"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, September 12, 2019

6 Kesilapan Penjagaan Kulit

Assalamualaikum & Good Morninggg

Sihat tak semua? Sekarang ni cuaca dah mula panas. Tambah dengan jerebu lagi. Jadi kena jaga kesihatan ok. Pakai mask, minum air banyak, jangan buat pembakaran terbuka yang menambahkan teruk keadaan kita. Ok?

Semoga anda semua sihat untuk meneruskan aktiviti dengan keluarga. 

So, keadaan cuaca pun boleh jadi salah satu punca kulit kita berjerawat ke, breakout teruk, terlalu kering. Jadi hari ni kakda nak kongsi sikit 6 KESILAPAN PENJAGAAN KULIT yang ramai selalu buat termasuk lah kakda. 


Penjagaan kulit ni adalah paling asas sekali. Tak kira apa jenama produk korang guna, atau tak guna langsung, tips penjagaan ni boleh diikut. Kakda dah mula amalkan, so kulit kakda lebih mudah baik bila breakout melanda. 

Bila korang jaga dengan betul, pakai la jenama mahal, atau dari farmasi, kulit korang akan terjaga dengan baik. 

Haaaa. Kadang kita seronok sangat cuci muka kan. Lagi2 kalau rasa tak selesa sikit je. Tapi kena ingat, kulit kita memang akan merembeskan minyak dan lembapan untuk seimbangkan suhu badan kita. 

Jadi jangan excited sangat nak cuci muka dengan pencuci banyak2 kali ok? 2-3 kali sehari dah memadai. 

Haaaa. Ni kalau kakda dulu, selagi tak sental kuat rasa tak puas gitu. Rasa macam ada benda tinggal je kan. Kecuali la ada cat yang melekat kat kulit mungkin la nak sental dengan kuat. 

Tapi itu pun akan buat kulit kita jadi kemerahan. Kalau korang ada jerawat, lagi la akan buat jerawat tu jadi luka dan mungkin boleh merebak ke bahagian muka yang lain. 

Kita tak nak kan?

Scrub mempunyai fungsi hampir sama dengan mask iaitu membuang sel kulit mati. Jadi lebih baik gunakan selang 3 hari, supaya ada la fungsi scrub tu. 

Jadi kalau awak ada jerawat, sangat tak digalakkan untuk guna pencuci yang ada bijian atau scrub. Sebab dia akan melukakan lagi jerawat yang boleh buat berparut ok?

Hahahaah. Ini kakda pun baru tahu tau. Haaa pelik kan kenapa pulak kena ambil kisah nak cuci muka lepas shampoo je sebelum shampoo. 

Rupanya ada sebab jugak. Jadi jaga2 siapa yang kulit berminyak. Lagi la kena ambil tahu dan ambil kisah. 

Untuk yang aktif bersukan dan cepat berpeluh kena ingat ni. Sediakan tuala khas untuk lap muka. Lagi2 kalau awak remaja yang hormon tengah aktif, dan awak sendiri pun aktif semacam dengan sukan. 

Berpeluh je lap. Peluh je lap. Biar orang nak kata apa. Yang penting korang tak biarkan peluh tu kering. 

Lagi jadi masalah, dah la biar kering, tak pergi mandi atau bersihkan diri pulak. Ya Rabbi!! Jangan di tanya la kena jerawat tak kurang. 

Ok. Yang last ni pun kakda baru je amalkan. Ada tuala muka untuk lap lepas mandi. Dulu rasa macam kenapa nak sampai dua tuala. Bukan dua, tiga tau. Tuala badan, muka, dan rambut. Haaaa. Cenggitu. 

Cuba korang bayangkan, bila korang lap badan tu bukan semata lap badan tau, celah2 kemaluan, ketiak la pelipat la. Walaupun setiap celah tu dah bersih, tapi dia ada bakteria tersendiri yang baik untuk area tu je. 

So korang lap pulak muka. Lepas tu tuala sebulan sekali basuh. Haaaaaa. Kalau scan bakteria tak tau jadi apa la kat tuala tu. 

Jadi jom kita baiki untuk jaga kulit kita lebih baik. Menjaga tu menjimatkan kos untuk kita merawat dimasa akan datang ok? 

Farida Tarmize
- kongsi apa yang baru tahu 

No comments: