"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label Makeup Service. Show all posts
Showing posts with label Makeup Service. Show all posts

Tuesday, April 5, 2016

Makeup 8 : Alha Alfa Barbie Doll makeup look inspired

Assalamualaikum

Another makeup practice to improved my skills. Sejak akhir-akhir ni trend makeup kat Malaysia macam banyak ala-ala barbie doll with a touch of glitter. Tapi cik perasan makeup ni cam sesuai kalau fotoshoot produk ke apa. Sebab kalau nak pakai saje-saje memang la pelik yang amat. Kecuali korang memang jenis konfiden. 
Natural brows as always. No brow trimming and no false lashes. 
Selalunya barbie makeup look ni on point. Brows on fleek, clean makeup, and lots of pink on the eyelids, cheek, and lips. 

Tapi macam alha buat harus la kemas gila kot. Dan dia akan buat ombre lips. Kira bahagian tengah dalam bibir guna lipstick gelap, bahagian luar warna terang. 

So macam mana korang rasa? Ok tak makeup cik? Walaupun takde la sebijik sebijan tapi ada ala2 tak.?

Hahahahaa. Nak jugak

----------------------


Thursday, March 31, 2016

Clean Makeup / Makeup Bersih ??

Assalamualaikum semua

Berschedule la post ni. Masa tengah rajin memang bertubi-tubi la cik siapkan post banyak-banyak lepas tu setkan masa je. Tak la blog ni nampak bersawang ditinggalkan sangat. Hahahaha

Kali ni nak sembang pasal makeup yang bersih atau orang Perak sebut 'Clean Makeup' gitewww. Makeup yang bersih dan cantik ni selalunya penting untuk fotografi. Untuk pastikan bentuk muka, bayang semua di tempat yang betul. Salah shading nampak pelik nanti. Tengok mata kasar mungkin ok je, sekali masuk dalam dslr atau kat studio Nahhhh!!  Rupanya hidung senget, shading pipi sebelah kebawah. Kening tak sama. Kan susah tu. 

Cik sendiri tak berjaya lagi nak dapat makeup yang bersih. Tapi cik masih berusaha lagi-lagi untuk makeup pengambaran. Alhamdulilah. Cik akan prektis banyak kali sampai berjaya. Tu pasal la cik perlukan muka-muka korang untuk jadi bahan eksperimen. 
Makeup cik yang ni oleh Feiruz Sohor. Masa tu teman Amni belajar makeup. So cik la jadi model contoh. Hahahaha. Contoh ke. Kalau dalam gambar nampak muka cik ada shape, hidung mancung, muka nampak kurang tembam. Hahaha. 

Tapi kalau korang tengok kat luar tebal ok!  Tapi cantik gila. Tu sebab kalau korang tengok gambar artis nampak lawa, semua sebab makeup. Tang shading, highlight semua ambil peranan. Jadi kalau korang nak MUA makeup lawa, jangan la berharap harga seratus dua ratus. Tak balik modal. Dah la barang pakai banyak. Belum cerita kulit problem. Lagi macam2 nak letak supaya tahan lama dan nampak flawless dalam gambar. 

Korang nak makeup murah dan simple? Pakailah mascara dan bedak pixy. Hehehehe. 

Kan dah kena jeling. Kalau korang rasa nak bayar mahal-mahal untuk makeup adalah tak berbaloi, apa kata korang join kelas makeup yang ada MUA mana-mana anjurkan. Korang tahulah susah senang beli barang dan makeup muka sendiri. 

Eyh. Macam lari topik pulak. Padahal nak cerita lain. Hahahha. 

Tuesday, March 29, 2016

Makeup 7 : Smokey Purple with nude lips

Assalamualaikum semuaaaa

Asyik update pasal makeup practice je kan. Nak buat macam mana sayang bayam. Cik suka main makeup. Jadi bila ada muka yang sudi menadah, memang laju je la. Nak makeup muka sendiri cam boring pulak. Bila nak siap bilik makeup pon tak tau. Hahahaha
Kali ni makeup adik ipar yang sorang ni. Saja main makeup. Takde keje sangat. Hahaha. Cik macam nak re-create semula makeup yang cik buat hari tu. Jadi cik cuba kat muka orang pulak. Jadi pada siapa yang berminat makeup smokey boleh roger cik. 

Makeup ni sesuai sangat untuk makan malam sebab makeup lebih di bahagian mata. Kalau untuk fotoshut pon boleh pada siapa yang konfiden. Tapi bagi cik makeup jenis smokey dan betul-betul menonjolkan bahagian mata, sangat sesuai untuk majlis malam. 
Close up makeup bahagian muka. Memandangkan pencahayaan pun tak berapa nak best. Maka nampak cam gelap sikit. Takkan cik nak edit pulak. Main tipu namanya tu. Makeup mata cik banyak gunakan Morphe 35B pallete. 
Ni lepas edit. Sebab adik ipar suruh edit. Hahahaha. Nampak tak eyeshadow dia kemain.  Eyh puji diri sendiri. 

Pada sesiapa yang memerlukan Makeup Service boleh whatsapp cik. 

Daaaa~

Friday, March 25, 2016

Makeup 6 : Another Purple Gliter

Assalamualaikum

Tudiaaa. Aisyaa nganga mulut cenggituh sekali. Tumpang ibu nak bergambar jugak. Masa ni aisyaa dah sihat sikit. Jadi takde la menangis sangat. Dok tepi ibu je main barang mekap ibu. Hehehe

Makeup ni takde inspire dari mana-mana. Tapi sebab cik ada beli Morpher 35B pallete dan Beautybarbaby glitter. Lepas tu nampak warna purple yang menyerlah kemain, terus la cik macam teringin nak buat warna purple b
Cubaan untuk mendapatkan purple glitter tak berjaya sebab glitter dia tak melekatkan dengan baik. Mungkin cik patut sembur air kan sintetik brush supaya glitter tu dapat stay kat kelopak cik dengan jayanya. Jadi yang tu next time cuba. 
Abaikan kening cik. Bila bab lukis kening sendiri memang susah. Tapi kening orang insya Allah.

Jadi ni lah purple eyelida yang digembar gemburkan. Hahaha. Cik tak pakai bulu mata pelsu. Cik cuma naikkan je bulu mata guna fiber mascara untuk nampak lentik dan panjang. 

Tapi cik masih mencari pengetip bulu mata yang separuh punya. Susah betul nak jumpa. Tengok online MAC ada je. Bila pergi store tak ada pulak. Cari kat Shu Uemura habis semedang. Sapa ada jumpa sila roger!!

Heheheh

---------------------
Makeup Service


Saturday, March 19, 2016

Makeup 5 : Everyday Natural Make-Up Look

Assalamualaikum

Bertemu lagi nak sharing practice makeup. Kadang bila tengah dapat inspiration mesti terus beria start makeup. Kadang balik kerja terus solat bersihkan muka lepas tu terus conteng-conteng je. 

Tapi kali ni cik macam rajin gila buat video tutorial. Tapi tak habis edit lagi. Sebab ada problem dengan software pulak. Ni pon mekap kejap2 sebab anak demam. So dia kejap jaga kejap tido. Sian Aisyaa   

Simple dan natural everyday look bagi cik. Kalau nak gi kerja ke, kenduri ke, jenjalan ke, cik suka style macam ni. Tak berat sangat. Tapi menyerlahkan bentuk muka. 

Nampak tak. Siap ada sequin background lagi. Memang youtube tutorial sangat. Hahahaha. Macam la ada nak tengok. 
Bahagian kening cik tetiba menebal seperti ulat bulu. Hahaha.

Eyebrow - Tarte Amazonian Clay i Medium Brown

Eyes - Tarte Chocolate Bar Palette // Maybeline eyeliner & mascara

Face - Chanel Perfection Lumiere foundation & Loose powder

Blusher - Morphe 9B blusher pallete

Lips - MAC Please Me matte lipstick
Itu je la barang utama. Len2 ada la tambah2 sikit. Saje2. Hahaha

Gambar pun semua penuh gamba anak jugak. Tengah nangis ada, tengah bengkak mata. Kesian Aisyaa ibu. Demam nak tumbuh gigi. 

-----------------------
Makeup Service


Friday, March 11, 2016

Wedding : Nikah dan Sanding Abby

Asalamualaikum

Alhamdulillah. Dah seminggu selesai majlis kenduri kawan sekolah cik. Terima kasih abby sebab sudi amik kitew jadi mekap retis awok. Hahaha

Minggu sebelum tu cik dah buat trial makeup. Nak tengok kulit dia camna segala bagai. 

Ye kengkawan semua

Siapa ambil makeup service dengan cik akan dapat trial makeup ye. Cik ke a buat trial untuk pastikan apa yang sesuai untuk korang. 

Ni sneak peak kat insta hari tu. Makeup hari yang sama. Nikah pagi. Lepas tu touch up sikit untuk sanding. 

Nasib abby ada ramai kawan. Memasing tolong pasangkan sanggul la bagai kan. Hahaha. So sweet la you b
Gambar tanpa pencahayaan yang baik jadi gini lah. Tapi Alhamdulillah ramai kata abby nampak so sawittt sampai semua panggil puteri. Hahaha

Selamat pengantin baru abby. Selamat honeymoon jugak. 

----------------
For inquiry please whatsapp below details for fast response:
Name
Event(s)
Date of event(s)
Time of event(s) start
Place to get ready
Email & IG name

Thank you!!

Friday, March 4, 2016

Makeup 4 : Pale Bright lips

Assalamualaikum

Fuhhhh. Nak bagitau jenis makeup pon tak tau. Sebab kadang main conteng je asal kena. 

Hahahaa. Kadang nak praktis skill je. Supaya tak kaku kejung bila nak mekap customer. Tapi tak syok mekap muka sendiri. 

Insya Allah. Dok mengemas sikit2 rumah sewa kami supaya ada ruang untuk sesiapa yang nak jadi bahan kena mekap. Jadi tak de la segan memasing kan. Encik somi pon tak payah menonjolkan diri. 

Tapi, agak-agak ada tak yang sudi menadah muka pada cik?


Si kecik mesti nak bergambar sekali. Cik main mekap memalam ni. Jadi lighting guna vanity mirror. Takde la terang sangat. 



Cik main warna ungu di bahagian kelopak mata. Lepas tu cik balas dengan lipstick yang terang dan pucat dari warna kulit cik. Nasib baik menjadi. Hehehehe.

Mata cik gunakan
MakeupGeek Cosmetics
Cocoa Bear
Drama Queen
Sensous
Duchess

Untuk bibir cik guna
 Nyx Cosmetics > Istanbul. 

Memandangkan mata tak begitu berat sangat solekan dia, jadi cik biarkan tertumpu bahagian bibir. Biar nampak terang gitewww. 

Jadi nak mekap macam mana pulak lepas ni? Bagi idea sikit. 

Wednesday, March 2, 2016

Youtube : Yay or Nay?

Ini adalah kepoyoan namanya

Dah lama teringin nak buat. Tapi tak buat-buat. Kalau ikut saje nak upload. Buat tatapan diri sendiri. Hahaha

Entah elok entah tidak. 

Makeup Service:
Whatsapp 0163265401
Email makeupbyidatarmize@gmail.com
Instagram idatarmize

Monday, February 29, 2016

Simple Makeup : betul ke simple?

Assalamualaikum

Berpeluang lagi nak update blog. Banyak je yang cik draf dan schedule kan. Kot terlupa nak update. Heheheeh

Jadi sementara idea mencurah-curah ke ladang gandum, lebih baik update segera. Kang takde idea mula la blog ni bersawang semula. 

Okehs. Cik nak cerita berkenaan permintaan bakal-bakal pengantin dan bakal-bakal pelanggan. Rasanya semua MUA akan terima permintaan macam ni. 

"Boleh saya tahu harga servis makeup simple untuk tunang / nikah / sanding / dinner / etc ?"

Bila dimaklumkan harga, terus diam atau dibalas dengan

"Kenapa mahal sangat kak? Saya nak simple je". 

Pertama akak nak jawab ye. Bagi awak, macam mana tu makeup simple?

Awak kena tanya benda ni pada diri awak. 

Akak tak marah sebab mungkin yang tak pernah makeup tak tahu. Jadi mari akak jawabkan. 

Gambar hakak dibawah adalah makeup simple. Ada nampak apa-apa calitan tak kat muka akak?

Simple akak takat foundation / bedak / mascara / lipstick. Jadi kalau kamera fon mungkin akan nampak sedikit warna makeup. 

Tapi tidak kamera dslr atau kompak atau kamera biasa. Sebab serapan cahaya dia berbeza. 
Ini lagu satu makeup simple akak nak gi kenduri. 

Kalau adik-adik impikan makeup yang menaikkan seri wajah, itu lebih kepada makeup natural. Nak dapatkan makeup natural pun bukan pakai barang sikit ye dik. Lagi kalau nak tahan lama. Selalunya MUA akan guna

- primer
- foundation
- concealer
- loose powder
- eyeshadow
- eyebrow powder
- mascara
- false lashes
- eyeliner
- blusher
- contouring powder
- highlighting powder
- lisptick
- face spray
- pengalaman dan skill seseorang MUA

Ini baru basic je untuk makeup yang tahan lama dan natural. Jadi kalau adik-adik nak makeup yang tak sarat boleh bagitahu MUA pilihan adik nak "natural makeup". Kalau ada contoh makeup yang adik minat pun boleh bagi. 

Tapi kena lah faham harga yang dimaklumkan. Kalau adik rasa mahal, akak cadangkan adik beli barang sendiri dan makeup sendiri. 

Sebab masa akak kahwin pun akak bayar rm350 untuk makeup nikah. Masa sanding je akak minta izin suami nak beli barang makeup untuk makeup sendiri masa sanding sebelah suami. Jadi dia la jadi penapis samada mekap tebal ke tidak. Hehehe

Ada paham adik-adik bakal pelanggan?

Kalau korang perlukan khidmat solekan yang tidak cukur bulu kening dan tak memakaikan bulu mata pelsu, boleh contact akak:

Whatsapp 0163265401
Email makeupbyidatarmize@gmail.com
Instagram idatarmize

Thursday, February 25, 2016

Minggu 3 : Soft Smokey makeup look

Alhamdulillah

Diberi peluang lagi nak update blog. Buat masa ni cik masih lagi nak praktikkan skil makeup cik. Almaklumlah. Masih belajar kan. 

Nak mencari skill yang sesuai. Nak mencari gaya yang sesuai dengan diri sendiri. Supaya kalau orang tengok, orang tahu tu makeup cik. 

Hari tu cik praktis ala-ala soft smokey. Hahaha. Maaplah. Tak cukup smokey pulak. Model cik kali ni Fatin Syahirah. Bentuk muka bujur, tapi jenis ada apple cheek. Lepas tu mata dia memang jenis monolid. 

Mencabar betul monolid ni. Kalau tak makeup betul, nanti eyeshadow semua terus tersorok. Huhu. Jadi macam cik buat. 

Taraaaaa. 

Ada beza tak agak-agak?  Muka si fatin ni takde jerawat. Kira muka bersih jugakla. Jadi memang senang bab-bab nak mekap kan dia. Sebab tak payah nak apply banyak-banyak foundation atau concealer nak tutup cela. 
Kat mata cik banyak guna eyeshadow makeupgeek

Beaches & Cream - cut crease
Cocoa Bear - cut crease
Buat ala2 transition sikit. Tak la nampak cam kasar sangat. 
Cosmopolitan - kelopak mata
Corrupt - hujung kelopak mata
Shimma shimma - tear duct

Apa lah ayat cik ni. Hahaha
Tapi cik macam kurang puas hati sikit. Sebab macam nak kena tambah lagi bagi nampak menonjol sikit eyeshadow tu.

Maka jawapannya kena makeup lagi!!!

Yeayyy!!!

Sungguh la. Cik tengah menyusun rumah, supaya boleh jemput orang2 terpilih untuk jadi model cik. Maklumlah, rumah sewa, bukan boleh renovate pon. Janji ada space untuk main makeup-makeup. 

Nanti cik bagitau eyh ikut turn. Sebab cik nak practice untuk macam2 jenis kulit, bentuk muka, gaya solekan. Jadi kena sentiasa belajar lah. 

Insya Allah. 

Makeup Service :
Whatsapp 0163265401
Email makeupbyidatarmize@gmail.com
Instagram idatarmize

Sunday, February 21, 2016

Minggu 2 : Browny-plum makeup look

Assalamualaikum

Mak aihhh. Baru perasan tak berupdate blog ni. 

*panjat kerusi cuci sawang*

Nak cerita pasal makeup challange kemain challenging sangat nak meluangkan masa. Sibuk dengan event sampai tak terjenguk pon blog

Shiann blog aye

Cik teruskan cabaran makeup dengan tema ala2 brown- plum look sikit. Eyh. Hahaha. 

Sesuai untuk makeup malam atau bila2 korang rasa konfiden nak bawak. Pakai natural look tapi tak konfiden pon sama je kesnya. 

Sebenarnya cik nak try NARS Surabaya yang cik baru dapat. Berzaman pre order. Last2 trend dah habis. (Lepas ni buat trend sendiri. Hahaha)

Bila dah apply Surabaya ni cik baru prasan warna dia ala-ala taupe-ey brownish sikit. Kalau pakai sikit pun dah cukup pigmented. Dia akan jadi natural look. Kalau pakai banyak terus jadi smokey or sultry gitewwww. 

Berjaya jugak mekapkan makcik yan. Hahahaa. Suka hati je panggil makcik. 

Nampak tak tebal kan. Just nice je. Cela2 dapat tutup, menaikkan lagi seri bentuk muka. 

Kalau ada yang minat untuk makeup service boleh whatsapp 0163265401 atau emel makeupbyidatarmize@gmail.com

Bagi detail ni tau:
Nama
Majlis
Tarikh 
Masa majlis
Tempat bersiap

Senang nak bagi quotation kot korang nak survey. Dapat free trial jugak. Yeayyy. Kita suka main mekap2. 

Okehs. Jumpa next post. Babai

P/s: cik ada buat video youtube (poyo). Tapi tak habis edit lagi. Hehehe. Tah pape

Tuesday, January 12, 2016

Kening ku hijau

Assalamualaikum

Fuuhhh. Nak jadi makeup artist ni memang mencabar sungguh. Dengan perubahan trend makeup, barang-barang makeup pun dah pelbagai. Memang mencabar kalau tak menuntut ilmu

Cik suka gila beli barang makeup lepas tu makeup orang. Muka sendiri kurenggg. Tapi kalau dah boring sangat memang makeup je la muka sendiri.  Buat latihan 

Dalam banyak-banyak part cik paling suka tak suka bahagian kening. 

Cam "love-hate relationship" gitewwww

Alhamdulillah zaman sekarang ramai muslimah semakin sedar hukum mencukur kening. Jadi MUA sekarang keluar dengan memacam teknik nak lukis kening tapi tak yah cukur. 

Jadi cik sebagai budak baru belajar kena la selalu prektis untuk dapatkan teknik yang paling mudah dan sesuai untuk cik. 

Tapi teknik yang selalu orang guna teknik gam dan teknik 'conceal'. 

Cam gambar atas tu teknik gam. Tapi cik sendiri tak berapa mahir maka gam tu nampak la serabut dia. Yang bawah teknik conceal. Guna concealer je. 

Kalau jenis bulu kening halus tak dak la nampak berambu ramba cam kening cik. Dia akan nampak kemas je. Teknik conceal boleh guna apa2 jenis krim concealer. Tapi apa cik belajar dan aplikasi kan, lagi best guna concealer yang tak terlalu berminyak. 

Untuk teknik gam kalau tak biar gam betul-betul kering memang akan nampak cam gambar atas. Lukis dan warna ok dah. Tang gam je huru hara terus. Tu yang nampak buruk je. 

Jadi memang kena selalu prektis la nampaknya. Encik somi tak bagi pinjam kening dia. Jadi kita prektis kat kening orang

Siapa nak cik makeup kan muka dia???

Sila emel makeupbyidatarmize@gmail.com. Tapi kalau pasangan korang jenis tak suka gamba korang diupload oleh orang lain, sila jangan apply. Nanti kang jadi gaduh pulak. 

Hahaha

Monday, December 14, 2015

Minggu 1 : Natural makeup for Bridesmaid / Attend wedding

Assalamualaikum

Semalam ida dah cerita pasal cabaran makeup yang cik buat kan? So ni nak tunjuk cabaran pertama yang ida dah buat. 

Ida lebih pada natural makeup walaupun kadang dalam hati memang nak je mekap yang canggih-canggih. Tapi disebabkan suami ida dah nasihat supaya makeup kan pelanggan jangan sampai tabarruj (berlebih-lebihan), dikhuatiri rezeki yang halal dah jadi haram sebab buat orang berhias lebih-lebihan. 

Maka isteri wajib dengar nasihat suami. Moga berkat la rezeki dan misi ida nak menyerikan wajah bakal pengantin dan pengantin2 sekalian yang tak nak terlalu sarat tapi tetap berseri. Insya Allah harga servis adalah berpatutan. 

So minggu pertama ida pilih nak buat makeup yang simple dan natural sesuai untuk pengapit / daily makeup / nak gi kenduri kahwin. 

Makeup ni lebih kepada nak menaikkan seri muka supaya tak nampak pucat. Maklumla jadi pengapit ni kadang muka sama banyak je dengan gambar pengantin. Hahaha
Solekan mata tanpa bulu mata palsu. Kening tak dicukur. Eyeshadow mata pun tak terlalu sarat. Cik guna Too Faced Chocolate Palette sahaja. 
Cahaya amik gambar ni memang cahaya tengahari. Tak panas sangat tak redup sangat. Dan pastinya no filter. 
Muka sebelum dan selepas. Tapi ada juga pelanggan yang suka mekap ni untuk tunang atau nikah. Yang nak soft makeup giteww tapi seri wajah naik. Insya Allah 

Jadi kalau korang memerlukan khidmat menata rias wajah korang di hari2 yang special gitewww boleh tengok hasil fi instagram @idatarmize atau #makeupbyidatarmize. 

Kalau berminat boleh email makeupbyidatarmize@gmail.com untuk maklumat lanjut 

Dapatkan harga servis makeup tahun 2015 untuk majlis korang pada tahun 2016.

Disclaimer : harga tidak termasuk kos pengangkutan dan perjalanan


IdaTarmize