"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, January 12, 2016

Kening ku hijau

Assalamualaikum

Fuuhhh. Nak jadi makeup artist ni memang mencabar sungguh. Dengan perubahan trend makeup, barang-barang makeup pun dah pelbagai. Memang mencabar kalau tak menuntut ilmu

Cik suka gila beli barang makeup lepas tu makeup orang. Muka sendiri kurenggg. Tapi kalau dah boring sangat memang makeup je la muka sendiri.  Buat latihan 

Dalam banyak-banyak part cik paling suka tak suka bahagian kening. 

Cam "love-hate relationship" gitewwww

Alhamdulillah zaman sekarang ramai muslimah semakin sedar hukum mencukur kening. Jadi MUA sekarang keluar dengan memacam teknik nak lukis kening tapi tak yah cukur. 

Jadi cik sebagai budak baru belajar kena la selalu prektis untuk dapatkan teknik yang paling mudah dan sesuai untuk cik. 

Tapi teknik yang selalu orang guna teknik gam dan teknik 'conceal'. 

Cam gambar atas tu teknik gam. Tapi cik sendiri tak berapa mahir maka gam tu nampak la serabut dia. Yang bawah teknik conceal. Guna concealer je. 

Kalau jenis bulu kening halus tak dak la nampak berambu ramba cam kening cik. Dia akan nampak kemas je. Teknik conceal boleh guna apa2 jenis krim concealer. Tapi apa cik belajar dan aplikasi kan, lagi best guna concealer yang tak terlalu berminyak. 

Untuk teknik gam kalau tak biar gam betul-betul kering memang akan nampak cam gambar atas. Lukis dan warna ok dah. Tang gam je huru hara terus. Tu yang nampak buruk je. 

Jadi memang kena selalu prektis la nampaknya. Encik somi tak bagi pinjam kening dia. Jadi kita prektis kat kening orang

Siapa nak cik makeup kan muka dia???

Sila emel makeupbyidatarmize@gmail.com. Tapi kalau pasangan korang jenis tak suka gamba korang diupload oleh orang lain, sila jangan apply. Nanti kang jadi gaduh pulak. 

Hahaha

No comments: