"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, January 2, 2015

My first makeup pallette

Assalamualaikum  

Alhamdulillah  dah masuk tahun baru dah. Rasa kejap je. Baby dalam perut dah nak masuk 7 bulan dah. 

Rasa macam2 nikmat dah Allah kurniakan. Kalau tak reti bersyukur jugak tak tahulah nak kata apa kan. 

Okeh lah. Saja nak cerita kan. Ada yang tanya saya dalam emel, macam mana boleh terjebak dengan mekap. Hahha. Rasa macam susah pulak nak jawab. Setiap wanita ada naluri wanita dia. Cuma kecenderungan tu tak tahu yang mana.

Saya dulu masa sekolah tahap lasak, tomboy, bajet cute je nak jadi ala2 lelaki kan. Padahal takde cute mana pon. Muka pon hitam bulat je. Cuma jerawat memang tak lekat la. Sebab rajin makan Vitamin C Champs dulu. Hahaha. Kolagen sangat.

Tpi camne tah, bila masuk je universiti, pastu ada kelas restoran yang memaksa kitorang untuk bermekap sket, telah menyebabkan saya terjebak. Tetiba terminat pulak. Macam seronok je kan tengok mekap banyak2. Masa tu ada member satu kos, dia amik kos mekap masa antara SPM dengan masuk universiti. So blajar sket2 la dari dia.

First makeup masa tu beli eyeshadow In2It, pastu mascara Maybelline. Rasa cam girly habis dah masa tu. Geli geliman i olls mengenangkan i olls masa tu. Hahaha.

 Bila dah start masuk kerja baru lah berani beli eyeshadow pallette yang banyak2 kaler. Beli pallette Miss Rose dengan kawan kerja dulu. Sebab laki dia kerja pilot, so kadang2 dia ikut pi Dubai kirim la kat dia.
 Miss Rose punya pallette ni cantik. Tapi kaler dia meriah mak aihh. Ala2 shimmering sikit. Tapi bukan matte. Memang style orang Arab punya kaler sangat. Maklumlah, orang arab kulit cantik kot. Putih melepak. Pakai la eyeshadow biru dengan hijau pon nampak jelita.

Orang melayu muka ala2 jawa, memang lah huru-hara muka kan. Tapi masa ni macam belaja2 je combine kan kaler2. Bagi nampak cantik. Belajar pun dari youtube je. Nak blending lah. Sapu kat creaselah. Macam faham-faham sendiri je kan.
Eyeshadow dia pulak bukan jenis senang lekat. Bila nak pakai jr memang bersepah2 kat muka. Memang habis la macam glitter tapi tak glitter. Nak tanggal pun susah. Tapi bila sekarang dah belajar, lepas tu tengok youtube yang semakinadvance, baru tau nak pakai Miss Rose ni macam mana. Supaya tak bersepah2.

Maka jadilah Miss Rose ni pallette tambahan. Sekarang dah banyak. Dah beli Naked 2 dan 3 (replica jerrr). Pastu Too Face Chocolate Bar (ni dah start beli ori). Tapi saya memang tengah usha NARS punya eyeshadow. Cantik. Tak sabar nak beli dan rasmikan kat muka customer. Memang puas hati.

Ok baii.

xoxo


Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

No comments: