"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, December 14, 2015

Minggu 1 : Natural makeup for Bridesmaid / Attend wedding

Assalamualaikum

Semalam ida dah cerita pasal cabaran makeup yang cik buat kan? So ni nak tunjuk cabaran pertama yang ida dah buat. 

Ida lebih pada natural makeup walaupun kadang dalam hati memang nak je mekap yang canggih-canggih. Tapi disebabkan suami ida dah nasihat supaya makeup kan pelanggan jangan sampai tabarruj (berlebih-lebihan), dikhuatiri rezeki yang halal dah jadi haram sebab buat orang berhias lebih-lebihan. 

Maka isteri wajib dengar nasihat suami. Moga berkat la rezeki dan misi ida nak menyerikan wajah bakal pengantin dan pengantin2 sekalian yang tak nak terlalu sarat tapi tetap berseri. Insya Allah harga servis adalah berpatutan. 

So minggu pertama ida pilih nak buat makeup yang simple dan natural sesuai untuk pengapit / daily makeup / nak gi kenduri kahwin. 

Makeup ni lebih kepada nak menaikkan seri muka supaya tak nampak pucat. Maklumla jadi pengapit ni kadang muka sama banyak je dengan gambar pengantin. Hahaha
Solekan mata tanpa bulu mata palsu. Kening tak dicukur. Eyeshadow mata pun tak terlalu sarat. Cik guna Too Faced Chocolate Palette sahaja. 
Cahaya amik gambar ni memang cahaya tengahari. Tak panas sangat tak redup sangat. Dan pastinya no filter. 
Muka sebelum dan selepas. Tapi ada juga pelanggan yang suka mekap ni untuk tunang atau nikah. Yang nak soft makeup giteww tapi seri wajah naik. Insya Allah 

Jadi kalau korang memerlukan khidmat menata rias wajah korang di hari2 yang special gitewww boleh tengok hasil fi instagram @idatarmize atau #makeupbyidatarmize. 

Kalau berminat boleh email makeupbyidatarmize@gmail.com untuk maklumat lanjut 

Dapatkan harga servis makeup tahun 2015 untuk majlis korang pada tahun 2016.

Disclaimer : harga tidak termasuk kos pengangkutan dan perjalanan


IdaTarmize

No comments: