Assalamualaikum
Sejak dah berniat nak membina masjid mengikut yang wajib lebih dari adat ni, banyak pulak buku-buku yang membantu. Biasalah. Bila nak kawin ni ada je mulut-mulut lebih-lebih lagi pompuan sibuk pasal adat.
Sakit jiwa bila dengar
"Kenapa sikit sangat duit hantaran. Kau dah la belajar sampai ijazah."
"Nanti hantaran nak bagi berapa dulanh. Apa je barang nak bagi."
Bila cik kata tak nak ada hantaran memasing muka pelik.
"Nape tak nak hantaran? Tunkan tanda kasih sayang suami pada isteri. Dapat hantaran mesti rasa diri disayangi."
Ok. Ini cik pelik. Kenapa hantaran tanda suami sayang? Kalau tak ada hantaran suami tak sayang lah eyh? Macam mana pulak ramai je orang hantaran berdulang-dulang bercerai jugak. Macam hati cik berdarah jugaklah diorang cakap macam tu. Sebab diorang mendefinisikan sayang mengikut tahap diorang.
Tak salah nak buat hantaran. Tapi jangan pandang orang yang tak nak buat hantaran tu macam bersalah dunia akhirat.
Nasib lah tetiba cik baca Majalah Anis. Kekadang hati kita ni terpengaruh jugak nak perkara yang membazir duit. Lagi pun cik tengah aim nak beli rumah. Jadi baik simpan duit. Mana yang perlu je buat.
Maka cik bagi ringkasan dan teaser je lah. Konon macam movie. Jadi sila dapatkan Anis Edisi December. Puas hati baca.
Moga Allah memberi keberkatan dan rahmat dalam perjalanan ini. Cik masih sedaya upaya ingat kan diri jangan berbelanja ikut kehendak. Belanja ikut kemmpuan. Nasiblah ada dia tolong ingatkan. Kalau tidak. Ke laut lah belanja untuk majlis.
No comments:
Post a Comment