"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, February 7, 2015

Tips makeup untuk Pengantin

Assalamualaikum

Tajuk entry macam la hebat sangat kan. Hahahha. Tapi ni kira dari pengalaman sendiri kan. Kahwin kan sekali je. Takkan nak biar gambar yang diambil nampak pelik je muka kita. Kang masuk dalam album anak pelik lak apahal kan bapak kawin dengan sapa. Dah muka mak nya pelik macam orang lain dah kan.

So basically, entry ni bukan tips macam mana nak mekap sangat, tapi lebih pada apa korang perlu tahu. tips ni saya sendiri tanya kawan-kawan, lepas tu MUA yang masa kahwin hari tu, lepas tu masa belajar makeup pon ada jugak dapat tips sikit-sikit. Meyh la baca kot la korang masih berfikir-fikir lagi kan nak cari MUA.

1. Makeup sendiri atau upah orang?
3 bulan sebelum cik nak nikah, dok fikir nak mekap sendiri atau upah orang. Sebab cik sendiri suka nak main mekap2 kan. Tapi masa tu macam tahu mekap, tapi takde lah cantik sangat. tak pernah masuk kelas. End up, cik upah kawan cik untuk mekap kan. lepas tu menyesal sebab macam baik bayar masuk kelas, beli barang, lepas tu boleh buat bisnes. hahaha.

2. Memilih MUA
nak pilih MUA korang kena lah ada bajet, lepas tu baru lah pilih MUA korang. Tapi sila jangan berharap sangat ada mekap artis upah rm50 okehssss. kalau ada kira bertuah lah korang. kebanyakannya RM250 ke atas untuk Nikah sahaja. Kecuali lah MUA yang baru nak bertapak dalam bidang ni macam cik.hahaha.

(psst: klik sini untuk maklumat makeup promo yang boleh book lagi sampai 28 februari tau. Dan valid untuk dipakai sehingga 31 disember 2015.)

Dengan memilih bajet dan MUA korang boleh tengok apa yang sesuai dengan korang. Sebab lain MUA lain produk yang diorang suka gunakan. Lain juga style Makeup diorang. Ramai dah MUA muslimah sekaran. Jadi tak perlu risau pasal bersentuhan kulit ke apa. Tapi kalau korang memang tak ada masalah nak nikah atau resepsi kena sentuh2 dengan MUA lelaki, terpulang lah.

3. Jenis kulit
Pastikan korang maklumkan pada MUA korang jenis kulit, masalah apa-apa yang korang hadapi dengan mekap. kot lah ada alergik dengan apa-apa jenis bahan ke, kulit berminyak ke, berjerawat ke, mudah menangis bila pakai eyeliner ke. Jadi mudah la MUA nak bajet barang apa nak bawa.

Kalau MUA mintak gambar, bagi la yang muka bebas mekap ke produk ke apa. Gambar dari depan. Senang MUA nak bajet apa dia nak pakai, nak touch up macam mana ke apa kan.

4. Warna baju
Bagitahu dengan MUA apa warna baju korang. Jadi dia akan sesuaikan mekap apa dengan baju korang nanti. Ye lah, kalau baju dah terang benderang, mekap ala-ala natural kan manis. Kalau baju ala-ala pastel putih ke apa, nak bibir merah menyala pun takpa. Lepas tu kot la baju tradisional ke apa mesti ada style makeup sendiri.

Kot la wedding korang tema zombi ke apa, ada la makeup yang sesuai sikit kan. (sapa pulak yang buat wedding tema zombi kan?

5. Jaga kulit
kalau harapan nak mekap flawless ke apa, tapi nak mekap nipis tak tebal silalah jaga kulit korang. kalau nak amik produk memutihkan kulit ke, hilangkan jerawat ke, silalah ambil at leastttt 3 bulan sebelum majlis. jangan seminggu sebelum baru nak tergopoh gapah amik produk. nanti jadi apa-apa dah susah nak baiki kulit.

cik penah je dapat, dah nak kahwin, mengadu kulit menggelupas merah-merah. nak tutup dengan mekap boleh je. tak ada masalah. nasib tak berjerawat ke acne ke apa. dapat la nak tutup primer dan foundation.

Buat masa ni cukup kot tips-tips yang bakal pengantin perlu tahu bila nak memilih MUA untuk hari bahagia nanti. pilih yang betul-betul baik dan elok. Ini hari bahagia. Yang akan jadi kenangan adalah gambar yang diambil. Takkan nak biar muka bersinar kena flash kamera, siap bercapuk-capuk kan. Ok itu kami MUA pun scary. sebab jenis mekapboleh efek kulit customer. itu sebab maklumat pasal kulit sangat penting.

Jadi sebelum tutup blog ni apa kata korang layan video ni. kebetulan terjumpa dalam youtube.

Kelakar, tapi benar.


Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

No comments: