"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, December 8, 2013

Hari Tunang Nunang

Alhamdulillah

Selesai sudah majlis tunang yang serba ringkas. Majlis buat kecil2 dengan kehadiran keluarga terdekat kedua belah family. Kawan2 semua tak jemput. Itupun sebenarnya ada beberapa orang je tahu. Pertunangan kan elok di rahsiakan.

Majlis yang ringkas ni sebelumnya ada jugak kawan yang bising. Kenapa tak nak buat pelamin, kenapa tak nak jemput kawan2. Bila dengar diorang cakap camtu rasa nak lempang pun ada. Sebab diorang dok fikir apa yang diorang nak, dia tak fikir apa cik nak.

Sebelah lelaki ada jugak risau. Tak yakin yang ada orang nak buat majlis ringkas. Barang hantaran pun tak ada. Keluarga cik jenis berat kan agama dari adat. Jadi perkara yang boleh menyebabkan pembaziran tak akan disokong ayah cik. Kalau nak buat pakai duit sendiri biar sendiri rasa membazir.
gambaq amik dari kamera adik cik. tak transfer lagi. dia tengah sibuk nak exam. tak tahulah macam mana masa kahwin nanti. kang dia sibuk nak exam lagi dah sapa pulak nak jadi fotografer.
saat sarungkan cincin. ok fine. kalau cik gelabah cik memang kategori gelak tak kaver punya. itupon adik cik banyak tak sempat amik gambar, sebab cik malu sampai salam cepat-cepat, cium pipi pun cepat-cepat. kahkahkahkahkah (gelak besar lagi sebab malu mengenang -.-")

simple outfit untuk tunang. pakai baju yang beli untuk raya tapi malas nak oter. sebab dah nak tunang, gigih mintak tolong ibu oterkan. asal comel dah la. hahahaha. 

lepas ni banyak lah nak kena senaraikan. yang tak perlu tak payah. malas nak ikut orang, malas nak dengar cakap orang. kalau depa cakap keluar duit mencurah-curah kat cik ok jugak. kalau setakat bercakap je, air liur pun tak tempias, jadi malas nak amik port. 

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor
ID : 1081732
Email : cik.kedondong@gmail.com

No comments: