"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, February 26, 2015

Free Makeover

Assalamualaikum

Fuhhhhh. Dah masuk trimester ketiga kot, macam makin ligat pulak cik bila bab-bab makeup. Asal online youtube mesti dok cari tutorial. Asal gi jalan kat mall mesti singgah Bobbi Brown lah, Sephora lah, MAC lah. Kalau gi watson pun mesti tengok kat bahagian mekap2. Tak boleh tahan kot.

Disebabkan cik masih baru lagi (tak dak la baru sangat, baru nak start mekap orang secara terang-terangan je) , maka cik macam nak up kan portfolio dan hashtag kena la banyak mekap orang kan. Kebanyakan yang booking ramai masa cuti sekolah (april - mei), padahal masa tu cik Insya Allah bersalin dan dalam pantang kot.

Tapi sebab kan sayang dan sukanya cik pada mekap, cik pun macam nak buat free makeover. Buat masa ni tak official lagi nak buka pada orang. Sebab cik tengah sarat. Tapi cik buat makeover pada kawan-kawan dengan keluarga je.

 untuk free make over, nanti cik maklumkan syarat-syarat dia eyh? mungkin lepas bersalin. Insya Allah.  Jadi pada bakal pengantin selepas raya boleh lah roger-roger cik kalau nak cuba sebelum booking ke apa.

Hari tu plan ngan jaja ngan mell nak main mekap2, sekali jaja adahal last minit pulak. lepas tu boleh kitorang set semula main mekap-mekap sebab kebetulan cik nak servis kereta. Alang-alang tu plan semula. Kalau dah 3 orang mak jemah berjumpa memang bising habis la kan. Dah la main mekap2 kat rumah mertua mell. Nasib mertua dia sporting je.

So ni hasil mekap untuk jaja.

Kulit dia walaupun tak banyak jerawat atau bekas jerawat, kulit dia jenis kombinasi. Minyak di bahagian T-zone, kering di U-zone. Tapi cik tengok takde la kering sangat. So cik pakaikan moisturizer Honey Bee Venom, beli di IG Nafura. Untuk primer bagi tahan lama pulak, cik guna Make Up For Ever Mattifying Primer, sesuai sangat untuk orang kulit berminyak.

Pakai sikit pun dah oily free. Makeup cik buat natural je. Tak perlu nak tebal-tebal sebab dia konon nak bawak balik mekap. Kalau dah jadi pengantin memang kena tambah sket kat eyeshadow lah sebab nanti tak nampak sangat dalam gambar.

Lepas tu hari tu balik kampung mekap kan adik ipar pulak. Hahaha. Adik ipar pun jenis suka mekap. Tapi mekap budak sekolah lah. Tak leh la mekap tebal-tebal.

Zaman sekarang bukan zaman nak tukar muka jadi cantik cam orang lain. Zaman sekarang lebih pada nak enhance bahagian muka supaya jadi cantik. Macam adik ipar cik, kulit remaja memang tengah hot la masa nih kan. Nasib dia berminyak tapi tak teruk sangat. Jadi nak mekap kan dia mudah je. Masih lagi natural look gitewwww.

Maaplah gambar kualiti handphone samsung. Jadi sabar je lah. hehehe

Cik nak buat free makeover bukan sebab apa, nak tengok kulit orang. Lain kulit lain produk mekap,lain trick mekap dia. Jadi cik nak yang datang free makeover tu bukan yang kulit bersih putih mulus, cik nak yang unik2, kulit kering ke, berminyak ke, acne ke. Sebab cik akan belajar banyak berdasarkan kulit yang bermacam jenis ni.

Insya Allah. Impian cik nak jadi Makeup Artist Muslimah,yang sediakan servis mekap yang berbaloi atau mampu. Lebih-lebih lagi mereka yang nak natural dan tak nak tebal sangat. Kalau siapa yang mampu mungkin boleh ambil yang professional, tapi Insya Allah cik sekarang ni sedang self-taught. Belajar dengan youtube, dengan Professional MUA, dari pengalaman. Jadi seronok je rasa nak mekap orang.

Jadi siap yang berminat untuk servis mekap, boleh hubungi cik. Tapi mula dari 14 mac sampai lah Raya 2015, cik tak ambil job. Tapi kalau siapa perlukan sangat-sangat boleh je tapi kena datang lah ke rumah cik. Sebab cik nak bersalin. hehehehe

Ida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

No comments: