"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, January 17, 2015

Favourite Palette - Too Faced Chocolate Bar


Assalamualaikum.

Tudiaaaa. Melambak barang kan. Memang melambak la. Dah la suka kumpul kan, memang syok la dapat makeup kan orang. Makin lama belajaq, makin banyak ilmu. Bila makin banyak ilmu, makin rasa tak tahu. Bila tak tahu kena belajar lagi la kan.

Hari tu jalan-jalan kat Sephora Paradigm kan, hajat nak jalan je. Tapi macam tipu sangat la kan nak jalan je. hahahah. Mata memang rambang dah tengok barang makeup dalam tu. Alhamdulillah ada rezeki sikit sebab ada job makeup sebelum tu, saya beli Too Faced - Chocolate Bar eyeshadow palette.

Banyak gak baca review, Chocolate Bar ni antara yang di tunggu MUA-MUA dari seluruh dunia. Packaging dia pun sangat-sangat di nantikan.Nama pun Chocolate Bar, bentuk bekas macam chocolate bar la kan. Cantik sangat. Masa awal pengeluaran dikatakan bekas ni agak tebal sikit. Bila dah redesign balik, dia dah nipis sikit.

Saya beli yang packaging baru, jadi agak nipis dan lebih ringan. Nampak2 je terus bau. Sebab dia bau chocolate. sedap weyyy. feeling tepek chocolate kat muka. bagus tau. dah la coklat ada anti-oksidan baik untuk kulit. jadi kita dapat mengurangkan meletakkan radikal bebas di kulit yang boleh menyebabkan kanser.

Tadaaaaaa.

Ni warna-warna palette yang menarik hati saya. Sangat sesuai untuk mereka yang beli untuk kegunaan sendiri jugak. semua bau coklat okehsss.. tak de yang tertinggal. nama-nama warna ni pun ala-ala nama chocolate jugak:

  • Glided Ganache
  • White Chocolate
  • Milk Chocolate
  • Salted Caramel
  • Black Forest Truffle
  • Triple Fudge
  • Marzipan
  • Semi-Sweet
  • Strawberry Bon Bon
  • Candied Violet
  • Amaretto
  • Hazelnut
  • Creme Brulee
  • Haute Chocolate
  • Cherry Cordial
  • Champagne Truffle

Tapi sayang la, diorang tak print nama tu dekat palette. Dia ada dekat plastik yang menutup palette ni. Jadi agak menyusahkan la nak tengok bila konon2 nak tutorial. hehehe.

Bila korang beli Chocolate Bar ni, dia akan sertakan jugak dengan contoh style yang boleh di buat dengan palette too faced ni. contoh macam kat bawah ni ha. cari dalam youtube pun banyak.
Pendapat cik pasal warna palette ni very pigmented, dengan bau yang harum buat orang tertarik. Semua warna dia terang dan elok kecuali warna pink. Dia matte tapi macam tak cukup untuk orang Malaise yang berkulit sawo matang. apply banyak kali pun, tak berapa nak nampak warna dia. end up saya guna jadi kan base lepas letak eye primer. Selain daripada tu, memang cantik dan matching.

Favorite color tak tahu apa nama. Kena cek kat palette. Tapi color dia Ala-ala gold eyeshadow gitewww, tapi tak shimmering sangat yang bersepah2. tapi sesuai guna waktu siang atau malam.

This is my eyeshadow palette so far and I like it so much. When i used on my customer's eye,most of them like it because it gave you natural and warm look to your face.

Too Faced ada keluarkan palette baru yang dalam range chocolate ni jugak, iaitu Semi Sweet Chocolate Bar, tapi ramai tak begitu teruja. Nanti saya cek kat Sephora macam mana rupa dia.

--------------------------------------
Disclaimer:
This is not a sponsored post, and it is base from my point of view.


Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

No comments: