"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, February 6, 2018

iStory : Why I chose Mary Kay?

Assalamualaikum & Good Morningggg!!!

Nampaknya blog ni akan jadi tempat kakda share tentang perjalanan bersama Mary Kay. Header pun kena tukar jugak nampaknya. Hahahaha. Tapi maafkan lah ambe sebab tak update lagi. Tak sempat tengok laptop nak edit ke apa. 

Tapi kali ni kakda nak share kenapa kakda pilih Mary Kay? Tetiba je kan? Macam2 buat lepas tu pilih Mary Kay pulak. 


Kalau korang perasan dalam blog ni kakda banyak sangat kongsi tentang kecantikan. Kakda memang suka bab2 penjagaan kulit dan makeup. Sebab kakda tak berapa pandai bab fesyen. Kakda suka tengok tapi kakda tak pndai nak bergaya-gaya ni. 

Lagi pun kakda percaya, kecantikan ni subjektif. Dari dalaman sampai la luaran. Dan kakda suka nak cantikkan orang. 

Bila kakda bertemu dengan Sufi Syazwani, dia banyak ajar kakda macam2. Sebab Mary Kay ada P&L. Bukan Profit & Loss, tapi People & Love. Sebab kan sayang la ramai buat Mary Kay sampai berjaya. 

Dan kakda ada impian untuk berkerja dari rumah. Untuk kerja hakiki sekarang amatlah tak mungkin untuk kakda kerja di rumah. Jadi bila Mary Kay tawarkan kerjaya yang menepati citarasa kakda, lagi la cepat kakda tertarik. 

Apa yang tepat sangat tu:
  1. Fleksibiliti masa dan tempat bekerja
  2. Sisterhood yang kuat
  3. Pendapatan tambahan
  4. Berpeluang pakai kot dan blazer 
  5. Hadiri seminar dan conference
  6. Mencantikkan dan dicantikkan
  7. Kereta
  8. Balanced Priorities



Kereta SSD Fadhliana




Lagi pulak Mary Kay ni ramai perempuan. Jadi kakda rasa lebih selamat berkerjaya. Hahaha. 

Siapa yang nak tahu apa lagi yang menarik tentang Mary Kay ni? Kena la jumpa kakda. Sebab kakda tak sembang juta2 tau. Kakda tak pandai sembang juta2. Kakda pandai sembang cantik2 je. 

Heheheheeh

Love sangat,
Kakda
Sr. Independent Beauty Consultant 
http://kakdamk.wasap.my
https://marykay.com.my/faridatarmize

Saturday, February 3, 2018

Makeup atau Penjagaan Kulit?

Assalamualaikum & Good Morninggg!!

Lama tak update blog kan? Tapi hari ni kakda nak kongsi tentang mana yang lebih penting?

Makeup atau Penjagaan Kulit wajah?



Dulu kakda sama macam wanita lain kat luar sana. Rasa pentingnya belajar macam mana nak makeup supya tahan lama, nampak flawless, tak mudah crack, nampak segar dan natural. 

Tapi semakin kakda belajar, kakda tetap tak dapat capai wajah yang kakda inginkan. Takkan nak pakai makeup 24 jam kan? Nanti buang makeup, suami nampak jugak kusam, breakout, mata sembap semua tu. Dah tak jadi bercantik2 untuk suami. 

So kakda sangat obsess dengan kulit orang korea. Bukan obsess nak putih tau. Obses tengok kulit diorang yang sentiasa nampak segar walaupun tak pakai makeup atau makeup dia nipis. 


Bila kakda google, nah kauuu. Banyak gila rutin penjagaan kulit dia. Masa ni pun kakda rasa macam kenapa nak pakai macam2? Betul ke efektif? Kebetulan kawan kakda buat Mary Kay dan kakda pun pernah pakai sekejap tapi sadly, Beauty Consultant kakda tak guide betul-betul, jadi kakda tak faham la pasal keadaan kulit kita ni. 

Tapi bila dah buat skincare class, dan kakda mula kan skincare routine dengan BC yang baru, barulah kakda faham dan berjaya capai impian kulit yang kakda idamkan?

Siapa rasa dia pun dalam proses nak mendapat kulit impian dia? Dah ada Beauty Consultant nak bantu tak? Kalau tak ada boleh je contact kakda. Tapi kakda akan nasihat berdasarkan produk Mary Kay je tau? Sebab kakda belajar tentang produk dan kesesuaian dengan kulit kita. Kalau nak pakai produk lain boleh, tapi kakda terang secara asas je nak?

Jangan lupa whatsapp kakda tau. Kita belajar sama2. 





Tuesday, January 23, 2018

PAMU 2018 - Quarter 2

Assalamualaikum & Good Morningggg

Aagituuu. Nampak tak semangat sangat. Kena lah happy selalu nak pastikan semua yang baca pun happy dan positif je. 

Alhamdulillah, 20 Januari 2018 kakda dipilih untuk menyertai PAMU. Apa PAMU tu? Hehehehe. Nama panjang dia Personal Advance Makeu-Up. Di sini kami Beauty Consultant diajar untuk makeup yang advance tau. 


Bukan sikit2 punya ajar tau. Kalau lukis kening tu sampai jadi elok lah cikgu ajar. Kelas ni PERCUMA sahaja tauuuu. Kakda melabur beratus ringgit dulu nak belajar makeup. Tapi bila tang kening cikgu suruh practice. Sedangkan asas nya pun hauk. Hahahaha. 

PAMU ni adalah hadiah untuk STAR CONSULTANT yang berjaya menempuhi cabaran pada Quarter 2 (Okt - Dec 2017) yang lepas. Maka makin excited la kakda kan. Dah la dapat beg cantik, dapat pulak belajar makeup FREE. best ke best sangat? 


Beg makeup sebab achieve Ladder of Success Quarter 2. Hehehehe. Yang bawah tu beg makeup beli sendiri. Matching tak?

Korang nak tak tengok gambar sepanjang kelas PAMU kakda? 

Separuh barang makeup Mary Kay yang akan digunakan. Yang tak perlu simpan dalam beg. 

Semua tekun je lukis kening. 

Kakda yang pergi banyak kelas makeup pun hauk jugak lukis keningnya. Alhamdulillah dapat ilmu baru. 

Peserta PAMU Quarter 2.  Ni sebahagian je tau. Sebab ada 10 tempat serentak PAMU dijalankan. Semuanya bawah Mesmerize Bee & Future Area Unit. 

Dengan Farah, Sufi, dan Kakda

Dengan Sufi, Sales Director Angelista Bee unit. Kakda masih bawah Angelista Bee jugak. Insya Allah December 2018 kakda ada unit sendiri Blossom Bee Unit. 

Ok ke tidok makeup kakda. Tema makeup kali ni Cut Crease makeup. Tapi nak kena practice lagi nampaknya la kan. Bagi boleh rileks je time nak makeup kat orang. Agak-agak ada tak yang sudi menadah muka untuk kakda makeup kan?

Kalau ada jom contact kakda nak?

Whatsapp : www.wasap.my/60163265401
Website : www.marykay.com.my/faridatarmize

Love sangat,
• Kakda •
Mary Kay Beauty Consultant