"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label Makeup Tools. Show all posts
Showing posts with label Makeup Tools. Show all posts

Monday, May 2, 2016

Makeup Fav : Lip Mask & Eye Cream

Assalamualaikum semua

Selamat bercuti. Hari ni ramai melepak sakan la sebab 3 hari cuti. Ada yang siap balik kampung kan. Bila lagi nak balik kampung lama-lama. Time macam ni la kan. Tapi bertabah la sebab mesti jem. Kebas bontot aihhh. Tambah pakej stress pulak kan. 

Kalau korang stress korang suka buat apa? Macam cik nak release stress, mesti cik rasa nak pamper kan diri. Rasa nak scrub badan, pakai losyen, pakai mask. Lepas tu baring dengan cahaya suram sambil pasang lilin wangi gitewwww. Feeling sangat. Nak pergi spa kadang tak mampu dengan kewangan dan masa. Jadi nasib encik somi layan je bini dia nak manjakan diri. Dapat 2 jam pon ok dah. 

Bila dah nak masuk 30 an ni kulit dah macam kemain lagi menggugat hati kan. Tapi cik macam konsisten je pakai 2 benda penting ni 3 kali seminggu. Kena la jaga kan. Nak kasi somi kita tengok jugak. 

Favorite item, Shaklee Enfuselle Eye Cream dan Mary Kay SatinLips Lip Mask. Nampak je kecik. Tapi banyak berjasa pada cik. 

Shaklee Enfusselle Eye Cream ni sangat sesuai untuk semua orang. Bantu kurangkan garis atau kedut atau wrinkle bawah mata. Kalau ada dark circle ke, eye bag ke, insya Allah akan bantu kurangkan sedikit demi sedikit sampai nampak segar. 

Tak syok lama mata nampak penat. Nanti orang tengok kita pun macam kesian je. Mata sedihhh je. Hahahaha. Pada yang pertama kali pakai eye cream memang akan rasa pedih sikit. Sebab kulit bawah mata adalah kawasan yang sensitif. Tapi nanti lama-lama mata korang akan biasa. 

Mary Kay SatinLips Lip Mask ni pulak memang cik perlukan. Sebab bibir cik ni memang jenis cepat je kering. Kalau pakai lipstick memang cepat lah dia merekah. Dapat pulak tabiat kupas kulit kering tu, memang satu set la. Suami sampai marah cik sebab kadang bukan sedar pon. 

Kalau nak diikutkan semua jenis petua cik dah ikut. Minum air masak banyak, sapu madu, sapu butter, sapu vaseline, pakai pelembab bibir. Macam-macam lah. Tapi rupanya cik tertinggal satu step yang menyebabkan bibir cik tak berjaya jadi lembab, merah dan gebu. Hahahah

Lip mask ni akan bertindak sebagai scrub bibir jugak. Jadi scrub penting untuk buang kulit mati. Dah lepas scrub baru lah boleh sapu macam-macam sebab moisturizer dapat masuk dengan cemerlang. Kalau tak dapat sikit je. 

Maka dua perkara ni wajib sangat kalau nak pastikan wajah kita nampak berseri. Insya Allah. Biar berseri untuk suami. Bagi senang mata senang hati. Nanti dapat duit lagi. Hehehehe. 

Kalau nak lagi best, boleh minum collagen powder dari Shaklee. Nak rangsang semula collagen dalam badan. Makin tua, makin cepat kolagen hilang dari badan. 

Jadi selamat menjaga kesihatan diri !!

sayang korang :)


Saturday, April 23, 2016

Makeup Fav : Primer

Assalamualaikum

Selamat kembali. Nak sharing pasal asas makeup. Kalau nak makeup tahan lama, asas mesti power. Hahahaha. Jadi korang boleh pakai base atau primer mengikut kesesuaian kulit korang. Apa yang terbaik untuk kulit orang tak semestinya terbaik untuk kulit korang. Tapi kebanyakan primer atau base memang sesua untuk semua jenis kult. 

Paham tak??   
Si kecik pantang tengok ibu nak buat flat lay. Laju je tangan dia nak main. 

Ni adalah primer yang cik ada dan guna untuk diri sendiri dan customer. Primer yang high-end paling cik suka Benefit Pore-fessional dan Hope Girl Magic Primer. Kalau yang drugstore pulak Maybelline Baby Skin Intant Pore Eraser. Sebab bila pakai, dua2 akan tutup liang pori dan beri efek kulit lembut macam sutera. Serious. 

MAC Prep+Prime cik akan guna pada customer yang ada masalah kulit kemerahan. Jadi cik tambahkan sikit  sebab MAC ni warna kuning. Jadi dia bagi warna kulit sekata dan naikkan seri muka. 

Yang paling cik kurang guna Make Up For Ever Step 1 Mattifying Primer. Sebab bila kita pakai, dia macam ada satu lapisan dekat kulit. Bila sapu foundation, nampak foundation tu macam bercapuk dan tak sekata. Sepatutnya dia nak lindung kulit dari berminyak terlalu banyak. Lepas tu bila sapu nak bagi rata, korang akan perasan dia akan jadi macam bijik2. Eyh. Cemana nak bagitu eyh. 

Macam korang sental daki kat badan lepasti dia keluar tu kan. Haaaaa. Cemtu lah jadi dia. 

Untuk mata cik gunakan Too Faced Shadow Insurance. Tapi cik ada je belajar dengan sigu makeup dan youtubers, diorang ajar guna foundation atau concealer yang lebih kurang warna kulit kita. Yang penting kena sapu bedak dulu sebelum pakai eyeshadow. 

Semua primer dan base ni adalah untuk memastikan Makeup tak bergerak dan tahan lama. Sebab ada yang jenis kulit pakai je foundation, tak lama lepas tu nampak macam tanggal atau cair. 

Tapi kalau korang jenis kasar, gatal hidung mata main tenyeh je memang MUA tak dapat nak tolong la. Kalau kitorang pakai simen mungkin la tak bergerak. 

Jadi kalau nak kahwin pakai Makeup sila bersabar banyak dan bersopan santun. Lagi kalau korang nak bagi makeup tahan sampai tengah malam konon nak fotoshoot kan. 

Terima kasih sebab sudi nak baca bebelan cik. Hehehe

Friday, April 22, 2016

Pre Order Makeup Tools

Alhamdulillah. 

Mula2 takat nak jual dengan kawan2 ofis je sebab ada yang tanya2. Tapi lama2 ramai pulak berminat. Jadi cik nak share kat sini kot ada yang berminat. 

Small tear drop sponge. 5 biji sepeket. Buat masa ni tengah tunggu stok baru sampai. Jadi kalau ada yang berminat nak join pre order sila bagitahu okehs. 
Makeup Mixing Palette. Sesuai sangat untuk MUA atau sesiapa saja yang suka nak campurkan2 produk. 

Yang ni ada 3 lagi dalam stok cik. 
Makeup LED mirror. 

Best weyyy. Gelap ke suram cahaya ke korang still boleh nak makeup jugak sebab ada lampu. 

Jadi kalau ada sesapa yang berminat boleh gi tengok fb cik Farida Tarmize. Atau whatsapp je cik 0163265401

Ok. Bye korang. 


Wednesday, April 20, 2016

Makeup Fav : Eyebrow Product

Assalamualaikum

Bersama lagi dalam post sharing is caring. Hahaha. Apa yang caring pon tak tau. 

Kali ni nak share brow product atau brow kit yang cik guna untuk kening. Mat saleh kata "an eyebrow is a frame of your face". Betoi ke idok? Jadi kening yang rapi akan beri impak pada muka korang. 

Banyak jenis bentuk kening. Tapi sekarang cik tengok kening lebih kepada natural. Kalau Korea diorang punya kening nak tebal lepas tu flat je. Sebab nak bagi muka nampak muda. Dulu trend kening nipis dan terjongket. Ada trend depan tebal belakang nipis. Jadi trend sentiasa berubah. 

Ni antara produk yang cik guna untuk merapikan kening sendiri dan customer. 

Kalau diri sendiri cik pakai Maybelline Fashion Brow dengan Viva Pencil. Kalau mascara untuk kening cik guna MAC Brow Gel "BoyGirl". Ni pon sebab warna dia tak sesuai dengan kulit orang malaysia. 

Kalau untuk customer cik akan pakai Viva Pencil dengan pensil yang dua atas kanan untuk buat frame. Lepas tu cik isi kan dengan Heavy Rotation brow kit. Kalau yang kening jenis huru hara atau tebal sangat, cik pakaikan lak Eyeko Brow Gel untuk rapikan.  

Cik suka suka suka sangaaaaaaattt dengan Eyeko Brow Gel. Sebab warna dia takde lah macam MAC "boygirl". Tapi bila pakai dia jadi rapi dan enhance bulu kening tu. Jadi nampak natural dan dia macam kena gam. Dia dok elok ja. Ayaq percik2 pon dia diam buat donno ja. 

Hahaha. Gitewwww. 

Tapi ada masa cik suka pakai Tarte Amazonian Clay Brow Pomade in Medium Brown. Kalau letak kat kening dia jadi macam wax tau. Tak yah letak brow gel pon tak pa. Cik suka pakaikan kat orang kening tebal. Sebab senang. Bulu kening semua ikut lekat sekali. Kalau pakai powder, rasa macam bersepah kening, last2 jadi tebal. 

Tapi bab makeup ni setiap orang ada kesukaan dan keselesaan masing2. Jadi cik tak boleh la nak banding kegemaran cik dengan kegemaran orang. Sebab dia ikut skill. Ada orang memang pandai pakai powder je. Ada orang tak. Jadi kalau nak makeup ni memang kena try and error. Untuk cari keserasian diri sendiri dengan produk makeup kat luar. 

Yang penting jangan sombong nak belajar dengan guru yang berpengalaman. 

Bye korang!!

Friday, April 15, 2016

Highlighter : Apa tu?

Assalamualaikum

Hai semua. Bersama lagi dalam blog makcik kepoh perasan mak andammmm!!

Huhuhu. Intro tak boleh belah. Perasan tu memang ada sangat. Takpelah. Kasi can sikit. Please? 

Tak nak layan? Ok. Kita teruskan pada agenda utama. 
(Mood berita sebab korang tak nak layaan. )

Mari kita cerita pasal highlighter. Nama pun dah boleh bayangkan apa fungsi dia. Untuk menyerlahkan, menaikkan lagi seri dibahagian muka yang tinggi (??!!! What the hell minah ni taip?)

Hahaha. Sebab highlighter selalu di pakai di bahagian yang tinggi dan mudah terkena cahaya. Macam tulang pipi, atas kening, tulang hidung macam gambar kat bawah ni. 
Highlighter ada jenis powder, liquid dan stick. Kalau macam yang cik ada ni jenis powder. Kalau powder boleh pakai bila dah siap makeup. Selalunya nak bagi naik seri. Tapi tak boleh pakai banyak2. Kang nampak macam muka berminyak pulak. Silau orang datang tengok pengantin. Hahahaha. 
The Balm Mary-loumanizer
Becca x Jaclyn Hill Champgne Pop

Cik ada jugak jenis liquid NARS Illuminator 'Copacabana'. Kalau jenis cecair kena pakai lepas foundation / concealer, tapi sebelum letak powder. 

Kena ingat tau, yang cecair dan krim kena pakai dulu, kemudian baru powder. Takut nanti nampak berketul atau sapuan tak rata pulak. 

Yang ni Hourglass Ambient Lighting Powder 'Dim Light'. Dia bukan la highlight macam biasa. Dia macam bedak kompak, tapi ada minimum highlight yang bila kita pakai di bahagian yang sesuai dia menaikkan seri. 

Nampk nya cik kena bagi gambar jugak. Sebab korang memang akan nampak beza dia. Nanti lah cik share okehs. 

Moga korang paham sedikit. Bila cik share gambar moga korang paham banyak lah. Hahaha. 

Friday, April 8, 2016

Viva Pencil : Original atau Tiruan?

Assalamualaikum

Mesti ramai kenal dengan Pensil Viva ni. Sebab ramai jugak MUA yang pakai pensil ni untuk lukis kening. Cik sebenarnya takde lah pro sangat pasal pensil ni. Tapi cik buat perbandingan antara dua pensil yang cik dapat. 

Yang peliknya cik beli dengan penjual yang sama. Harga yang sama pulak tu. Tapi dapat pensil yang berbeza. Tak ke pelik tu. 


Cik sebenarnya tak berani nak cakap mana satu original atau tidak. Tapi dari segi pemerhatian cik, ni yang cik boleh bezakan. 

Sebelah kiri adalah pensil A, kanan pensil B. 

Warna Tutup Pensil
A : hampir ke oren merah dan tak luntur warna dia
B : warna oren pudar

Tekstur pensil
A : lembut, mudah untuk digunakan
B : agak keras, memang kena warna banyak kali untuk bagi warna dia keluar. 

Warna 
A : coklat 
B : coklat kemerahan

Tulisan di badan pensil
A : nampak tulisan di print atas pensil
B : tulisan atas plastik dan ditampal  atas pensil. 

Pensil A sebelah kiri mudah nak dilukis. Tapi cepat sangat hilang. 

Tapi pensil B jenuh kena tenyeh, tapi susah nak hilang dan kalis air. 

Pada pandangan cik A ni nampak macam original. Tapi tak tahu la kan. Cik google jugak macam mana bak tahu original ke tiruan tapi tak jumpa. 

Ada yang kata Viva Pensil ni asal Indonesia. Ada yang kata dari China. Jadi cik pon pening. Lepas ni beli pensil kening lain pulak lah. 

Rasa korang mana original mana tiruan?


Tuesday, March 29, 2016

Makeup 7 : Smokey Purple with nude lips

Assalamualaikum semuaaaa

Asyik update pasal makeup practice je kan. Nak buat macam mana sayang bayam. Cik suka main makeup. Jadi bila ada muka yang sudi menadah, memang laju je la. Nak makeup muka sendiri cam boring pulak. Bila nak siap bilik makeup pon tak tau. Hahahaha
Kali ni makeup adik ipar yang sorang ni. Saja main makeup. Takde keje sangat. Hahaha. Cik macam nak re-create semula makeup yang cik buat hari tu. Jadi cik cuba kat muka orang pulak. Jadi pada siapa yang berminat makeup smokey boleh roger cik. 

Makeup ni sesuai sangat untuk makan malam sebab makeup lebih di bahagian mata. Kalau untuk fotoshut pon boleh pada siapa yang konfiden. Tapi bagi cik makeup jenis smokey dan betul-betul menonjolkan bahagian mata, sangat sesuai untuk majlis malam. 
Close up makeup bahagian muka. Memandangkan pencahayaan pun tak berapa nak best. Maka nampak cam gelap sikit. Takkan cik nak edit pulak. Main tipu namanya tu. Makeup mata cik banyak gunakan Morphe 35B pallete. 
Ni lepas edit. Sebab adik ipar suruh edit. Hahahaha. Nampak tak eyeshadow dia kemain.  Eyh puji diri sendiri. 

Pada sesiapa yang memerlukan Makeup Service boleh whatsapp cik. 

Daaaa~

Friday, March 25, 2016

Makeup 6 : Another Purple Gliter

Assalamualaikum

Tudiaaa. Aisyaa nganga mulut cenggituh sekali. Tumpang ibu nak bergambar jugak. Masa ni aisyaa dah sihat sikit. Jadi takde la menangis sangat. Dok tepi ibu je main barang mekap ibu. Hehehe

Makeup ni takde inspire dari mana-mana. Tapi sebab cik ada beli Morpher 35B pallete dan Beautybarbaby glitter. Lepas tu nampak warna purple yang menyerlah kemain, terus la cik macam teringin nak buat warna purple b
Cubaan untuk mendapatkan purple glitter tak berjaya sebab glitter dia tak melekatkan dengan baik. Mungkin cik patut sembur air kan sintetik brush supaya glitter tu dapat stay kat kelopak cik dengan jayanya. Jadi yang tu next time cuba. 
Abaikan kening cik. Bila bab lukis kening sendiri memang susah. Tapi kening orang insya Allah.

Jadi ni lah purple eyelida yang digembar gemburkan. Hahaha. Cik tak pakai bulu mata pelsu. Cik cuma naikkan je bulu mata guna fiber mascara untuk nampak lentik dan panjang. 

Tapi cik masih mencari pengetip bulu mata yang separuh punya. Susah betul nak jumpa. Tengok online MAC ada je. Bila pergi store tak ada pulak. Cari kat Shu Uemura habis semedang. Sapa ada jumpa sila roger!!

Heheheh

---------------------
Makeup Service


Sunday, March 20, 2016

How To : Transfer lipstick to a small container

Assalamualaikum 

Alhamdulillah. Masih diberi masa untuk update blog lagi. Kali ni nak share macam mana cik memindahkan lipstick yang banyak-banyak masuk dalam bekas lebih kecik. 

Senang masuk dalam beg makeup. Tak  payah bawak sampai berat beg. Dah la warna lebih kurang je. Cuma tona warna je lain. Sebab lain jenis kulit, lain tona yang sesuai. 

Dari selambak ke teratur. Hehehhe. Banyak pulak. 
Jadi kita mulakan step by step. Mudah sangat. Bagi cik ada dua cara nak cairkan lipstick:
1. Guna lilin dan sudu besi
2. Kita microwavekan ajeeeee

Kalau korang ada microwave maka cik tunjuk cara-cara dia. Kalau nak guna lilin dan sudu besi pon boleh. Tapi nanti cik update lain okehs? Ke korang nak cik buat video ??? 

Omg!! Perasan sangat cik macam ada orang baca blog ni. Hahahaha. 
Sediakan lipstick yang korang nak pindahkan. Sesuai sangat untuk mereka yang lipstick feveret dah sampai pangkal tapi masih ada baki kat dalam2 dia. So buat cara macam ni ok??!!

Beli bekas kecil macam cik. Kalau korang ada lebihan bekas contact lense pon boleh. Kalau korang tak banyak lipstick guna je bekas contact lense. Sebab ni lipstick cik bawak gi makeup customer, jadi kena lah elok sikit bekasnya. Ye dak??
Potong lipstick seperti di atas. Boleh guna pisau lipat kalau takde makeup spatula. Pastikan lap bersih2 sebelum potong lipstick lain. Jaga2 kalau pisau korang tajam. 
Masukkan dalam container korang. Kalau korang tetiba nak campur warna lipstick pon boleh. Ikut kreativti korang okehsss???
Masukk dalam microwave. Cik letak 5 minit. Tapi cek setiap 30 saat. Setiap lipstick mesti ada formula berbeza.  Ada yang 30 saat dah cair sepenuhnya. Ada yang lambat. Jadi mana yang dah cair bawa keluar terus. 

Psst: MAC takes almost 5 minutes to completely melted. 

Bila dah cairkan korang boleh hentak bekas or pusing2 kan bagi lipstick betul2 rata dalam bekas. Biarkan sejuk dalam 5 minit. 

Bila dah siap boleh apply  terus pada bibir. Serious tekstur dia sama je macam lipstcik. Best kan???

Selmat mencuba!!

--------updates!!--------
Lupa bagitau. 

Saya beli container tu dekat Magic Boo. Boleh google. Yang saya tahu kat Kota Damansara ada satu, dekat Bangi sebaris dengan Minaz Boutique / Fareeda Exclusive / Me'nate caw Bandar Baru Bangi. 

Untuk spatula boleh pre-order dengan saya. Nak siap makeup metal plate pon ada. 

Saturday, March 19, 2016

Makeup 5 : Everyday Natural Make-Up Look

Assalamualaikum

Bertemu lagi nak sharing practice makeup. Kadang bila tengah dapat inspiration mesti terus beria start makeup. Kadang balik kerja terus solat bersihkan muka lepas tu terus conteng-conteng je. 

Tapi kali ni cik macam rajin gila buat video tutorial. Tapi tak habis edit lagi. Sebab ada problem dengan software pulak. Ni pon mekap kejap2 sebab anak demam. So dia kejap jaga kejap tido. Sian Aisyaa   

Simple dan natural everyday look bagi cik. Kalau nak gi kerja ke, kenduri ke, jenjalan ke, cik suka style macam ni. Tak berat sangat. Tapi menyerlahkan bentuk muka. 

Nampak tak. Siap ada sequin background lagi. Memang youtube tutorial sangat. Hahahaha. Macam la ada nak tengok. 
Bahagian kening cik tetiba menebal seperti ulat bulu. Hahaha.

Eyebrow - Tarte Amazonian Clay i Medium Brown

Eyes - Tarte Chocolate Bar Palette // Maybeline eyeliner & mascara

Face - Chanel Perfection Lumiere foundation & Loose powder

Blusher - Morphe 9B blusher pallete

Lips - MAC Please Me matte lipstick
Itu je la barang utama. Len2 ada la tambah2 sikit. Saje2. Hahaha

Gambar pun semua penuh gamba anak jugak. Tengah nangis ada, tengah bengkak mata. Kesian Aisyaa ibu. Demam nak tumbuh gigi. 

-----------------------
Makeup Service


Saturday, March 12, 2016

Maybelline Fashion Brow : Yay or Nay?

Assalamualaikum

Hehehe. Dah janji nak review pasal Fashion Brow dari Maybelline kan? Jadi kena la tunai janji. Kang ada yang sumpah cik pulak. Hahaha

Hari tu tengok kat instagram maybelline malaysia ada promo pasal eyebrow and nose kit. Yes!! Dia boleh jugak jadi nose contouring kit. 
Ada dua warna dan cik pilih warna ni. Middle shades dia ala2 greyish sikit. Lagi satu shade dia warna brown. Tapi cik tak cuba lagi untuk nose countoring sebab macam tak sesuai pulak. Hahahah. 

Mari mulakan review
Warna gelap - tekstur dia bila pegang ala2 creamy sikit. Ingatkan ala2 pomade ke apa. Tapi bila apply dekat kening dia macam jadi powder pulak. Tapi dia melekat la kat kening. Tak bersepah. 

Warna gelap ni sesuai untuk hujung kening supaya gelap sikit. Jadi nampak la bila amik gmba. Takda la amik gamba kening hilang. 

Warna grey- memang powder dan sesuai untuk bahagian depan kening. Untuk bagi efek natural

Warna cerah - sesuai untuk warnakan bahagian batang hidung dan hujung kening berdekatan kening. Atau pun kalau terlebih gelap, boleh kurangkan warna tu dengan warna yang cerah. 
Ni kening cik sebelum guna eyebrow kit. Memang bersepah tak teratur. Ni kalau salah buat memang boleh jadi ulat bulu kening cik. 
Selepas guna eyebrow kit. Nampak tak kemas sikit. Nak pakai pon kena ada teknik jugak. Kang salah pakai memang akan jadi ulat bulu di atas mata la jwabnya. Hahahah. 

Cik bagi 4/5 bintang sebab cik suka warna dan tekstur dia. Masa awal2 macam tak berkenan, tapi bila dah lama-lama dah berpeluh nampak dia stay dengan aman tak huru hara, maka cik mula jatuh hati dengan Maybelline Fashion Brow. Lagi pun harga dia pun rm34.90. Ada sale kat sasa dapat rm24.90. Ok kan?



Friday, March 11, 2016

Wedding : Nikah dan Sanding Abby

Asalamualaikum

Alhamdulillah. Dah seminggu selesai majlis kenduri kawan sekolah cik. Terima kasih abby sebab sudi amik kitew jadi mekap retis awok. Hahaha

Minggu sebelum tu cik dah buat trial makeup. Nak tengok kulit dia camna segala bagai. 

Ye kengkawan semua

Siapa ambil makeup service dengan cik akan dapat trial makeup ye. Cik ke a buat trial untuk pastikan apa yang sesuai untuk korang. 

Ni sneak peak kat insta hari tu. Makeup hari yang sama. Nikah pagi. Lepas tu touch up sikit untuk sanding. 

Nasib abby ada ramai kawan. Memasing tolong pasangkan sanggul la bagai kan. Hahaha. So sweet la you b
Gambar tanpa pencahayaan yang baik jadi gini lah. Tapi Alhamdulillah ramai kata abby nampak so sawittt sampai semua panggil puteri. Hahaha

Selamat pengantin baru abby. Selamat honeymoon jugak. 

----------------
For inquiry please whatsapp below details for fast response:
Name
Event(s)
Date of event(s)
Time of event(s) start
Place to get ready
Email & IG name

Thank you!!

Friday, March 4, 2016

Makeup 4 : Pale Bright lips

Assalamualaikum

Fuhhhh. Nak bagitau jenis makeup pon tak tau. Sebab kadang main conteng je asal kena. 

Hahahaa. Kadang nak praktis skill je. Supaya tak kaku kejung bila nak mekap customer. Tapi tak syok mekap muka sendiri. 

Insya Allah. Dok mengemas sikit2 rumah sewa kami supaya ada ruang untuk sesiapa yang nak jadi bahan kena mekap. Jadi tak de la segan memasing kan. Encik somi pon tak payah menonjolkan diri. 

Tapi, agak-agak ada tak yang sudi menadah muka pada cik?


Si kecik mesti nak bergambar sekali. Cik main mekap memalam ni. Jadi lighting guna vanity mirror. Takde la terang sangat. 



Cik main warna ungu di bahagian kelopak mata. Lepas tu cik balas dengan lipstick yang terang dan pucat dari warna kulit cik. Nasib baik menjadi. Hehehehe.

Mata cik gunakan
MakeupGeek Cosmetics
Cocoa Bear
Drama Queen
Sensous
Duchess

Untuk bibir cik guna
 Nyx Cosmetics > Istanbul. 

Memandangkan mata tak begitu berat sangat solekan dia, jadi cik biarkan tertumpu bahagian bibir. Biar nampak terang gitewww. 

Jadi nak mekap macam mana pulak lepas ni? Bagi idea sikit. 

Wednesday, March 2, 2016

Youtube : Yay or Nay?

Ini adalah kepoyoan namanya

Dah lama teringin nak buat. Tapi tak buat-buat. Kalau ikut saje nak upload. Buat tatapan diri sendiri. Hahaha

Entah elok entah tidak. 

Makeup Service:
Whatsapp 0163265401
Email makeupbyidatarmize@gmail.com
Instagram idatarmize

Monday, February 29, 2016

Simple Makeup : betul ke simple?

Assalamualaikum

Berpeluang lagi nak update blog. Banyak je yang cik draf dan schedule kan. Kot terlupa nak update. Heheheeh

Jadi sementara idea mencurah-curah ke ladang gandum, lebih baik update segera. Kang takde idea mula la blog ni bersawang semula. 

Okehs. Cik nak cerita berkenaan permintaan bakal-bakal pengantin dan bakal-bakal pelanggan. Rasanya semua MUA akan terima permintaan macam ni. 

"Boleh saya tahu harga servis makeup simple untuk tunang / nikah / sanding / dinner / etc ?"

Bila dimaklumkan harga, terus diam atau dibalas dengan

"Kenapa mahal sangat kak? Saya nak simple je". 

Pertama akak nak jawab ye. Bagi awak, macam mana tu makeup simple?

Awak kena tanya benda ni pada diri awak. 

Akak tak marah sebab mungkin yang tak pernah makeup tak tahu. Jadi mari akak jawabkan. 

Gambar hakak dibawah adalah makeup simple. Ada nampak apa-apa calitan tak kat muka akak?

Simple akak takat foundation / bedak / mascara / lipstick. Jadi kalau kamera fon mungkin akan nampak sedikit warna makeup. 

Tapi tidak kamera dslr atau kompak atau kamera biasa. Sebab serapan cahaya dia berbeza. 
Ini lagu satu makeup simple akak nak gi kenduri. 

Kalau adik-adik impikan makeup yang menaikkan seri wajah, itu lebih kepada makeup natural. Nak dapatkan makeup natural pun bukan pakai barang sikit ye dik. Lagi kalau nak tahan lama. Selalunya MUA akan guna

- primer
- foundation
- concealer
- loose powder
- eyeshadow
- eyebrow powder
- mascara
- false lashes
- eyeliner
- blusher
- contouring powder
- highlighting powder
- lisptick
- face spray
- pengalaman dan skill seseorang MUA

Ini baru basic je untuk makeup yang tahan lama dan natural. Jadi kalau adik-adik nak makeup yang tak sarat boleh bagitahu MUA pilihan adik nak "natural makeup". Kalau ada contoh makeup yang adik minat pun boleh bagi. 

Tapi kena lah faham harga yang dimaklumkan. Kalau adik rasa mahal, akak cadangkan adik beli barang sendiri dan makeup sendiri. 

Sebab masa akak kahwin pun akak bayar rm350 untuk makeup nikah. Masa sanding je akak minta izin suami nak beli barang makeup untuk makeup sendiri masa sanding sebelah suami. Jadi dia la jadi penapis samada mekap tebal ke tidak. Hehehe

Ada paham adik-adik bakal pelanggan?

Kalau korang perlukan khidmat solekan yang tidak cukur bulu kening dan tak memakaikan bulu mata pelsu, boleh contact akak:

Whatsapp 0163265401
Email makeupbyidatarmize@gmail.com
Instagram idatarmize

Sunday, February 28, 2016

Farmasi Color Cosmetic : Warehouse Sale

Assalamualaikum

Amboi berzaman nak cerita pasal pergi shopping makeup. Hahhaa. Lupa seyh. Tapi kat instagram kemain hapdet. 

Siapa yang tak tahu lagi pasal FCC atau nama lama dia Farmasi Colour Cosmetic?

Haaaaa. Kalau nak tau FCC ni jenama dari Turki diimport masuk Malaysia. Harga berpatutan, kualiti setanding dengan yang mahal. Yang penting apa? 

HALALLLLLL

Alhamdulillah. Kita mencari apa?

Kap Ba Ra Alif Ta Nun

Keberkatan.... Hahaha
Cik sampai dengan shaza kol 9.55 pagi. Tak ramai orang. Itu yang kitorang suka. Hahaha. Alang-alangcik cuti nak dating dengan shaza, memang terus je la ajak dia kan. 
Memasing beg besar. Habis duit cik patratoih beli barang mekap yang diskaun gila-gila. 

Tapi ada la orang tumpang kirim. Heheheh. Jadi takdela semua harta cik pun. 
Ni antara barang yang cik beli. Sebab ada yang dah bagi pada tuan empunya barang. Tengok la ni. Dapat voucher Zalora untuk seratus terawal.
Ini baru barang cik beli. Menyesal tak beli foundation dia. Cik banyak beli liner je. Lipstick dia masa tu cik beli Matte Lipstick Vol. 2 Lady Violet. Cantikkkkkkkk

Nangis sebab pakai hari-hari. Skang kan trend lipstick ala-ala vamp kan. Kaler dark purple gitu. Hehehe. 

Nanti cik buat review khas okehss??