"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, March 13, 2015

Makeup 101 : Part 2 : Apa saya patut tahu?

Assalamualaikum

Part 2 untuk Makeup 101. Hehe. Sama-sama kita belajar kalau teringin nak mekap. Supaya tak la terlajak mekap cam gambar-gambar bawah ni. Kang pengsan orang lain nengok. Kalau terlebih tapi elok kat muka tak pa. Yang terlebih sampai orang ketawa tu yang tak best. Kang dari tak wujud Makeup Police, tetiba terus wujud je kat Malaysia ni.. Ke dah ada dah?


So hari tu cik dah terangkan pasal asas sekali iaitu kulit. Siapa tak baca Part 1 sila gi baca dulu. Kot la ada yang tak faham japgi.

1. Foundation

Selalu kan kita dengar pakai mekap mesti pakai foundation. Lepas tu ada yang komplen foundation buat muka berminyak lah, buat muka kering lah, macam-macam lagi. Jadi cik google cari apa maksud foundation tu sendiri.
  1. Foundation is a skin-colored makeup that is applied to the face to help cover up minor blemishes, create a uniform complexion and, sometimes, to slightly alter the shade of the skin. Alternatively, body paint is similar make up intended for the rest of the body.
So, foundation ni selalu nya akan beri medium atau full coverage pada kulit kita. Dia akan tutup cela macam kemerahan, kaler kulit tak sekata, dan macam-macam la. 

Dan foundation ni pulak ada banyak jenis, cecair, bedak, atau jenis krim. 

Selalunya jenis cecair ni akan bagi full coverage. Kalau dulu diorang akan bagitau jenis cecair untuk kulit kering, krim untuk kulit berminyak macam tu. Kalau powder lebih kepada untuk pemakaian nipis. Sekarang ni takdok dah. Macam-macam jenis kulit dah ada foundation cecair memasing. 

Kalau kulit berminyak guna foundation yang SPF kurang daripada 10 atau tak de SPF langsung untuk elak berkilat2 je bila lepas pakai dan makin bertambah minyak. Atau pun boleh guna primer matte sebelum guna foundation untuk menyerap minyak dan kilat2 tu.
Macam cik, cik guna Chanel Perfection Lumiere SPF 10 dan NARS Sheer Matte Foundation. Alhamdulillah ok je cik apply pada pengantin yang macam-macam jenis kulit. Yang penting pakai moisturizer dan primer yang sesuai.

Tapi banyak suggestion kata Estee Lauder Double Wear Foundation yang terbaik untuk kulit berminyak. Kalau kulit kering, cik cuba baca review tak jumpa yang best produk. Kebanyakannya akan kata guna moisturizer yang bagi hydate kulit. Untuk pengantin pun cik pakai je foundation yang sama. Cuma moisturizer guna Honey Bee Venom Moisturizer yang bentuk gel. Ramai customer kata kulit rasa lembab je.

2. Brushes

Untuk berus mekap, banyak jenis berus dah dipasaran. Lagipun sekarang pilihan berus lebih kepada sintetik. Berus sintetik mudah lekat dengan produk yang pakai, tetapi tak menyerap. Lagipun berus sintetik tak mudah lekat dengan kotoran atau bakteria.



Kalau nak tau brush apa bagus atau keperluan boleh google.  Tapi bila dah lama-lama, korang akan ikut selesa korang. Nanti berus blusher jadi berus contour lah apa lah kan.

Ni berus-berus yang cik guna. Ada dari Real Techniques, berus putih tu yang tak de jenama tapi dupe macam sigma. Berus terbaik yang banyak cik baca review adalah Sigma dan MAC. Tapi berus MAC agak la mahal sikit. Sigma Beauty pulak dupe untuk MAC, tapi kalau tukar duit Malaysia kira mahal jugak tapi separuh harga dari MAC. Hahahah nampak tak confuse nya penerangan cik.

3. Shading -  Countouring & Highliting

Shading ni lebih kepada warna kan gelap dan cerah di bahagian tertentu untuk memberi efek pada wajah. Jadi kalau ambil gambar, takde lah nampak flat je kan. Kalau korang tengok model dalam majalah nampak hidung mancung, pipi pauh dilayang ke apa, semua sebab shading makeup. Walaupun korang tengok orang tu tak pakai mekap. Sebab dalam gambar semua tu penting untuk bagi dimensi. Kalau tak nampak la flat je muka korang.

Korang boleh guna jenis powder, krim, atau liquid untuk buat shading. Kalau krim atau liquid lebih tahan lama, tapi kena apply selepas korang pakai foundation. Untuk powder pulak lepas korang pakai bedak ke apa boleh lah apply.

Setiap bentuk muka ada cara contouring dia. Kalau nak tau boleh belajar kat youtube. Cik pun masih belajar lagi kat youtube. Sebab kalau salah shading nanti jadi lain pulak muka.

4. Conceal / Corrector

Concealer atau Corrector ni macam penyamar noda kalau dalam BM. gitewwww. Skema sangat. hahaha.Dalam bentuk cecair dan krim. Cik suka sangat MAC nyer conceal dan corrector. MAC Pro Longwear Concealer cik guna bawah mata. Untuk tutup dark circle, tapi dia tak nampak macam crack sangat. Tapi Pro Longwear ni kena cepat2 sapu sebab dia cepat kering. 

Untuk corrector pulak yang bentuk krim tu cik banyak guna untuk hilighting dan contouring. Tapi cik ada beli BH Cosmetic Corrector palette. Nanti cik akan review pasal Corrector ni.


5. Eyeshadow

Eyeshadow ni banyak jenis. Ada jenis Matte, Shimmer, Glitter la. Kena la pandai pilih. Cik beli TOO FACED Chocolate Bar  dan TARTE Bon Voyage palette. Dia ada matte dan shimmer eyeshadow yang cantik. Tapi tak banyak warna ala-ala pink. So lepas ni cik nak beli MakeUp Geek yang mendapat review best sangat dari banyak youtube makeup guru.

Untuk pemakaian eyeshadow pun berbeza mengikut bentuk mata. Bukan setakat bentuk mata, cara nak letak eyeshadow pun ada cara. Jadi kena prektis dan banyak belajar teknik dari orang atau tengok youtube.

6.  Eyeliner

Fuhhhhhh.. panjang dah entry ni. Cik buat sehabis baik kumpulkan untuk pengetahuan kita semua. Hehehehe.

Eyeliner pulak benda paling penting untuk cik. Kalau keluar mesti pakai eyeliner sikit. Eyeliner pulak ada banyak jenis. Ada jenis Pensil, Cecair, Krim, atau gel. Itupun sekarang teknologi macam dah canggih kan. Macam-macam jenis eyeliner ada. Tapi review macam ramai kata Bobbi Brown Gel Liner paling best sebab tahan lama dan gel dia tak kering dalam pot tu.



 Ni style eyeliner yang boleh korang cuba. Cari dalam youtube jugak kalau korang nak tahu teknik dia.

Selesai sudah part 2. Sebab panjang sangat nanti korang boring. Jadi kita tambah lagi satu part untukkorang buat rujukan. Sama la cik pun buat rujukan jugak. Kalau ada lagi korang nak tahu boleh bagitau cik okehs? Cik akan kongsi apa yang cik tahu.

Ida Tarmize
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

2 comments:

Anonymous said...

Akak, dah pakai concealer kena pakai contour ke? sorry hehe saya baru beginner :(

farida tarmize said...

Concealer selalunya untuk menutup cela di wajah. Ada jugak yang guna concealer untuk menaikkan seri wajah dibahagian tertentu contoh bawah mata, batang hidung, dahi.

Contour pulak untuk bg samarkan bentuk wajah. Contoh kalau muka bulat nak bagi nampak kurus ke. Tu yang orang pakai concealer atau foundation warna gelap letak di tulang pipi ke, tepi hidung

Untuk bagi efek kurus

:)