"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, February 27, 2015

Makeup 101 : Part 1 : Apa saya patut tahu?

Assalamualaikum


Nampak tak tajuk? Macam perasan sangat. Hehehehe. Tapi biarlah. Nak baca ikut korang kan. Lagipun Makeup 101 ni dari cik sendiri punya pengalaman, bacaan, dan jugak review orang2 sekeliling dan MUA yang hot2 di luar sana. Kalau salah mohon betulkan. Jadi entry ni lebih  pada cik kumpulkan dari berbagai sumber untuk rujukan cik sendiri dan mungkin juga rujukan korang.

Tak semua orang ada rezeki kulit yang bersih, putih mulus, nampak glowing macam dalam cerita Korea tu. Tak semua eyh. Kecuali duit korang banyak, buat facial tiap2 bulan, pakai produk yang canggih, mungkin korang bertuah di situ. Tapi ada jugak  yang dah jaga kulit ikut petua orang tua2, tapi masih ada masalah kulit yang kadang2 terpaksa gunakan makeup untuk menutup cela2 tu.

Ada yang pakai mekap untuk masa yang lama dan berpanjangan, setiap hari. Ada jugak yang guna waktu majlis2 tertentu je. Macam waktu tunang, nikah, kahwin, dinner. Walau kerap atau tidak korang kena tahu produk tu sesuai dengan kulit atau tidak. Untuk elak kalau kulit korang bermasalah, dia jadi lagi teruk pulak.

Disebabkan entry ni macam akan jadi panjang, jadi cik pecahkan dia pada 2 atau 3 lah eyh? Moga beri manfaat untuk korang dan cik.

everydaymakeupblog.com

Jadi apa yang korang perlu tahu bila tetiba hati membuak2 nak  beli barang makeup? Apa yang korang nak kena kenal pasti supaya produk tu sesuai atau tidak. Korang kena la baca:

1. Jenis kulit muka

Kulit muka setiap orang berbeza-beza. Rasanya ramai dah tahu. Standard kulit BERMINYAK, KERING, KOMBINASI, NORMAL. Bila kulit muka berbeza kita tak boleh la nak guna produk sama macam kawan kita ke apa. Lain jenis kulit lain produk yang perlu digunakan. Nak bagi kulit sendiri selesa dan diri sendiri konfiden.

Normal ni pun ada normal ke berminyak, normal ke kering, normal ke kombinasi. Bergantung pada keadaan cuaca selalunya kulit orang normal ni. Cuaca sejuk ke, panas ke, suam-suam kuku ke,ribut petir ke.

Kulit Berminyak - kulit berminyak ni selalunya kita akan nampak orang tu muka dia bersinar-sinar je. siapa yang kulit berminyak mesti akan beli blot tissue, atau kertas minyak yang macam biore ke apa tuh. kulit berminyak ni kekadang boleh membawa ke masalah jerawat yang teruk. Jadi kena lah cari produk yang sesuai.

http://penpatah.blogspot.com/2014/12/serius-punca-kulit-muka-berminyak.html

Kulit Kering - Kulit yang kering selalunya akan nampak kemerah-merahan. Bukan kemerahan yang berseri tu, ni diorang akan rasa kering dan macam nak menggelupas je. Kadang-kadang orang tu akan rasa gatal je kat kulit dia, kalau garu habis lah berdarah. Jerawat pun tak pandang muka dia nak singgah. Orang kulit kering memang memerlukan moisturizer dalam bentuk gel. untuk bagi kelembapan dalam kulit.

http://princess-yanti.blogspot.com/2013/06/sape-ada-masalah-dengan-kulit.html

Kulit Kombinasi - Kulit kombinasi ni unik sikit. Sebab T zone (dahi dan hidung) dia berminyak, Tapi U zone (pipi dan dagu) dia kering pulak. Jadi orang macam ni memang memang kena cari produk yang seimbang untuk kawal dua-dua masalah sekali. Yang cik jumpa brand Clinique memang sesuai sangat dengan orang kulit kombinasi.



2. Warna Kulit

 Lepas dah tahu jenis kulit, kena lah tahu warna kulit pulak. Bila dah belajar mekap ni baru cik belajar banyak pasal warna kulit. Bukan sekadar putih, kuning langsat ngan sawo matang je. Setiap orang kulit dia mungkin tona cool, warm, dan neutral. fuhh jenuh kot cik nak terang. Korang boleh tengok gambar bawah ni.
 Kenapa kena tahu kita bawah tona yang mana? Supaya kita tak nampak pucat, atau nampak tua ke, nampak tak bermaya ke kalau tersalah pilih tona warna. Kalau korang pergi Makeup Kaunter, akan ada banyak jenis warna foundation. Sales Assistant akan bantu korang dengan tengok jenis kulit korang.

Kalau korang nak tahu cara tentukan tona kulit, boleh jugak cek tips kat youtube nih. Ni antara yang cik rasa mudah nak faham. Kalau kulit cik lebih kepada cool tones. Tu sebab kekadang kita akan rasa apehal kawan aku pakai warni ni cantik je berseri muka, dapat kat aku terus jadi kusam macam orang demam. Semua disebabkan oleh tona warna kulit. 


Moga entry ni membantu serba sedikit apa yang korang perlu tahu bila nak bila makeup ke apa. Sebab kalau korang tahu jenis kulit dan warna kulit, dan dapat produk yang betul, korang tak perlu nak berlebihan dah. Produk yang ada cuma menjaga kulit korang dan menambahkan seri sahaja. 

Kalau perlukan penerangan lanjut boleh emel cik. Lebih mudah untuk emel rasanya. Tapi nak whatsapp pun boleh, tapi mungkin akan ambil masa sikit. Tapi insya Allah kita akan belajar sama-sama.

Ok lah. cik nak tidur. Esok ada mekap bersanding termasuk keluarga lebih kurang 5 orang semua sekali. Jadi kena tidur awal, supaya otak tak mereng esok.

Hahahhaa

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

No comments: