"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, November 10, 2013

Bismillah


Alhamdulillah

terima kasih Ya Allah atas perjalanan yang telah Kau aturkan.

nak menangis cik bila Allah temukan jodoh. tetapi dalam merancang perjalanan ke kehidupan baru ada sahaja halangan yang akan menduga. bukan mudah menjadi yang halal. syaitan akan menghalang. dan bila dah halal, syaitan akan mula memisahkan.


blog ni cerita kembara cik menuju perkahwinan yang diberkati. macam mana tu? sama-sama kita belajar. perkahwinan yang seadanya bukan kerana nafsu. berjaya ke cik?

In Shaa Allah. kalau cik dah termelalut, sila-silalah marah cik dekat komen supaya cik cepat sedar diri.

nak mencari keberkatan hingga anak cucu bermula dari diri sendiri. cik banyak baca buku, kalau nak suami soleh, diri sendiri kena jadi solehah. tak mudah. dan cik pun tak rasa cik ni solehah sangat. banyak dosa umpama pasir di tepi pantai Teluk Kemang Port Dickson. tapi moga-moga dia sudi terima dan bimbing cik ke jalan-Nya.

tak mudah oiii. tapi kena saling ingat-mengingati, saling lengkap-melengkapi. bukan ke itu sebenarnya perjalanan suami isteri.
jadi cik nak berkongsi perjalanan cik dalam membuat bajet yang perlu untuk perjalanan baru. kita sebagai perempuan mesti teringin nak kenduri kahwin besar-besari, pelamin cantik berhias, baju panjang meleret. tapi semua tu perlukan duit. berbaloikah berhabisan sampai 10k untuk hantaran sahaja. tapi kalau orang dah berduit mungkin tak ada masalah. tapi ini nak menyambut seruan berkahwin mengikut serendah-rendah bajet.

moga-moga kuatlah hati cik. sebab cik sebenarnya tengah aim nak beli rumah. itu sebab cik rela kahwin dengan kos paling jimat sekali. hehehehe. tapi cik tak rasa pun ada orang akan baca. jadi moga blog ni boleh jadi panduan buat mereka yang sudi nak baca dan teringin nak kahwin tapi duit tak banyak dan mahu kan majlis yang di redhai.

Amin

Psst: photo search at google.


No comments: