tips kat youtube nih. Ni antara yang cik rasa mudah nak faham. Kalau kulit cik lebih kepada cool tones. Tu sebab kekadang kita akan rasa apehal kawan aku pakai warni ni cantik je berseri muka, dapat kat aku terus jadi kusam macam orang demam. Semua disebabkan oleh tona warna kulit. 


Moga entry ni membantu serba sedikit apa yang korang perlu tahu bila nak bila makeup ke apa. Sebab kalau korang tahu jenis kulit dan warna kulit, dan dapat produk yang betul, korang tak perlu nak berlebihan dah. Produk yang ada cuma menjaga kulit korang dan menambahkan seri sahaja. 

Kalau perlukan penerangan lanjut boleh emel cik. Lebih mudah untuk emel rasanya. Tapi nak whatsapp pun boleh, tapi mungkin akan ambil masa sikit. Tapi insya Allah kita akan belajar sama-sama.

Ok lah. cik nak tidur. Esok ada mekap bersanding termasuk keluarga lebih kurang 5 orang semua sekali. Jadi kena tidur awal, supaya otak tak mereng esok.

Hahahhaa

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401