"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, November 16, 2013

Tetapkan hati kami yang berbolak-balik ini Ya Allah!

Ya Allah!

Tetapkan hati kami yang berbolak-balik ini.

Kuatkan hati kami dari mendengar cakap-cakap orang.

Sukarnya kekadang nak menerangkan pada orang bila kita nak perkahwinan yang mudah dan mengikut syariat.

Sukarnya bila kita bagitahu perkara-perkara yang kita tak mahu dalam majlis perkahwinan kita.

Sukarnya bila ada orang luar masuk campur bercakap hingga melukakan hati kita.

Sukarnya bila kita cuba sedaya upaya untuk tidak mendengar apa yang mereka katakan.

Sukarnya bila hati ini mudah terluka.

Ya Allah!

Alhamdulillah kerana Kau lahirkan ku dalam keluarga yang mementingkan syariat Mu lebih dari adat bangsa ku.

Alhamdulillah Kau temukan dengan Dia yang ingin sekali mengikut syariat Mu.

Alhamdulillah kerana Kau temukan dengan sahabatku Husna yang sentiasa memberi nasihat.

Alhamdulillah kerana Kau masih melimpahkan rezeki dan rahmat kasih sayang Mu

Alhamdulillah kerana Kau masih sudi melimpahkan rezeki Mu di saat aku pernah jauh dari Mu

Alhamdulillah Ya Allah! 

Tiada ucap syukur yang mampu aku luahkan.

Bantu aku dalam perjalanan ini.

- 6.19 pm

No comments: