"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, March 19, 2015

Makeup 101 : Part 3 : Apa saya patut tahu?

Assalamualaikum

Tudiaaaaa. Masuk Part 3 dah. Kalau tak baca lagi Part 1 dan Part 2 boleh lah klikklik eyh? Senang je. Kita sama-sama belajar. Kalau perlu pembetulan sila roger cik. Mungkin ada ilmu perlu tambah lagi.



1. Bedak

Untuk pemilihan bedak muka ada 2 jenis bedak muka:

Serbuk dan Kompak.

Serbuk pulak ada jenis foundation,maksudnya dia ikut warna kulit, translucent pulak bedak lutsinar yang sesuai untuk finishing dan untuk orang kulit berminyak gitewwww. 
Loose powder

Bedak loose powder dalambentuk serbuk ni lebih halus. Dia akan masuk keliang-liang roma. Jadi kalau selalu guna kena cuci muka betul-betul. ada yang sampai pakai berus untuk cuci muka. Buat treatment untuk bersihkan liang-liang roma kot ada yang tersumbat. Untuk loose Powder cik guna Chanel.

 Translucent Powder

Macam cik kata tadi, translucent ni lebih pada bedak tak berwarna. Dia tak macam loose powder biasa yang ada warna untuk kulit muka. Dia tak memberi warna tapi bantu untuk menyerap minyak2 di muka.
Compact Powder
Bedak kompak lak adalah bedak padat. Ramai beli macam ni sebab mudah simpan dalam beg. Kalau loose powder agak besar dan bersebuk. Jadi mudah bersepah kalau nak simpan dalam beg. Bedak kompak ni banyak orang guna untuk touch up muka kalau keluar. Kompak powder pun ada juga ikut warna kulit, jadi pilih dengan betul sebab kalau salah takut muka terputih atau tergelap pulak.

2. Mascara

Pemilihan mascara pulak lebih kepada jenis berus dia. Korang nak jenis kalis air ke tidak terpulang pada korang. Mascara pulak tak elok simpan lama lebih kurang 3 bulan je. Jadi takperlu nak spend banyak sangat untuk mascara. Jadi korang kena tengok lah gambar yang cik google ni untuk rujukan korang bila nak pilih mascara.





3. Lipstick

Kalau kecik-kecik mesti curik-curik pakai lipstick ibu cik. Memang normal kot perempuan at least ada sebatang lipstick dalam simpanan. Tapi cikkkk ada banyak gilaaaaa. Paling cik suka NYX Soft Matte Lip Cream. Sebab dia matte finish dan tekstur dia bukan macam lipgloss walaupun dalam bekas macam lipgloss. Cik rasa nak borong semua kalerrrrrr. Banyak gila.
Kalau memilih lipstick yang sesuai pun kena ikut tona kulit kita. Baru lah nampak sesuai gitewww. Salah pakai warna boleh buat kita nampak pucat, nampak tua, nampak tak bermaya. Jadi kalau nak cuba macam-macam jenis warna, jumpa Sales Asisstant di kosmetik kaunter dan belajar warna sesuai untuk korang.



4. Blusher

Dah sampai ke produk terakhir untuk mekap. Blusher ni lebih kepada nak naikkan seri di muka. Nampak cam kemerahan asli gitewww. 

Ni adalah jenis-jenis blusher yang terdapat di pasaran. Jadi korang kena tentukan jenis apa yang sesuai dengan keadaan kulit korang. Sebab kalau berminyak ada yang tak sesuai dengan jenis gel atau cecair. Jadi dapatkan nasihat dan cuba di kulit untuk memudahkan korang beli yang sesuai dan menaikkan seri wajah korang gitewwwww.

Cara untuk pakai blusher pun mengikut bentuk muka. Sebab dia fungsi sama macam contouring jugak. Kalau malas nak buat contouring ke apa, boleh guna blusher untuk beri efek berbeza pada bentuk muka korang.

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian dengan korang. Tu dia kalau mekap pengantin. Nampak je mekap natural kan, tapi penggunaan produk banyak untuk tutup cela dan noda kat muka korang. MUA bukan buat natural look tu macam pakai bedak biasa je. Sebab korang mesti la nak nampak cantik di luar dan dalam kamera kan. Jadi jangan lah marah tengok harga mekap mahal sangat. MUA banyak pakai barang mahal dan bersesuaian dengan kulit korang. Kalau pakai barang murah atau tak original, kang kulit rosak siapa pulak nak ganti kan?

Jadi moga beroleh manfaat untuk korang dan juga cik. Entry ni untuk rujukan cik jugak akan datang. Insya Allah. Jadi kalau ada sesiapa berminat untuk menggunakan khidmat cik sebagai MUA majlis-majlis korang boleh lah Whatsapp atau Email cik. Insya Allah cik akan bantu korang.

Cik pun mekap tak de cukur kening dan pakaikan bulu mata, sebab cik rujuk dalil dan hadis yang ada takut ia boleh menyebabkan cik bersubahat dengan orang. Sebab mencukur bulu kening tu dah haram. Bab bulu mata pulak dia umpama memakai rambut palsu. Jadi kita sama-sama belajar. Untuk pastikan muka naik seri dan tidak berlebihan.


Ida Tarmize
Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

No comments: